Bab 20

36.9K 3.1K 852
                                    

WAJAH Elena yang sedang bersolek dihadapan cermin besar itu ditenung oleh Black.

"Kau suka dapat masuk kerja balik?" tanya Black setelah dia melihat senyuman lebar yah terhias di wajah isterinya.

"Of course! I dah rindu suasana dekat pejabat, and I miss Intan so much!" jawab Elena sambil tangannya bergerak meratakan bb cream di wajahnya yang tersedia putih dan mulus itu.

Gincu yang berwarna coral dicalitkan sedikit ke bibir merahnya. Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, Elena bangun dari kerusi tersebut dengan senyuman puas.

"Cantik tak?"

Diam

"Tengok," ujar Elena sekali lagi kepada suaminya.

"Macam mana? Look young? Fresh? Fresh?" Black memandang wajah isterinya itu dengan malas. Dah start buat perangai dah perempuan ni.

Elena memuncungkan bibir. Apalah nasib dapat suami tak sweet macam ni.

Mata digulingkan ke atas tanda menyampah apabila tiada reaksi langsung yang diberi oleh Black.

"You ni tak bersiap, you tak pergi kerja ke?" tanya Elena tidak puas hati.

"No," jawab Black bersahaja.

Elena mencebikkan bibir. Dia ingat company tu dia punya ke? Kalau dia ada pemegang saham dalam syarikat tu tak apa lah juga.

"Quorè belongs to me and Adrian. I'm his share partner. Menjawab persoalan kau atau tidak?" Black tiba-tiba bersuara membuatkan semua prasangka buruk dia terhadap lelaki itu hilang.

"You boleh baca minda I ke?" Elena mengerutkan kening. Gila! Macam mana lelaki ini boleh tahu apa yang berada di dalam mindanya.

"You're easy to guess." Black bangun dari pembaringannya kemudian tubuh isterinya didekati.

Elena berundur setapak tatkala tubuh Black terasa amat dekat dengannya.

Tak menunggu lama, tangan kekar Black mencapai jemari runcing milik isterinya. Sebelah tangannya lagi mengeluarkan sebuah cincin dari poket seluarnya.

"Wear this." Cincin yang bertatahkan berlian itu disarungkab ke jari manis isterinya.

Elena menarik nafas sedalam yang mungkin cuba mengawal keterujaan di hatinya.

"You're my wife and I don't share what's mine," kata Black sambil menatap dalam ke anak mata isterinya.

Kekura Elena diusap lembut olehnya lama membuatkan Elena terkedu.

Sedar akan keterlanjurannya, Black terus melepaskan tangan isterinya dengan laju. Tubuh terus dipusingkan kebelakang.

"Er- you cakap nak hantar I, kan? I- I dah siap." Tergagap-gagap Elena dibuatnya apabila suasana di dalam bilik itu terasa amat janggal.

Black mengetap bibirnya kemudian kepala dianggukkan tanpa memandang Elena.

"I tunggu dekat bawah." Elena terus memecut keluar dari bilik itu dengan laju.

Hilang sahaja kelibat isterinya di dalam bilik tersebut, wajahnya dihadapkan ke hadapan cermin.

Penumbuk ditayangkan ke hadapan cermin atau lebih tepat ke mukanya sendiri.

"Damn, Black." Rambut dikuak kasar.






"YOU serius lah nak hantar I naik motor gedabak ni?!" tanya Elena tidak puas hati.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now