Prolog

78 3 1
                                    

LELAKI berambut biru paras bahu itu merenung tajam orang-orang suruhannya yang diam membatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LELAKI berambut biru paras bahu itu merenung tajam orang-orang suruhannya yang diam membatu. Kedua-duanya berdiri tegak menanti arahan. Sedangkan dia masih lagi cuba mencerna maklumat yang baru diterima. Apa jalan terbaik yang perlu diambil?

    Dia menyedut dalam-dalam curut elektronik sebelum asap di paru-parunya dihembus berkepul-kepul dan hilang diproses pengalih udara. Masih buntu. Dikeluarkannya telefon pintar dari kocek lalu proses Petty Cash Transfer dilakukan. Sebentar kemudian, terdengar bunyi notifikasi dari telefon pintar orang suruhannya yang disebelah kanan.

"Pergi belikan saya flavour, Nomad. Cari yang menarik sikit. Saya tak boleh berfikir dengan kamu berdua terconggok di situ macam batu," perintahnya sedikit kasar.

"Delivery, boss?" Tanya Nomad.

"Saya suruh KAMU yang pergi beli! Dua-dua sekali pergi!" Suaranya semakin meninggi.

Mencicit Nomad dan rakannya keluar menghilangkan diri.

Dia mendengus sambil membebel sendirian, "aku taulah zaman sekarang semua benda boleh delivery! Tengok apa jadi, suruh pergi kedai pun dah tak reti."

Lelaki rambut biru ini masih agak muda, lewat 20-an. Wajahnya mengikut rupa paras ibu yang berketurunan Cina. Matanya bulat mengikut keturunan sebelah bapa. Penampilannya sentiasa kemas, sesuai dengan imej pemilik sebuah lifestyle club yang semakin meningkat naik. Dia bolehlah dikatakan berjaya.

Di lifestyle club, pelanggan berhibur menggunakan teknologi virtual reality (VR). Ramai pelanggan memilih untuk pergi 'bercuti' dan berhibur di tempat-tempat yang cuma wujud di alam siber. Bercuti begini sudah menjadi kebiasaan masa kini kerana lebih murah dan mudah. Tak perlu bersusah payah, cuma pilih destinasi atau situasi dan add-on yang diingini seperti Time Stretching, Accommodation dan Travel Buddy. Dari perjalanan ke destinasi hingga ke perjalanan pulang, segala-galanya realistik!

Kelebihan kelab miliknya adalah menawarkan khidmat seperti agensi pelancongan yang sukar ditemui pada zaman ini. Kebanyakan mereka sudah gulung tikar semenjak sebelum revolusi lagi. Tetapi kelabnya kembali menawarkan khidmat perancang percutian dan hiburan konvensional dengan beberapa inovasi baru sebagai servis istimewa buat para pelanggan yang berkemampuan.

Tumpuannya kembali kepada masalah yang sedang dihadapi. Dahinya dipicit-picit. Dia menganggap dirinya sebagai seorang ahli perniagaan. Bukan gangster, jauh sekali penjenayah. Sepatutnya dia tidak perlu menghadapi ini semua. Ada banyak kelab dan tempat lain yang menawarkan jenis servis yang digemari oleh Si Celaka itu. I don't need the trouble!

Bip bip bip. Mesej masuk; wajah seorang gadis cantik berambut coklat mahogani tertera di skrin telefonnya.

Thirak : Abang masih kerja ka? Busy betui naaa...
Thirak : Ni nak ucap terima kasih. Cantik bunga yang abang hantar.
Thirak : Pandai dia karang jambangan jadi warna pelangi!

Dia tersenyum. Tak sia-sia dia bayar lebih untuk khidmat nasihat konsultan. Memang pandai mereka memadankan jambangan bunga yang sesuai dengan personaliti gadis yang diminatinya itu. Terus dia menekan butang ikon video.

You are requesting video call... waiting...
Video call denied

Senyumannya hilang. Cepat-cepat dia menekan function voice message.

Herc H. : Thirak, abang nak tengok juga betul ka cantik bunga tu? Acceptlah video call abang.

Thirak is recording a voice message...
Thirak : Bunga tinggal di rumahlah, abang. Thirak di hospital ni, temankan nenek. Doktor masih tak tau lagi apa penyakit nenek jadi Thirak... ...Hmmm tak apalah. Nanti di rumah, Thirak ambil gambar bunganya naaa... Abang... Thirak teringin sangat nak jumpa abang. Nanti kita cakap lagi, arrange jumpa kat mana-mana. Saaayang, abang! Mwah!

Herc memilih untuk menyimpan mesej suara itu. Bukan selalu dia dapat mendengar suara Thirak yang manja. Merdu suara Thirak, padan dengan kecantikan wajahnya. Buat seketika dia terlupa masalah yang dihadapi dan terbayang wajah Thirak. Matanya menawan, bulu mata lebat asli, hidung mancung dengan bibir sedikit lebar berwarna merah jambu. Kadang-kadang, Herc rasa yang rupa Thirak persis artis Bollywood zaman dahulu. Cantik asli.

Tiba-tiba Herc tersentak dari lamunan tentang Thirak. Video di komputer dimainkan sekali lagi tetapi tidak dihabiskan. Dia berasa jijik melihat apa yang ditonton. Kemudian, dia buat salinan ke dalam sekeping kad memori. Cara yang agak lapuk tetapi itulah sandarannya jika terjadi apa-apa. It is not just a backup, it is also his insurance.

Seterusnya, video yang memaparkan aksi seorang lelaki lebih kurang separuh abad sedang mengasari dan mendera secara seksual seorang wanita itu dimuat naik ke storage peribadinya untuk disimpan dalam dossier rahsia. Salinan asal yang diterima dari orang suruhannya dimusnahkan.

Now... how do I make sure the boys stay quiet?

***

TAHUN 2077. Tanahair Malaysia kini dikenali sebagai Malaysia Moden (Modern Malaysia di peringkat antarabangsa) selepas rantaian peristiwa-peristiwa hitam dalam dan luar negara yang mencapai kemuncaknya di Malaysia pada tahun 2034. Keganasan meledak, kehancuran di mana-mana. Against all odds, the people united.

Kaum murba yang paling banyak menanggung kehilangan dan keperitan mengharung pahit maung sepanjang zaman kepincangan telah memilih untuk bersama-sama membina semula tanah tumpah darah ini. Harga yang terpaksa dibayar terlalu tinggi. Maka itu, segenap warga dan generasi sehingga kini amat mementingkan perpaduan dan keharmonian. Kestabilan, keselamatan dan keamanan adalah kekayaan.

Rantau Asia Tenggara juga tak kurang terkesan dengan segala-gala yang berlaku dan perlahan-lahan menjadi lebih terbuka dan lebih proaktif dengan pelbagai inisiatif yang menyokong satu sama lain. Kemakmuran rantau datang sendiri.

Apa yang lebih menarik, setelah berpuluh-puluh tahun menjadi masyarakat berperadaban tinggi, berlaku evolusi rohani yang menyebabkan beberapa orang mula mempunyai kebolehan-kebolehan istimewa yang sebelum ini dianggap sebagai keajaiban atau mitos semata-mata.

Ada yang berpendapat kelebihan ini tak ubah seperti yang di dalam cerita-cerita nenek moyang; bukti kesaktian raja, puteri, wali atau pahlawan dalam lagenda zaman silam. Kalau orang dahulu dikatakan ada ilmu kebal, pandai ilmu pengasih atau penunduk, boleh berjalan di atas air, mungkin kebolehan luar biasa orang zaman sekarang terzahir disebabkan keperibadian individu yang baik, tak ubah seperti orang berilmu zaman dahulu.

Bagi yang tidak ada kebolehan istimewa semulajadi pula, teknologi sudah cukup maju untuk mencipta alat-alat yang dapat membantu individu mengecapi faedah kebolehan luar biasa. In a way, being special isn't that special anymore. Kini, taraf hidup masyarakat Asia Tenggara boleh dikatakan hampir mencapai definisi utopia.

#PilihPilih

#PilihPilih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PILIH-PILIHWhere stories live. Discover now