aksara 33

1.2K 68 8
                                    

Januari 2020, Family day office umi.

Start of with acara sukaneka pantai..
where everything started.

I'm starting to get attracted to know her.

Gadis itu.

Ended with a barbeque night where I'm sure..
i fall for her..

-indra faleeq.

Indra hanya diam bersandar di dinding bilik hotel menanti seluruh ahli keluarganya bersiap. Suara Puan Mariam tidak sudah membebel.

"cepat Ya Allah Imar !! Idlan !!.. kita dah lambat ni."

Indra yang hanya memakai baju jersey putih membuka pintu hotel bersedia untuk keluar apabila dilihat semua sudah memakai kasut.

"imar ni lain kali cari stokin awal awal kann dah lambatt."
Indra hanya tersenyum apabila umi tidak sudah membebel. Imar sudah tersenyum meminta simpati.

"ampuunnn bondakuuu."

TING !

Lift sampai ke tingkat bawah sebelum mereka melangkah keluar dari badan lift menuju ke pantai persendirian hotel.

Indra yang berada di sebelah Imar dapat menangkap ramai orang sedang memakai baju yang sama seperti umi dan abinya di pantai.

Kebiasaan Hari Keluarga Pejabat. Akan ada baju t-shirt mereka. Ada keluarga yang semua ahlinya memakai baju berona ungu itu tetapi keluarga dia tidak. Hanya Umi dan Abi yang memakainya sedangkan dia dan adik beradiknya yang lain hanya memakai baju jersey biasa.

Tersentak kecil Indra apabila ada satu susuk yang hampir melanggar bahu Imar tetapi abangnya sempat mengelak. Indra menoleh sebelum tanpa sedar, dua pasang mata bertentangan.

Untuk 3 saat.

3 saat yang mengubah sekeping hati.

Setelah tubuh kecil itu pergi ke arah lift.. mereka hanya meneruskan perjalanan. Sempat Indra menoleh sebentar hendak melihat.

Gadis itu..
memakai baju t-shirt berona hitam.

Indra melabuhkan duduk di persisir pantai setelah ahli keluarganya yang lain menyertai acara sukaneka. Dia lebih suka menyendiri.

Sesekali mata melihat ke arah Imar yang tidak sudah menjaga adiknya Idlan dan Iskandar bermain.

"angah.. umi suruh ambil gambar."
Idlan datang memberi pesanan kepada Indra.

Indra akur bangkit dari duduk. Selipar tidak dipakai membiarkan kakinya memijak pasir pantai.

"id.. jangan lari."
Tegur Indra apabila melihat Idlan berlari anak hendak kembali kepada si abang sulong.

Sedang Indra leka mengambil gambar.. perhatian teralih pada susuk yang sama sedang tersenyum melayan adik adiknya.

Gadis itu.

Kaki entah kenapa menapak ke arah tempat gadis itu duduk. Tipu jikalau Indra tidak perasaan bahawa gadis itu turut kadang melirik ke arahnya. Mungkin pelik kenapa Indra tiba tiba berdiri berdekatan dengannya.

Indra berdiri betul betul dibelakangnya.. berpura pura mengambil gambar seraya telinga mendengar suara lunak yang ketawa perlahan itu.

They're so close.. yet feels so far.

.⁠。⁠*⁠♡

Malam menjelma. Malam yang Indra nantikan.

Barbeque night.

aksaraOù les histoires vivent. Découvrez maintenant