sneak peek

1.6K 68 0
                                    

august 2016

aksara langit,
aku menemukan satu susuk yang entah bagaimana bisa membuatkan aku jatuh.

aku tertarik dengannya Tuhan.

Tetapi aku tidak endah, kerana mengenangkan umurku yang masih setahun jagung.

masih banyak yang perlu aku teroka.

mungkin, rasa ini hanya sekadar permainan syaitan.

- intisar.

Iris Hitam cantik milik Alea Intisar merenung sayu buku diari lusuh dipegangan. Buku diari lamanya sewaktu di sekolah rendah. Satu tarikh keramat itu direnung sayu. Tarikh dimana semuanya bermula.

Tarikh di mana dia jatuh pada insan bergelar lelaki.

Sudah menjadi rutin, dia menulis diari sejak zaman sekolah lagi. Dia lebih gemar meluahkan sesuatu melalui aksara berbanding mengungkapkannya melalui kata kata.

Dan helaian muka yang sedang dia tatap merupakan coretannya sewaktu masih berusia 10 tahun.

Tanpa sedar, senyuman nipis terukir di bibir. Andai sahaja Alea yang berumur 10 tahun ini tahu, betapa banyak air matanya jatuh kerana insan sama yang dia kagumi.

"Alea !"

Kelopak mata yang dipenuhi air mata diseka laju apabila telinga dihentam suara lunak yang memanggil namanya.

"alea intisar !"

Kepala yang tadinya menunduk mendongak menatap wajah jelita sang sahabat.

"yer madi.."

Susuk Annur Madiha yang berdiri bercekak pinggang dihadapannya ditatap sekilas sebelum tangan kembali lincah memasukkan satu persatu buku ke dalam kotak.

"kau buat apa ?"

"kemas buku sekolah.. nak hantar recycle."

Anak mata Madiha tertancap pada sebuah buku yang berada di pegangan Alea.
"Alea.. kau tak.."

Belum sempat Madiha menghabiskan kata, Alea lebih pantas memotong.
"tak madi.. dont worry."

Madiha menghela nafas lemah. Gusar gadis ini kembali mengingati insan yang tidak patut dia ingati.
"Alea.."

Madiha melabuhkan duduk di sisi Alea yang masih leka mengemas buku.

"kau taknak try again ke ?"

Alea memandang sekilas wajah jelita Madiha.
"maksud kau ?"

"try to love again lea."

Alea tersenyum nipis. Memori kembali berlayar saat di mana dia memberikan cinta buat insan yang bergelar lelaki.

10 Tahun.
Bukan masa yang singkat.

10 Tahun dia menaruh hati pada insan yang sama.

Tapi apakan daya.
Perancangan Allah itu lebih baik.

"kau tahu kan.. why i didn't trust love ?"
Alea menyoal perlahan seraya tangan ligat memasukkan buku ke dalam kotak.

"Kau bukan tak percayakan cinta lea. Tapi kau takut. Takut untuk jatuh cinta lagi."
Tegas Madiha.

Alea tersenyum nipis seraya kepala mengangguk kecil. Tangan yang tadinya ligat bergerak terhenti apabila anak mata tertancap pada sebuah buku latihan.

"Kau betul.. aku takut."

"sebab aku pernah jatuh sedalam dalamnya pada insan yang bergelar lelaki."

"tapi apa aku dapat Madiha ?"

"kau pun tahu.. betapa aku jatuh pada dia."

"dan betapa banyak aku sakitkan diri aku untuk dia.."

"jadi salah ke.. kalau aku kata... I'm scared to love again ?"

"because I'm scared.. I'll come back to being that fragile Alea again."

Terus tanpa amaran, tubuh kecil Alea masuk ke dalam dakapan Madiha. Saat ini, Madiha lupa, bahawa dia menjadi saksi gadis ini berada pada titik terakhir hidup.

Masih segar diingatannya, betapa rapuh seorang Alea Intisar tika itu. Dan dia sedar, dia tidak patut memaksa gadis ini untuk percaya akan cinta.

"aku minta maaf lea.."

。⁠*゚⁠+

Izinkan Aksara,
menjadi tempat aku mengekspresikan segalanya.

Moga Aksara ini,
mampu melegakan hati yang gundah.

Membuka tirai bersama luka,
Aksara by Mardee

Tuhan,
sembuhkanlah.

Salam sayang,
dee.

aksaraWhere stories live. Discover now