aksara 32

876 69 7
                                    

AlKhairiyah International Islamic School.

Sekolah Islam Antarabangsa AlKhairiyah ialah sekolah Antarabangsa yang menggunakan kedua-dua bahasa Arab dan Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Sekolah ini menawarkan pendidikan Tadika, rendah, menengah dan prauniversiti. Bertempat di premis yang hebat di ibu kota Kuala Lumpur.

AlKhairiyah menyediakan persekitaran yang selesa dan memberi perkhidmatan yang kondusif untuk setiap pelajar untuk cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Setiap kumpulan pengajar adalah berkelayakan tinggi untuk membolehkan setiap pelajar menjadi pelajar yang berjaya, individu yang yakin, ahli komuniti yang bertanggungjawab dan penyumbang yang berkesan.

Berkerut kerut wajah jelita Alea membaca ulasan ringkas berkenaan Sekolah AlKhairiyah. Tab yang berada di tangan ditenung tidak lepas.

"dah baca ?."
Soal Indra seraya melabuhkan duduk di sisi sang isteri bersama dua cawan teh panas.

Dhamir yang berada bertentangan hanya diam menanti soalan dari Alea.

"wait.. so AlKhairiyah ni betul betul awak punya ?."
Soal Alea pada sang suami di sisi.

Indra tersenyum nipis seraya tangan naik mengusap belakang leher.

Dhamir mengemam bibir menahan tawa.
"Yer Alea sekolah ni suami awak punya."
Selamba Dhamir menjawab pertanyaan Alea.

Indra menatap tajam wajah Dhamir.
Memberi isyarat 'kau diam'.

Alea menatap tidak percaya wajah Indra. Otak ligat memproses maklumat yang baru diterima.
"Sekolah ni.. awak punya ?."
Sekali lagi soalan sama diulang. Masih memproses info besar ini.

"bukan.. its ours."
Indra menidakkan penuh lembut.

"ahh kau tak habis habis its ours."
Dhamir ni macam ada tanda tanda tak hidup lama.

"diam Dhamir Haikal."

"Macam ni lea.. yer memang sekolah ni under nama saya. Tapi sekolah ni saya dan Dhamir yang uruskan.. lagipun Dhamir yang banyak handle hal sekolah."

"Betul tu Alea. Si Indra ni dia bayar gaji je. Pastu mai sekolah sebab nak usha awak."

PAP !

Satu buku selamat dibaling.

aku dah kata si Dhamir ni sengaja cari pasal.

"OKAY OKAY AKU DIAM !."

Alea menatap Indra.
"tapi bukan ke awak lecturer ?."

"Saya Part Time lecturer je."
Tangan Indra naik mengusap belakang tengkuk.

Alea bersandar pada kepala sofa. Masih menghadam segala maklumat biarpun Indra sudah memberitahunya beberapa hari lepas.
"so maknanya masa saya masuk sini.. awak dah kenal saya ?."

"okay yer tapi awak boleh masuk sini langsung takde kena mengena dengan saya yer. Segala interview semua Dhamir yang uruskan. Saya just luluskan je."
Terang Indra. Gusar jika Alea merasa bahawa gadis itu masuk ke sini kerana dia.

"tapi lea.. no one knows.. not even the public knows. Kerani office and pakguard je tahu saya siapa. and i would really appreciate if you keep it a secret. boleh sayang ?."
Pinta Indra penuh lembut bersama mata yang menatap redup wajah jelita di sisinya.

Alea mengerutkan wajah melihat wajah sang suami manakala Dhamir yang berada di hadapan mereka sudah membuat muka meluat.

"Wahai pasangan mempelai.. dah habis kan ?."
Soal Dhamir dengan penuh 'santun'.

aksaraWhere stories live. Discover now