Bab 2

43K 2.7K 843
                                    

         "SAMA macam aku, kau akan terbakar, Black!"

"Kau akan tenggelam dalam penyesalan! Ingat kata-kata aku ni, Black!"

"Kau akan menyesal seumur hidup!"

"Shhh.. Aku tak akan menyesal, malah aku lagi suka tengok kau terseksa macam ni."  Black bersuara sinis.

"Devil!" Pekik lelaki dihadapan Black.

Sejurus itu, mata Black terbuka luas. Suara lelaki itu terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

Devil.

Dia bangun dari pembaringannya kemudian mukanya diraup kasar. Peluh yang merintik di dahi itu disapu dengan perasaan sebal. Mimpi yang sama sering menganggunya.

"Huh!" Black mendengus geram.

Jam di mejanya itu dikerling. Pukul 3 pagi baru dan dia sudah tidak boleh tidur.

Gym persendirian yang berada di kondominium mewah miliknya itu dibuka dan dia melangkah masuk ke situ.

Tak menunggu lama, dia melakukan push ups di atas tikar senamannya. Lama dia berbuat sedemikian untuk melepaskan segala bebanan dan kerisauan dalam hatinya.

Black itu mimpi je! Kau tak perlu menyesal. Peluh dingin yang menitik didahinya itu dilap.

Jam dikerling. Sudah pukul 4.30 pagi. Tak menunggu lama dia terus masuk ke dalam tandas dan mula membersihkan diri.

Siap membersihkan diri, dia mula mengenakan sehelai tshirt dan jaket kulit berwarna hitam. Kunci motor yang tergantung diambil olehnya kemudian dia terus turun mendapatkan motorsikal berkuasa tingginya.

Sampai sahaja dia kawasan perumahan rumah agam, Black menghentikan motorsikalnya. Enjin motor dimatikan kemudian dia hanya memerhati dari jauh.

Lama dia menunggu disebalik tembok besar tersebut. Jam tangan yang berada dipergelangan tangannya ditilik sekilas.

Pukul 5.14 pagi.

Seminit sahaja lagi.

Segaris senyuman terukir di bibir merah Black apabila seorang wanita keluar dari rumah tersebut sambil memegang sebuah plastik hitam.

Black tersenyum tipis.

Dia rindukan wanita tersebut.

Itulah rutin hariannya. Setiap pukul 5.15 pagi, dia akan memerhati wanita itu dari jauh.

Lama Black mengelamun. Tersentak dia dibuatnya apabila wanita itu turut memandang ke arahnya. Motorsikalnya terus dihidupkan kembali dan dia mula memecut jauh dari kawan perumahan tersebut.

Jangan kantoi, Black..



         ELENA SOPHIA tersenyum memandang Affan disebelahnya. Dia bahagia dengan Affan. Dia mahu kahwin dengan Affan suatu hari nanti.

Itu cita-cita dia sejak kecil lagi..

Dari mereka kecil lagi dia sudah sukakan Affan. Tan Sri Emran dan ayah kepada Affan, Dato' Azam merupakan adik beradik tiri.

"El tengah fikir apa?"

"Tak ada apa. El cuma fikir pasal masa depan.."  Jawab Elena membuatkan Affan tersengih.

"Dalam masa depan El tu ada abang tak?" Usik Affan.

"Nanti El ingat balik." Gurau El kepada abang sepupunya itu.

"Macam mana keadaan Pak Long?" Tanya Affan tiba-tiba.

Elena tersenyum tipis. Dia mengaku dia lemah kalau melibatkan ayahnya. Hanya orang terdekat tahu betapa rapatnya Elena dengan Tan Sri Emran.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now