Part 2

5.5K 542 99
                                    

Hye abang, harini kita lunch sama sama nak? Kita lunch dekat restoran favourite abang. Lyne tunggu abang dekat sini. Abang datang okay.


Seperti itulah mesej yang Lyne Isabella kirimkan kepada Zakiff. Dia sendiri teruja dalam berharap Zakiff akan datang untuk makan tengah hari bersama dirinya. Sudah kerap kali ditolak namun ia tetap tidak mematahkan semangat Lyne. Dia dah cakap yang dia sukakan Zakiff. Jadi dia tetap akan ambil hati lelaki tersebut.

Senyuman mekar dibibirnya sendiri. Menolak lupa yang Zakiff tidak pernah mengajaknya untuk keluar makan barang sekali pun. Dia menyimpan buku ke dalam begnya lalu bangun dan segera pergi dari situ. Untuk pengetahuan semua, Lyne merupakan salah satu pelajar di sebuah university swasta.

" Dah kemas. Jom kita balik ". Muncul suara perempuan iaitu Aresyah anak kedua Harris dan Intan mengajak Lyne pulang bersama memandangkan mereka berdua sebaya. Lyne dan Aresyah sudah berkawan rapat sejak di sekolah menengah lagi.

" Dah dah jom tapi nanti aku nak lunch dengan abang Zakiff tahu". Lyne memberitahu sambil mereka beriringan berjalan menuju ke arah luar. Aresyah membuat wajah malasnya mendengar kawannya asyik menyebut nama abang sedaranya itu setiap hari.

Nota penting— Setiap hari Lyne sebut nama Zakiff depan dirinya. Entah apa yang kawannya itu suka sangat tentang Zakiff. Dahlah muka datar je plus antara keluarga Zarif Haikal tu. Bagi Aresyah, Zakiff lah paling sombong. Nak tegur pun macam pandang sebelah mata.

Kerek je lebih.

" Tak habis dengan abang Zakiff kau tu. Kau tak serik lagi ke? Tak ingat dua minggu lepas apa yang jadi? Tak ingat ". Balas Aresyah sedikit keras. Dia bukan tak sukong Lyne suka atau cinta mati dekat Zakiff tu. Cuma kesian je tengok layanan Zakiff terhadap Lyne. Bukan main tak suka lagitu.

Lyne tidak menjawabnya melainkan memilih berdiam diri mengatup rapat bibirnya. Mereka sampai di kereta milik Aresyah. Memang setiap kali kelas Lyne menumpang Aresyah je sebab senang sekali jalan lagipun sekelas semua. Lyne pun ada kereta juga tapi dia jarang guna.

Mendengar balasan Aresyah tadi membuatkan minda Lyne menerawang ke dua minggu lepas. Mengulang tayang di mana Lyne mengajak Zakiff untuk lunch. Puas dia tunggu dekat restoran kegemaran Zakiff namun hampir jam dua petang batang hidung mancung lelaki itu tidak kelihatan.

Bukan setakat batang hidung. Bayang pun tak ada. Mematahkan semangat tapi ingat semangat Lyne tinggi dan kuat. Selagi dia bersemangat dia akan tetap pikat Zakiff walau macam mana cara sekali pun.

" Nak masuk ke tak nak? ". Dalam keadaan pintu kereta terbuka dan Aresyah separuh masuk dia menegur Lyne yang tidak bergerak beberapa saat tadi. Lyne tersentak dengan lekas dia masuk ke dalam. Aresyah mengeleng perlahan.

###

Dentingan berasal daripada telefon mahal Zakiff berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mesej yang Lyne hantar tidak berapa lama tadi. Zakiff meletakkan gelas minuman yang dia hirup tadi lalu mengambil telefonnya.

Sekarang Zakiff berada di rumah papa mamanya. Jarinya menolak skrin telefon dan membaca mesej yang tertera di sana. Dia tidak beriak walau selepas membacanya sehingga habis. Telefon kembali di letakkan ke atas meja. Tidak berminat untuk membalas atau melayan gadis bernama Lyne tersebut.

Dia bersandar di balkoni biliknya, sebaik mendengar suara riuh kembarnya dan Zariel yang sibuk bermain bola sepak. Zariel ingin merampas bola pada kaki abangnya tapi tidak berjaya. Zafril terlalu mahir mengelak. Seketika, satu idea nakal berunsur jahatnya terbit.

Bibirnya menyunggingkan senyuman sinis berlalu turun ke bawah menemui kedua adiknya. Sampai saja di bawah sana Zakiff menyeru.

" Zafril. ". Kedua manusia yang bermain bola sepak tadi berhenti serta mengalihkan pandangan kepada Zakiff. Zafril menaikkan keningnya seolah bertanya kenapa kembarnya itu memanggilnya tadi. Merasakan Zakiff nak bercakap dengan Zafril.

The Zakiff Haikal Desire Where stories live. Discover now