3: BUNUH. DIRI?

26 1 0
                                    

Februari 2077

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Februari 2077

SEMENJAK Nomad dan Derrix disuruh menguruskan mayat pegawai hiburan kelab mereka yang mati didera dek Si Celaka tu, Herc dapat rasa yang mereka berdua sudah berubah menjadi serius dan lebih banyak berdiam diri. Kalau dulu, ada sahaja benda bodoh menghiburkan yang terkeluar dari mulut mereka terutamanya Nomad. Tapi sekarang dah lain. Mungkin betul orang cakap, kematian itu menginsafkan.

    Sebagai usaha menceriakan kembali mereka berdua dan yang lebih penting, memastikan supaya mereka tidak akan buka mulut, Herc bawa mereka bercuti ke tempat yang mendapat julukan 'Syurga Dunia'. Ini bukanlah percutian murah realiti maya (VR) "tanpa meninggalkan kediaman anda!" seperti yang popular sekarang, tetapi percutian sebenar. The pack-your-bags-and-travel kind. Nomad dan Derrix juga diberi imbuhan yang banyak dengan syarat mereka perlu simpan rahsia.

    Herc tahu yang memaksa mereka melupuskan segala bukti-bukti jenayah mungkin tidak mencukupi. Risiko dihukum kerana bersubahat bukan penghalang segelintir orang untuk membuka rahsia. Hopefully the money, substance and ladies will ease their consciences. Otherwise... Herc tak sanggup memikirkan tindakan yang perlu diambil kalau mereka berdua cuba membuka mulut.

    Telefon pintar Herc yang diletakkan di atas meja tiba-tiba berdentang sepuluh kali seakan bunyi jam besar antik dan angka-angka 2200 terpancar dalam bentuk tiga dimensi. Di sekeliling mereka, para tetamu masih ramai duduk berkelompok di ruang eksklusif yang dihias mewah. Masing-masing asyik dengan hal sendiri. Herc memadam bunyi dan holograf itu sebelum berpura-pura menguap.

    "You boys have fun," kata Herc sambil bangun dan menggeliat. "I'm going to retire to bed."

    Nomad dan Derrix yang mahu turut bangun dihalang Herc. Dia memberi isyarat tangan dan memindahkan sejumlah tips kepada empat gadis cantik di meja mereka, "ladies, please take good care of them." Bibir-bibir merah dicalit gincu mengukir senyum lebar buat Herc.

    Dia mahu Nomad dan Derrix bergembira sepuas-puasnya malam ini. Lebih gembira, lebih bagus untuk kamera rahsia yang merakam segala perbuatan mereka. Insurance. One can't have too many of them. It's always wise to be in the catbird seat.

    Herc tunduk hormat seakan seorang gentleman sebelum berjalan meninggalkan Nomad dan Derrix yang dikelilingi bidadari-bidadari dunia. Dia menuju ke sebuah lif yang agak tersorok kedudukannya.

    Tiba di hotel suite yang serba mewah, Herc masuk ke bilik tidur lalu berbaring di atas katil yang empuk. Hanya kasut, seluar, dan bajunya yang sudah ditanggalkan. Kepenatan mula terasa. Fizikal dan mental. Herc mengeluh kecil apabila dia teringat akan kejadian pada malam Valentine yang lalu.

***

14 Februari 2077

SI Celaka itu muncul lagi di kelabnya. Kali ini, Herc sendiri keluar menemui lelaki lebih separuh abad itu di lobi. Lelaki itu dengan penuh hormat dijemputnya ke sebuah bilik yang kosong untuk menjaga privasi.

PILIH-PILIHWhere stories live. Discover now