Part 4

9.1K 754 195
                                    

Te amo
---

Seorang lelaki mengangkat kakinya berjalan laju masuk melepasi pagar rumah menuju ke pintu utama. Sampai di depan sana, dia terus memberi salam lalu melanjutkan langkah kakinya masuk ke dalam rumah. Salam yang dia berikan tadi di sambut oleh pasangan berumur tersebut dengan lembut.

Tanpa berlengah dia menghampiri dengan gerakan sedikit perlahan. Tali beg yang menyimpang di badannya dia sentuh bagi mengurangkan rasa cemasnya apabila berhadapan dengan kedua orang tua tersebut, tambah lagi dengan mata yang memandangnya.

" Uncle.. Auntie, sorry Iman datang tak bagitahu dulu. Iman dengar Lyne demam sebab tu Iman datang sini. Lyne demam te–ruk ke? ". Ujar lelaki yang baru datang tadi sambil bersalaman dengan lelaki yang di panggil Uncle tadi.

Iman memberikan senyuman ramahnya ketika berpandangan dengan Auntie yang merupakan mama kepada perempuan yang dia sebutkan tadi. Dia Aaron Iman. Satu-satunya anak lelaki Airiel dan juga Nabila. Iman merupakan kawan kepada Lyne Isabella walaupun dirinya tua setahun daripada gadis tersebut.

Irfan iaitu papa kepada Lyne dan Lara ialah mama si gadis sudah mengenali siapa Iman. Sejak beberapa tahun ke belakangan ini anak perempuannya sudah berkawan dengan Iman. Pemuda itu juga pernah datang beberapa kali ke rumah mereka untuk berjumpa dengan Lyne.

" Tak ada lah teruk mana. Mengada je lebih ". Sahut si papa dengan nada sengaja mengusik. Iman mengangguk faham dengan riak wajah sedikit kaku namun cukup lega mendengar demam Lyne tak terlalu teruk. Lara menyiku perlahan tepi pinggang suaminya selepas mendengar jawapan bergurau tadi.

" Abang ni kan cuba jawab elok elok,". Tegur Lara dengan suara berbisiknya. Namun suara menegur tersebut terdengar sampai pada telinga Iman sehingga bibirnya menyimpulkan senyuman kecil. Irfan mengangkat bahunya sambil mengusap tepi pinggang.

" Iman jemput duduk, duduk kenapa berdiri je dari tadi ". Lara menyuruh pemuda yang rupanya berdiri sejak tadi untuk duduk. Iman mengangguk kecil sebelum melabuhkan duduknya ke atas sofa. Niat dia datang nak lawat Lyne je tadi. Kalau duduk sekejap tak apa kot.

" Ni Iman macam mana kamu tahu Lyne demam? ". Tanya Lara bila Iman boleh tahu tentang Lyne yang demam.

" Pagi tadi Iman tunggu Lyne dengan kolej tapi tak nampak nampak pulak. Lepastu Iman pergi cari Lyne dekat kelas still tak ada. Kebetulan pulak jumpa dengan Aresyah jadi Iman tanyalah dia lepastu dia bagitahu yang Lyne tak datang kolej sebab demam ". Jelas Iman dengan jujur walaupun agak panjang lebar.

Lara mengangguk faham berpandangan dengan suaminya sekilas sebelum kembali pada wajah Iman. Iman mengeratkan pegangan pada tali begnya.

" Iman kamu nak minum ke. Auntie pergi buatkan air sekejap ye".

" Tak apa auntie, terima kasih. Iman nak tengok Lyne dulu ". Jawab Iman menolak dengan lembutnya sambil terus memberikan senyuman. Fikiran dia tak habis habis nak tengok Lyne dulu. Selagi belum tengok selagi tu rasa tak tenang. Irfan bangkit dari duduk.

" Uncle nak keluar jumpa kawan sekejap. Kalau kamu nak jenguk Lyne pergi je bilik dia. Ni auntie ada boleh teman ". Irfan memberitahu kepada Iman. Segera Iman bangkit bersama. Tak akan orang rumah ni dah bangun dia nak duduk lagi. Irfan berbisik pesanan lain dengan Lara tanpa di dengari sesiapa.

Bahu Iman di tepuk dua kali oleh Irfan sebelum menjauh pergi. Iman berdiri tegak memerhati pemergian papa Lyne tersebut. Kini tinggal Iman bersama Lara di situ. Tak perlu membuang masa terus Lara bersuara mengajak naik ke atas.

" Iman jom ikut auntie pergi bilik Lyne. Budak tu susah betul nak suruh makan. Makan bubur pun tak nak. Penat auntie dengan uncle pujuk ". Sambil berjalan menuju bilik Lyne, Lara bercerita tentang betapa degil anaknya tu. Iman tergelak kecil sebagai balasan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Zakiff Haikal Desire Where stories live. Discover now