Bab 6

31K 2.6K 373
                                    

       "ELENA." Puan Sri Rafea menyeru nama anaknya.

Elena terus mengangkat wajahnya kemudian dia memandang wajah tua dihadapannya itu.

"Yes, mom?"

"Mom dah buat keputusan untuk kahwinkan El dengan anak kawan dad. Nama dia Tengku Haykarl, segak dan bekerjaya orangnya."

Kunyahan makanan di mulut terhenti.

"Maksudnya? Mom sedar tak El sekarang tunangan abang Affan?" tanya Elena.

"Mom tahu tu.. Tapi mom tak berkenan dengan Affan."

"Apa ni mom? Affan tu anak saudara mom juga, kan? Mom kenal perangai Affan tu macam mana, dia baik," ujar Elena. Cadangan ibunya untuk ditunangkan dengan dibangkang habis-habisan.

Bertunang dengan lelaki lain, mahu dikahwinkan pula dengan lelaki lain. Lawak apakah itu?

"Sebab mom kenal lah mom tak suka. El akan terima kan?" Lembut suara itu menuturkan kata.

Wajah Elena bertukar kelat dan dia terus menggenggam tangan Puan Aisya disebelah.

"Ibu.." Dia berharap Puan Aisya akan menyebelahinya namun Puan Aisya hanya mendiamkan diri.

"Ibu pun sama macam mom?" Elena terus melepaskan genggaman tangan tadi.

Dia bangun dari duduknya dan terus naik ke tingkat atas.

Beberapa minit kemudian, Elena kembali turun dengan sebuah tas tangan dan juga kunci kereta di tangan.

"El nak pergi mana?!"

"El nak balik rumah El!" Bentak Elena menghiraukan keadaan sekeliling. Pandangan tajam ibu kandungnya itu dibalas olehnya.

"Don't you dare! Selagi El tak terima cadangan mom, jangan harap El boleh pergi jauh." Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari rumahnya itu, dua orang lelaki berbadan tegap lengkap dengan suit hitam berdiri betul-betul dihadapannya.

"Tepi lah!" marah Elena kepada dua orang lelaki itu. Tubuh dua orang lelaki itu ditolak kuat olehnya namun masih tidak berganjak.

Apa yang kau makan, setan?

"Elena!"

"Affan dah kahwin!" ujar Puan Sri Rafea dengan nada yang agak tinggi membuatkan rontaan Elena terhenti.

Wajah ibunya itu dipandang lagi namun kali ini bias wajahnya jelas menunjukkan kecurigaan.

Dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sesaknya dada dia sekarang. Tak mungkin Puan Sri Rafea tipu tentang status Affan.

Nafas ditarik dalam dan dihembus kasar.

"Kalau Affan dah kahwin sekali pun, El tetap tak akan kahwin dengan lelaki pilihan mom! El tak suka hidup kena atur macam ni! Tak cukup ke dad dengan mom dah atur hidup El sebelum ni? Tak cukup?!" luah Elena.

Dia rapat dengan ayahnya namun hidupnya tidak ubah bagai anak patung di mata kedua orang tuanya. Ya, dia faham kedua orang tuanya itu berbuat sebegitu kerana sayang akannya.

Namun, kahwin dengan pilihan orang tua? Oh no! That's the most ridiculous thing! Ini bukan drama TV3 yang kena kahwin paksa untuk dapatkan harta.

"Fine. Lari sejauh mana pun El nak pergi, tapi jangan sampai mom jumpa. You'll exactly know what will happen if i found you."

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now