QN 35

2K 99 0
                                    

Esok..cukup masa seminggu yang diberikan oleh maklong Hamidah untuk Nuryn. Jika tiada siapa yang masuk meminang Nuryn esok, maka secara otomatik maklong Midah akan membawa tepak sirih ke rumah Nuryn.

Hari ini Nuryn rasa berdebar memikirkan hari esok. Rasa macam menanti hukuman gantung pula. Kerja yang dibuat semuanya  tidak menjadi. Segala dokumen yang diisi semuanya salah sehingga ditegur oleh Mr.Samy.

Three stooges langsung tidak menegur. Suasana dalam line senyap sunyi. Anak-anak buahnya membuat kerja dengan tekun tanpa sebarang bunyi.
As silent as the grave kata perpatah orang kampung penulis.

"Tu dah kenapa bos kita tu. Dari tadi duk termenung macam ayam berak kapur ja." Ella rimas dengan kesunyian yang melanda.

"Aku rasa esok dateline untuk Nuryn pasal peminangan sepupu dia tu." Abby
seorang yang tahu cerita Nuryn.

"Tudia macam buat assignment pulak ada dateline. Apa cerita sebenarnya ni?" Ogy korek cerita.

Abby pun menceritakan sedikit rentetan kisah Nuryn. Wajah masing-
masing berubah mengikut cerita Abby. Selesai bercerita mereka semua menarik nafas panjang.

"Adoi pening la kalau ada matchmaker ni. Macam tak ada pilihan pula."

"Nasib baik aku dah bertunang dengan pilihan sendiri. Memang taklah aku nak kahwin dengan sepupu sendiri." Abby buat geli.

"Tapi best pa kahwin dengan sepupu. Kita dah kenal dia dan keluarga dia luar dalam sebab keluarga kita kan." Ogy dengan pendapatnya.

Pendapat masing-masing..ada yang suka..ada yang tidak. Pilihan ditangan kita sendiri dan jangan lupa jodoh itu di tangan Allah. Pusing macam manapun jika itu jodoh yang ditentukan oleh Allah swt maka jadilah dia pasangan hidup kita.

"Hangpa tak kena boleh la kata macam-
macam, ni aku yang nak menanggung
perit tau. Dah la segala perkara terjadi kat aku..dah macam drama pulak hidup aku ni."

Nuryn yang dari tadi menelinga perbualan rakan-rakannya menyampuk sebelum mereka melalut ke topik lain. Abby, Ella dan Ogy hanya
mampu sengih. Mereka juga tidak nafikan apa yang berlaku kepada Nuryn sudah macam drama pukul 7.

"Haah Yin, cerita kau dah macam cerita thriller..kena culik lepas tu jatuh gaung,
polis selamatkan kau tapi aku nak tanya kau satu benda la."

"Hah! Apadia?"

"Polis tu handsome dak? Ada macam Aaron Aziz ka Adi Putra ka atau habis koman ada macam Bront Palare dak?"
Ella dengan jejaka pujaan hatinya.

"Hmm tak ada satu pun di atas tapi aku rasa dia ada iras-iras Qaid budak setor baru tu." Nuryn ketawa setelah melihat
ketiganya tercengang dengan pernyataannya.

Memang betullah Qaid yang menyelamatkan Nuryn tapi budak-
budak tu bukan tahu. Nuryn gelak jahat.

"Eh okey apa tapi kalau macam Kai tu mak rela nakkk." Ogy dan gedik tak boleh dipisahkan.

Nuryn hanya ketawa. Kalaulah budak-budak ni tahu yang Qaid, Kai dan Rahul anggota polis yang sebenarnya mahu pengsan tiga hari tiga malam.

Deringan telefon bimbit Nuryn mengganggu perbualan mereka. Melihat nama yang muncul di skrin membuatkan Nuryn mendengus marah. Ikon hijau terpaksa dileret untuk menjawab panggilan.

"Hello hah Rul nak apa? Kak Yin duk kerja ni." Tanpa mukadimah Nuryn terus menyelar Nasrul.

"Amboi..kasarnya bahasa tapi tak pa Rul tetap suka..haha.." Nasrul nampak tidak kisah dengan kekasaran bahasa Nuryn.

"Cepatlah..nanti bos kak Yin tengok Kak Yin duk layan telefon, dia marah pula."

"Alaa nak tanya khabar tunang pun tak boleh."

"Bakal tunang..bakal. Tak jadi lagi kan. Jangan duk berangan sangat boleh tak."

"Tak kisahlah..esok mak akan pi rumah Yin..mak dah tak sabar dah ni."

"Maklong yang tak sabar atau Rul yang tak sabar? Dah la. Kak Yin sihat dan bye."

Nuryn terus mematikan panggilan.  Deringan telefon berbunyi lagi. Nuryn melihat nama pemanggil. Nasrul. Dia malas nak layan. Dibiarkan sahaja telefon itu berbunyi dan setelah beberapa kali panggilan tidak diangkat,
akhirnya telefon itu senyap.

Nuryn lega tapi dia terkejut melihat three stooges memandang pelik kepadanya.

"Cik Nuryn kalau tak mau angkat, silent
kan phone tu. Bingit tau dak." Marah Abby.

"Haah la aku terlupa..marah punya pasal aku terlupa pula nak silent phone." Nuryn ketawa mengenangkan kebodohannya sebentar tadi.

"Dah..dah pi buat kerja..satgi aku stress, aku makan sorang-sorang."

Telefon berdering lagi. Tanpa melihat nama pemanggil Nuryn terus menjawab telefon.

"Hah! apa lagi Rul nak? Kak Yin kata kak Yin kerja kan, jangan kacau boleh tak." Nada suara Nuryn sudah naik dua oktaf.

Si pemanggil yang mendengar di seberang sana terus menjauhkan telefon dari telinganya. Boleh pecah gegendang dengar suara adik sikit dari bunyi guruh.

"Hello!Hello! Assalamualaikum..Nuryn
Qaid di sini."

Nuryn memandang kembali skrin. Oh Qaid rupanya. Nuryn gigit bibir. Kemarahan kepada Nasrul tetapi Qaid yang terkena tempiasnya.

"Hehe waalaikumsalam sorry Qaid, aku ingatkan sepupu aku tadi. Dia duk kacau dari tadi..tu yang aku marah tu."

"Nuryn..Nuryn..kalau kau marah pun tak payahlah nak jerit-jerit..tak manis seorang gadis menjerit macam tu."

Nuryn diam. Bila Qaid dah mula mode ceramahnya, lebih baik diam. Nanti lagi panjang syarahannya. Setelah puas menasihati Nuryn, Qaid mendapati telefonnya senyap. Dia pandang skrin..
masih bernyala. Nuryn tidurkah?

"Hello Nuryn, kau tidurkah?" Qaid mula cuak bila tidak mendengar suara Nuryn.

"Ada lagi ni. Dah habis ceramah? Aku baru nak nyanyi lagu nasyid selagu."
Nuryn tutup mulut, menahan dari bunyi ketawa.

"Isyy..kalau tak pekena aku memang tak sah kan."

Nuryn hanya mampu ketawa. Sensitif pula mamat ni hari ini.

"Dah..tak payah gelak kat aku. Rehat nanti mai makan dengan aku. Aku tunggu kat kafe."

Waktu rehat Nuryn segera ke kafe untuk makan bersama Qaid.  Setelah membeli makanan dia duduk berhadapan dengan Qaid.

"Mimpi apa kau malam tadi, ajak aku makan bersama ni?"

"Saja ja..esok lusa kau dah nak tukar status..jadi aku nak makan dengan kau sebelum kau bertunang. Nanti kau bertunang aku tak boleh dah bersama dengan kau. Tunang kau marah aku pulak."

"Apa yang kau merepek ni Qaid. Aku bertunang dengan sesiapa pun kita tetap akan berkawan. Dia tak boleh larang aku nak berkawan dengan sesiapapun. Aku.."

Sebelum sempat Nuryn habis bercakap bunyi deringan telefon mengganggu.

"Aduhh! Awat hari ni banyak sangat orang telefon ni. Hari orang telefon sedunia ka? Dah la orang tengah stress ni."

Dia melihat skrin..nama bapanya terpampang di situ. Kenapa bapa telefon pula ni. Tak pernah-pernah bapa nak call. Nuryn tekan ikon hijau buat sekian kalinya.

"Hello pak, awat telefon Yin ni?"

"APA??"

**********************************
Nuryn dan konflik tak dapat dipisahkan.

Terima kasih sudi baca dan vote story ini.

Salam seribu bintang.

CikInzzz (yang sebenarnya nampak bintang tu..pening.)




 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now