5: PENGACAU

4 0 0
                                    

Dec 2076

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dec 2076

PELIK sungguh masa mesyuarat tadi. Entah kenapa tapi Melia yakin yang beberapa orang rakan sekerjanya seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengannya. Semasa dia masuk ke bilik mesyuarat, masing-masing diam. Padahal biasanya riuh selagi bos besar belum muncul.

Melia menghela nafas berat. Mesej bertimbun sementara dia ke mesyuarat tadi. Jemarinya mula lincah menari. Satu persatu tugasan yang menggunung dibuatnya. Ralit sampaikan tak sedar akan waktu. Tahu-tahunya perutnya sudah berkeroncong. Ada beberapa mesej baru masuk.

Tiba-tiba matanya menangkap tajuk mesej dari Xandria, pembantu peribadinya. IMPORTANT: IMPERSONATOR. Dahi Melia berkerut. Drama apa pula ni? Tahulah yang awak tu peminat drama, tapi ini waktu kerja!

Terbeliak mata Melia melihat apa yang terpampang di skrin. Inikah sebabnya budak-budak berbisik-bisik tadi? Kalau ini puncanya... memang amat memalukan! Itu muka aku!

Wajah Melia terpampang di sebuah akaun media sosial milik Thirak Kraiputra. Postingnya boleh tahan. Menggoda. Akaun dark side siapa ni? Rasa geram mengganti malu. Nak menggatal tapi pakai muka aku!

Puas menyusuri posting akaun yang menggunakan gambarnya, Melia segera melaporkan akaun itu sebagai impostor. Bukan dia tak biasa gambarnya disalahguna tetapi inilah yang paling teruk. Nampak gaya macam ada memperdayakan lelaki juga. Minta duit sebagai balasan untuk... eiii geli nak sebut.

Perutnya berbunyi lagi. Walaupun selera sudah terputus, perut yang kosong perlu diisi. Melia capai tas tangan dan pergi ke meja Xandria. Gadis berusia 26 tahun yang sebaya dengannya itu sedang tekun bekerja.

"You dah lunch?" Tanya Melia.

"Dah," jawab Xandria pendek. Dia memang bukan jenis yang mesra alam tetapi amat efisyen bila bekerja. Itu yang penting bagi Melia. Boleh diharap.

"Thanks for the heads up about the impostor. Macam mana you dapat tahu?"

"Budak-budak ni forwarded," wajah Xandria masih bersahaja.

"What? Berapa ramai yang tahu?" Melia panik. Sedikit.

"Satu office," Xandria angkat bahu.

Melia tarik nafas panjang dalam-dalam. Rasa nak mengamuk tetapi Xandria tak bersalah. Dia cuma tak berupaya menjadi manusia normal yang pandai menjaga hati dan memilih perkataan yang sesuai. Sedikit cacat apabila berinteraksi dengan manusia.

"I dah reported that account. It should be suspended soon but please monitor. Kalau ada lagi by tomorrow, please let me know," pesan Melia sebelum keluar mencari makanan untuk mengisi perut.

***

DADA Evanora berdebar-debar. Kenapa tiba-tiba dia dipanggil menghadap? Aduh! Ada orang lain yang dapat mesej yang sama agaknya. Kepalanya ligat memikirkan alasan dan langkah seterusnya. Karier dan kekasihnya sedang menjadi taruhan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PILIH-PILIHWhere stories live. Discover now