2: UTAMA

35 1 0
                                    

RAY tak ingat siapa yang mula-mula sekali berpesan kepada dia supaya "berhati-hatilah dengan tiga 'ta'; harta, takhta dan wanita"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAY tak ingat siapa yang mula-mula sekali berpesan kepada dia supaya "berhati-hatilah dengan tiga 'ta'; harta, takhta dan wanita". Ray juga tak rasa itu mutiara kata paling indah yang dia pernah dengar. Tapi sekali-sekala Ray akan teringat dan akui serba sedikit kebenaran dalam ayat itu.

    Sepanjang hidup Ray yang baru beberapa tahun melepasi suku abad, dia bersyukur kerana tidak obsess dengan harta. Ada yang kata Ray tak bersyukur sebab kononnya dia dapat kijang teruit. Ray peduli apa, dia memang tak hairan dengan wang ringgit.

    Semenjak kecil, Ray sudah biasa berniaga. Bukannya sebab dia perlukan wang; walaupun mummynya ibu tunggal, segala-galanya cukup lengkap biarpun sederhana. Cuma dia amat suka merasa kepuasan 'buat duit' dengan usaha sendiri. Mummy pun tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan minat Ray.

    Tapi Ray ni ada satu perangai. Dia cepat bosan orangnya. Oleh itu, perniagaan dia selalu berubah-ubah. Hari ini jual baju, bulan depan dia jual minyak wangi. Bulan ini dia buka kedai makan, lagi tiga bulan dia jual dan tawarkan khidmat mencuci bangunan pula. Sambil-sambil itu, dia ada kedai online yang jual macam-macam benda sampai kalau orang bertanya dia jual apa, Ray cuma jawab "apa-apa yang ada".

    Takhta. Atau kuasa. Lagilah Ray tak ambil pusing. Tanggungjawab wakil rakyat berat. Ahli politik sentiasa diperhatikan media dan masyarakat. Selagi menteri-menteri, para pegawai kerajaan dan petugas-petugas yang dilantik jalankan amanah masing-masing, Ray seolah-olah tak ada pendapat langsung tentang mereka.

    Wanita pula... hanya ada mummy dalam hidup Ray. Buat masa inilah. Ray bukannya tak ada keinginan nak bercinta cuma calon yang serius belum nampak muka. Dia tak pula bersungguh-sungguh mencari. Mungkin sebab mummy belum pressure suruh kahwin lagi.

    "Ray, tadi mummy lunch sama aunty Nani tau!" Ibunya membuka cerita sewaktu mereka makan malam bersama.

    "Aunty Nani kawan sekolah mummy tu? Apa khabar dia?" Tanya Ray berbasa-basi. Dia tak berapa suka dengan rakan mummy itu sebab aunty Nani agak kepochi.

    "Sihatlah!" Mummy menjawab dengan nada tidak sabar sebelum menyambung, "tapi itu tak penting. Yang penting, aunty Nani ada tanya mummy, Ray sudah ada buah hati atau tidak?"

    Mujurlah Ray tidak tersedak. Cepat-cepat dia menelan nasi dan meneguk air sebelum berkata, "kenapa? Dia mahu Ray jadi suami baru dia?"

    Tergelak besar ibunya mendengar usikan anak tunggal kesayangannya. "Mummy rasa dia mahu kenenkan kamu sama anak perempuan dialah! Anak dia dah tamat belajar, baru dapat kerja."

    Ray buat muka tak suka. "Mummy jawab apa?"

    "Mummy bilang Ray sudah ada buah hatilah!"

    "Eh, mummy ni! Bila masa Ray ada buah hati?" Sekali lagi Ray teguk air. Pelik-pelik je sangkaan ibunya yang seorang ini.

    "Habis Neesha tu siapa?" Balas mummy selamba sambil menyuap makanan.

    "Neesha? Amaneesha? Amaneesha Islan Nugraha tu?" Ray ketawa terbahak-bahak lalu menyambung, "she's my best friend, mummy!"

PILIH-PILIHWhere stories live. Discover now