Part 3

6.3K 560 133
                                    

" Woi Zakiff kau tak rasa kesian dekat Lyne ke? ". Pertanyaan pertama yang keluar daripada mulut Daim selepas datang melepak di apartment Zakiff. Zafril pun ada sekali, duduk di atas sofa bermain dengan telefonnya sendiri. Dia mengerling kembarnya ketika Daim melontarkan ayat.

Manusia yang di soal hanya diam sibuk bermain dengan pen.  Memutarkan pen berwarna hitam dengan lingkaran emas di badan pen menggunakan jarinya. Tidak memberi reaksi sedikitpun pada soalan tersebut. Merasa di abaikan Daim melirik Zafril begitu juga Zafril yang mengangkat bahu sebaik bertatap mata dengan Daim.

Seketika Daim mendengus sedikit geram dengan sikap acuh tak acuh Zakiff. Semalam adiknya iaitu Aresyah berkongsi cerita berkenaan dengan Lyne. Katanya semalam Lyne menangis teruk mengunci diri di dalam bilik. Puas Aresyah memujuk melalui video call meminta Lyne untuk stop menangis. Tapi tak berhasil.

Dengar kata sekarang Lyne demam. Tapi Daim tak pasti betul ke tak sebab tu dia dengar cerita daripada Aresyah. Kalau adiknya dah cerita confirmlah betulkan. Zakiff masih seperti tadi senyap terus memusingkan batang pen tersebut tidak berhenti. Zakiff tidak berminat nak dengar cerita berkaitan gadis tersebut. Rasa semak kepala.

" Aku cakap dengan kau ni Zakiff. Buat buat pekak pulak.". Daim bersuara lagi menyindir sambil bersandarkan badan pada kerusi. Diorang memang berkawan sejak dulu. Daim pun selalu lepak dengan Zakiff dekat rumah lelaki tersebut. Jadi hampir semua yang berlaku diorang masing masing akan tahu. Termasuk kes Lyne ni.

Terhenti gerakkan jari Zakiff yang memutatkan pen sehingga pen tersebut tercampak jatuh ke meja. Barulah dia toleh kepada Daim hanya sekejap sebelum bangun dari duduknya. Berjalan melepasi Daim dan juga Zafril seperti tiada masalah mendengar pertanyaan daripada Daim. Daim memerhati sahaja dengan muka malas mereka.

Manakala Zafril memandang sekilas sebelum kembali fokus pada telefonnya. Dia dah kenal macam mana perangai Zakiff. Terdetik juga dalam kepala dia. Apa yang Zakiff benci sangat dengan Lyne Isabella tu? Nak kata hodoh, cantiknya. Nak kata kasar, lembut ayu je. Cuma satu je masalah, Lyne tidak bertudung.

Tak mungkin sebab tak bertudung sampai benci teruk? Ke ada hal lain yang Zakiff sebenarnya tak cerita dekat dia? Zakiff yang sudah menapak menuju bilik terhenti apabila mendengar lagi suara Daim. Kakinya berhenti secara drastik.

" Aku dengar Lyne demam. Kau tak nak tengok dia ke? ". Daim terus memandang Zakiff yang berdiri terpacak di sana. Senyuman tipisnya hampir muncul ketika Zakiff memberi reaksi dengan menghentikan langkah. Namun tak lama senyuman tipis dia tadi terbang menghilang apabila Zakiff melanjutkan kembali langkah sebelum hilang dari depan mata.

Melongo Daim sendiri. Dia jeke yang syok sendiri bagitahu Zakiff pasal Lyne tapi Zakiff buat tak endah je. Zafril mengelengkan kepalanya. Dah agak Zakiff tak akan melayan walau sekali. Sekali lagi dengusan Daim keluar dia mengeluarkan telefon miliknya dari poket belakang seluar. Lantaklah itu bukan hal dia. Buat apa dia nak sibuk.

Zakiff yang sudah berada di dalam bilik, duduk merenung ke balkoni luar. Tshirt hitam pada badannya di lepas membiarkan angin menyapa tubuhnya. Dalam kepalanya memikirkan sesuatu dan tidak lama bibirnya menyeringai tipis memikirkan soal apa yang Daim bagitahu tadi.

" Demam? ". Ujar Zakiff sendiri, tangannya lurus memegang telefon yang ada di atas meja. Menolak skrin telefon dan muncul ruang mesej. Di atas sekali, jarinya menekan mesej dengan tertera nama Lyne. Sebaik di buka, tiada mesej baru yang gadis itu kirimkan. Hanya mesej semalam sahaja.

Dalam diam, rahangnya mengerat ketat menatap tajam ke nama Lyne. Kenapa Lyne tak hantar satu pun mesej dekat dia harini? Benda digital mahal tersebut di hempas kasar ke meja sehingga berdentum. Menghiraukan akibat yang mungkin boleh menyebabkan telefon mahal itu pecah. Dia berdiri, merenggangkan otot lehernya yang secara tiba-tiba terasa tegang.

The Zakiff Haikal Desire Where stories live. Discover now