aksara 8

601 36 4
                                    

Oktober 2023

Tuhan, rasa ini sakit.

Aku cuba, tidak mengambil tahu hal mereka.

Dan aku sangka aku berjaya.

Bermula dari bulan lepas, aku tidak lagi menjadi orang ketiga mereka. Cukuplah. Aku dah penat.

Aku penat menjadi tempat luahan.
Aku penat menjadi tempat dia melepaskan amarah.
Aku lelah.

Aku lelah dengan drama mereka yang kerap kali memberi kesan kepada emosi dan mentalku.

Mentalku hancur.

Aku mula sedar, tahun ini,
aku banyak menyakiti diri sendiri.

aku sering mengambil tahu perihal mereka berbanding diriku sendiri.

Tetapi pada akhirnya, aku yang sakit.
Aku yang merintih lirih pada Tuhan.

Aku yang menoreh luka ku sendiri.

Sehinggakan aku merayu pada Tuhan untuk buang rasa suka ku pada dia.

Sungguh, aku merintih lesu.

Merayu pada Tuhan Yang Maha Esa.

Semoga Tuhan membolak balikkan hatiku.

Aku merayu Tuhan.

Tidak dapat aku ungkapkan, betapa banyak air mata jatuh kerana mereka.

Masih aku ingat betapa lirih suara hari itu.

Menghamburkan tangis yang aku sendiri tidak dapat ungkapkan sakitnya.

Jadi aku merayu pada Tuhan.
Hapuskan rasa ini.

-intisar.

。⁠*゚⁠+

Oktober 2023

Pulang dari sekolah, aku seperti biasa, meluangkan masa dengan Nina.

Tetapi siapa sangka, petang itu, memberi kesan hebat pada  sekeping hati.

It might seems childish.

Tapi aku sakit.

Petang itu, Amar merajuk dengan Nina.

Dia lansung tidak membalas mesej Nina ataupun mengangkat panggilan telefon.

Sehinggakan aku yang berada di sebelah Nina tika itu cuba menelefon Amar. Menghantar berpuluh pesanan agar dia mengangkat panggilan Nina.

Kerana aku menjadi saksi kegelisahan Nina..

Aku tak suka.

Sungguh.
Aku tak suka melihat rakanku gelisah kerana lelaki.

Tetapi apa yang sakit ?

dengan mata kepala ku sendiri,
aku melihat dia membalas pesanan Nina.

Tetapi pesanan ku lansung tidak dibalas.
aku tahu, aku tidak patut sakit hati.

Tetapi aku tidak boleh menipu diri sendiri.
aku sakit hati apabila dia mengendahkan pesanan ku tetapi membalas pesanan Nina.

Sedangkan selama ini, apabila dia menghantar pesanan padaku meminta bantuanku atau menyuarakan kegelisahannya padaku, aku tidak berfikir dua kali untuk membalas.

aksaraWhere stories live. Discover now