Bab 8

33.2K 2.6K 348
                                    

           ELENA membuka matanya perlahan-lahan tatkala cahaya matahari mula menerobos masuk ke dalam bilik melalui tingkap lutsinar tersebut.

Badan disandarkan ke bahu katil kemudian kepala yang terasa agak berpusing dipegang kejap.

Dia dekat mana?

Rekaan bilik ini kelihatan sangat asing.

Ini bukan bilik dia..

Baju yang masih tersarung di tubuhnya itu ditilik kemudian dia melepaskan keluhan lega. Alhamdulillah masih baju sama.

Sekali lagi hiasan dalaman bilik itu diperhati oleh Elena. Cantik! Gabungan warna hitam dan keemasan.

Tidak menunggu lama, dia terus turun dari katil besar tersebut. Pintu bilik itu dibuka olehnya kemudian kepala dijegulkan ke luar bilik.

Hello? Ada orang tak?

"Makan." Tersentak Elena apabila satu suara garau menyapanya.

Mana lelaki tu?

Pintu dibuka luas kemudian dia keluar dari bilik tersebut.

Oh situ rupanya. Lelaki beku yang dia jumpa malam semalam sedang bertingguk di atas meja makan berwarna hitam.

Haih? Semua benda warna hitam ni?

Tanpa dipelawa, Elena duduk dihadapan lelaki yang menolongnya semalam.

"Erm.. Macam mana I boleh ada-"

"Kau pengsan," jawab Black pantas tanpa sempat Elena habiskan soalan.

Buah epal yang berada ditangannya itu digigit kemudian pandangan tidak berperasaan dilontarkan pada Elena.

Elena menggaru keningnya. Kalau ye pun, bagilah aku tanya soalan sampai habis dulu.

"Macam mana I boleh peng-"

"Lintah." Seperti biasa, lelaki beku itu memintasnya.

Dengar sahaja perkataan lintah, Elena terus membelek kakinya yang menjadi tempat persinggahan lintah semalam. Huh! Nasib baik tak tinggal parut.

"Dah berapa lama-"

"12 jam." Elena menjeling lelaki dihadapannya itu. Dasar! Aku belum habis tanya lagi.

Akhirnya Elena menganggukkan kepalanya faham.

Black memusingkan tubuhnya ke belakang kemudian peti sejuk dibuka olehnya.

"Nah, makan." Sebiji buah epal dilontar kepada Elena.

Nampak sahaja sebiji epal dilontarkan kepadanya, tangan Elena terus bertindak balas. Nafas lega dilepaskan tatkala dia sempat menyambut buah epal yang dilontar tadi.

"Ni je?" tanya Elena dengan kening yang berkerut.

"Habistu?" Soalan berbalas soalan.

"Rumah ni tak ada roti? Jem?"

Black menjeling wanita dihadapannya itu. Lebih-lebih pula, apa dia ingat ini hotel?

Persoalan tadi diendahkan olehnya kemudian dia terus meninggalkan wanita itu keseorangan di dapur.

Tanpa segan, Elena terus bangun dari duduknya dan peti sejuk dibuka.

"Lah? Epal je?"

Apa yang kau harapkan Elena? Nampak sangat lelaki tadi hanya duduk berseorangan.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now