4: API DALAM SEKAM

18 1 1
                                    


       

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       

HERC bukanlah seorang lelaki yang baik. Tapi tak bermakna nyawanya tidak berharga. Dan kalau betul dia dibunuh...

    "KALAU betul, sayang. Kalau salah?"

    Aman menjeling Asyiq yang santai berbaring di atas katil. Wajah kacak itu kelihatan tenang. Mata Asyiq terpejam tapi ada senyuman terukir. Geram Aman dibuatnya. Orang serabut, dia relax je.

     "Kalau apa lagi? Dah memang terbukti ini kes bunuh," Aman menggumam.

    Asyiq tersenyum lembut, "mana buktinya? Siapa yang bunuh Herc? Macam mana Herc dibunuh?"

    Aman yang dari tadi mundar-mandir berhenti lalu duduk di atas katil. Dia mengeluh. Perlahan-lahan Asyiq bangun dan memeluk pinggang Aman dari belakang.

    "Dig deeper and find the proofs," bisik Asyiq sebelum mengigit telinga Aman.

    Aman menggeliat kegelian. Dia berpusing menghadap Asyiq lalu memeluk kuat. Perlahan-lahan mereka berbaring dengan Aman menindih Asyiq. Kepalanya berbantalkan dada Asyiq. Aman tarik nafas dalam-dalam; wangian Asyiq memenuhi deria baunya. Saat ini, dia cuma mahu dengar degupan jantung Asyiq.

***

EVANORA Prescott sudah berkhidmat selama hampir enam tahun di Jabatan Pengurusan. Wajahnya yang cantik bak supermodel membuatkan ramai tidak percaya bahawa dia adalah seorang anggota polis. Tapi, sesiapa yang kenal Evanora pasti setuju yang dia telah pilih kerjaya yang tepat dengan minatnya.

    Wajahnya menjadi antara 'wajah rasmi' polis. Anggota polis mesra masyarakat yang cekap dan boleh dipercayai. Tak hairanlah dia sudah dinaikkan pangkat beberapa kali. A beauty with brain and power.

    Malam itu dia stayback lagi seperti biasa. Dunia Evanora hanyalah tempat kerja dan kekasihnya, Eshvin. Tapi macam Evanora, Eshvin juga adalah seorang workaholic. Mereka sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

    Mesej yang tidak putus-putus masuk dari pagi tadi akhirnya reda. Memang sudah menjadi sebahagian tugas tidak rasminya menerima maklumat dari orang awam seperti para wartawan. Dia tidak pernah bersungut kerana biasanya dia cuma perlu salurkan apa-apa saja yang diterima kepada team yang sepatutnya.

    Kopinya sudah sejuk. Evanora menguap lebar. Dia bangun dan melakukan senaman ringan untuk menghilangkan lenguh. Waktu menunjukkan jam 2 pagi. Di meja-meja berhampiran masih ada beberapa orang pegawai lain. Pejabat ini tidak pernah sunyi.

    Dia teringat hendak menghantar mesej kepada Eshvin. Sedang menaip mesej, satu mesej baru masuk ke akaunnya. Tiada tajuk. Tiada nama pengirim. Evanora curiga. Terus dia terlupa akan mesej yang sedang dikarang.

    "Virus?" Teka Evanora sendiri.

    Jarinya terkaku di atas pad kekunci. Tak mungkin virus. Sistem pertahanan virtual pihak polis bukan calang-calang. Virus baru? Mungkin. Buka? Jangan!

PILIH-PILIHWhere stories live. Discover now