Pengenalan

10.7K 534 92
                                    

Kem Hussawee as Zakiff Haikal

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Kem Hussawee as Zakiff Haikal. Ni cast yang author pilih. Author minat dia dari drama So Wayree. So anggap ni Zakiff haha.

Mookda Narinrak as Lyne Isabella

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Mookda Narinrak as Lyne Isabella. Author minat dia gila. Lagi lagi sejak dulu drama dengan bank artit. So tadaa ni anggap Lyne okay.


———

Lyne Isabella menyaksikan bagaimana Zakiff membantai salah seorang pelajar sebaya lelaki itu kerana terlalu kurang ajar. Tumbukan demi tumbukan Zakiff hadiahkan sehingga pelajar bernama Afnan memuntahkan darah. Dia ada di dalam kerumunan student yang berkumpul.

Rasa seramnya melihat bagaimana Zakiff melepaskan amarah kerana Afnan mencari pasal terlebih dulu. Suara jeritan bergema merupakan suara guru yang datang menyebabkan kerumunan ramai tadi berhamburan lari dari situ. Begitu juga Lyne walaupun kasihan terhadap muka Zakiff yang lebam sana dan sini.

Dari sudut dinding Lyne yang berumur muda dua tahun daripada Zakiff merenung gerangan yang dia suka di tarik paksa mengikuti guru menuju ke bilik disiplin. Dia risau dengan lelaki itu.

Selepas Zakiff dan Zafril bertemu dengan adik mereka iaitu Zayfa Ayana. Lyne sanggup menunggu Zakiff sehingga keluar dari bilik disiplin dengan setia siap dia memilih untuk ponteng kelas buat sementara waktu. Ketika melihat Zakiff dan Zafril berjalan ingin pulang.

" Abang Zakiff! ". Lyne menyapa Zakiff dengan suara riangnya. Melompat kecil berdiri lalu menghalang laluan Zakiff dan juga Zafril. Kedua anak Zarif Haikal itu terhenti dengan mendadaknya.

Helaan nafas tidak suka mula keluar dari Zakiff sambil mengalihkan pandangan ke arah lain selepas matanya bertembung dengan mata bersinar Lyne Isabella. Lyne pula masih dengan senyuman lebar yang dirasakan cukup manis untuk bertemu dengan Zakiff.

" Hyee Lyne. ". Zafril melambaikan tangannya dengan nada ceria kerana Zakiff tidak melayan sapaan Lyne sesaat tadi. Lyne bersama senyuman membalas lambaian. Bagi Zakiff senyuman Lyne itu seperti konyol dan nampak budak budaknya.

Kini Lyne memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap Zakiff yang langsung tak memandangnya. Situasi terasa berubah dengan tingkah dingin Zakiff pada Lyne. Padahal gadis itu hanya menyapa sahaja belum membuka bicara itu ini lagi.

" Abang ber—gaduh kan? Luka tu.. sakit ke? ". Zakiff membuat muka malasnya. Dah nama pun luka mestilah sakit. Luka apa yang tak sakit? Pertanyaan jenis apa yang Lyne ajak dia bicara ni. Zafril di situ menahan tawa di belakang bahu kembarnya.

Kadang kadang Lyne ni polos, cute pun ada. Tapi sayang sejak kecil Zakiff jarang melayan. Zakiff memberikan jelingan tajamnya pada Zafril yang sibuk nak gelak. Cepat tangan Zakiff mencengkam tangan Lyne yang hampir menyentuh hujung bibirnya yang berdarah.

" Apa yang kau buat ni? ". Setelah melontarkan kata kerasnya, Zakiff menghempas tangan Lyne sehingga terlepas. Sedikit sebanyak perlakuan mengecilkan hati Lyne. Dia terdiam sebelum kembali tersenyum lagi.

Walau macam mana abang Zakiff buat Lyne tak akan mengalah! Itu prinsip gadis tersebut.

" Abang cool sangat tadi! Lyne suka tengok abang pukul tumbuk lelaki tu. Abang swag sangat! ". Lyne menaikkan kedua tangan membentuk thumbs up ke depan muka Zakiff. Seketika Zakiff tercenggang dengan kata kata Lyne yang memujinya.

Mana ada perempuan suka tengok lelaki tumbuk menumbuk sampai berdarah bagai. Gila ke apa Lyne Isabella ni. Perempuan gila. Kutuk Zakiff di dalam hatinya. Zafril menyentuh perutnya lawak dengan bicara Lyne. Lain macam anak Irfan dengan Lara ni.

" Kau gila ke perempuan. Dah ke tepi aku nak balik. Kau pergi masuk kelas kau. ". Zakiff menolak kepala Lyne Isabella yang menghalang jalannya ke tepi. Terdorong tubuh kecil gadis itu memberi laluan kepada Zakiff. Bibirnya memuncung panjang.

Kelas apanya kan sekarang dah waktu balik. Tapi betul juga. Dia ada kelas tambahan terlupa pulak hehe sebab Zakiff lah ni.

" Bye bye Lyne. ". Buat kedua kalinya Zafril melambaikan tangan selamat tinggal kepada Lyne. Lyne sikit pun tak membalasnya dia ralit memandang belakang badan tegap Zakiff! Cool sangat!

" Bye bye abang Zakiff! ". Bukannya Lyne membalas Zafril ini dia menyebutkan nama Zakiff juga. Tergeleng-geleng kepala Zafril kerana sikap tak putus asa Lyne itu. Zakiff menghiraukan Lyne tidak menoleh bahkan sekejap pun.

Lyne berdiri dengan kedua tangan di belakang badan lalu mengoyangkan badannya ke kiri dan kanan. Mendengar deruman superbike Zakiff melaju pergi. Lyne masih dengan riak cerianya. Bila bunyi gauman tidak terdengar lagi.

Riak ceria Lyne terganti dengan cunggapan mencari nafas yang seakan hilang. Sejujurnya dia takut dengan perbuatan Zakiff yang membelasah orang tadi. Lyne merenung kedua tapak tangan yang dia angkat separas perut. Jelas tangannya menggigil dengan rasa sejuk menghinggap pada badannya.

Lyne tak suka tengok Zakiff melakukan aksi berbahaya seperti tumbuk menumbuk, pukul memukul tersebut namun dia simpan sendiri kerana perasaan sukanya lebih tinggi. Lyne percaya lambat atau cepat. Zakiff akan suka dia juga.





———
The Zakiff Haikal Desire
———

Finally! Author dah buat cerita untuk Zakiff! Cerita yang korang tunggu tunggukan tu. Makes some noice koranggg.

Now let's begin our new journey with The Zakiff Haikal Desire. 💜🦋

Vote and comment guys 🌻

The Zakiff Haikal Desire Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt