3. Tangisan Dari Cermin

285 3 0
                                    

Pada malam itu, Mat Deris menceritakan peristiwa yang dialaminya ketika berada di
pejabat kepada Pak Cik Ahmad, Mak Cik Lijah, Ripin dan Baharum.

Pada mulanya mereka menganggap cerita yang disampaikan oleh Mat Deris itu hanyalah sebuah cerita karut yang sengaja direka. Hanya Mak Cik Lijah yang kelihatan begitu yakin dengan kisah yang disampaikan oleh Mat Deris itu. Pak Cik Ahmad, lebih banyak mendiamkan diri tetapi turut mendengarnya dengan penuh minat.

"Tak mungkin syaitan atau iblis boleh membuat panggilan telefon," ujar Baharum.

Ripin pula ketawa besar apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Baharum itu.

"Tapi ini adalah kenyataan," balas Mat Deris, "aku sendiri yang mengalaminya."

“Mungkin kau masih dibayangi oleh mimpi-mimpi yang kau alami semalam atau mungkin juga otak kau sudah mulai senget," Baharum bersuara lagi.

Dia menganggap bahawa apa yang diperkatakan oleh Mat Deris itu hanyalah kisah dongeng yang hanya layak menjadi bahan ketawa.

"Kita adalah orang-orang terpelajar," Ripin pula bersuara setelah berhenti dari ketawanya, "kita sepatutnya dapat berfikir dengan rasional dan tidak mempercayai cerita-cerita karut yang tidak boleh diterima akal!"

"Kau juga pernah memberitahuku bahawa kau juga turut percaya akan adanya dunia ghaib yang didiami oleh makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan. Apakah kau tidak yakin dengan apa yang aku cakapkan?" Tanya Mat Deris sambil
memandang tepat ke muka Ripin.

"Memang! Aku juga percaya akan wujudnya iblis dan syaitan kerana di dalam Al Quran sendiri ada
membangkitkan soal ini," Baharum, mahasiswa tahun akhir fakulti undang-undang Universiti Malaya
itu bersuara lembut tetapi kemudian bersuara dengan lebih serius, "apa yang amat payah untuk aku percaya ialah apabila kau mengatakan bahawa kau telah menerima satu panggilan telefon dari syaitan!"

"Memang peristiwa ini benar-benar berlaku," balas Mat Deris untuk menyampaikan kepada teman-temannya, "dengan suara yang seolah-olah mengugut, dia meminta supaya aku segera mengosongkan bilik yang sedang aku duduki sekarang."

"Bagaimana pula pendapat pak cik dalam perkara ini?" Tanya Baharum sambil memandang ke arah Pak Cik Ahmad yang sejak dari tadi hanya diam membisu.

"Perkara ini terserah kepada kamu semua," ujar Pak Cik Ahmad dalam suara yang begitu lembut," sekiranya apa yang dikatakan oleh Mat Deris itu adalah benar, kita terpaksalah lebih berhati-hati tetapi jika sampai adanya ancaman seperti yang dikatakan oleh Mat Deris itu tentulah aku sendiri tidak dapat menerimanya."

"Ini rumahku. Apa ada kaitannya dengan rumah milikku ini?" Pak Cik Ahmad menambah sambil membetulkan duduknya.

"Aku bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pak cik itu," ujar Ripin, "Tuhan ada menyebut bahawa diri-Nya adalah paling berkuasa di seluruh alam dan manusia pula adalah merupakan makhluk yang
disuruh menguruskan dunia ini. Jadi, kita tidak perlu kalah pada ancaman aneh seperti itu."

"Ya!" Baharum turut menyokong, "masakan kita mahu diurus atau kehidupan kita diaturkan oleh sesuatu benda yang tidak wujud dan tidak pasti?"

Mat Deris terdiam sejenak. Kesempatan itu digunakan olehnya untuk menghirup kopi pekat yang sudah sejuk di atas meja di hadapannya. Selepas itu barulah Mat Deris menyambung.

"Suara itu memberitahuku bahawa bilik itu adalah kepunyaannya dan dia ingin menduduki kembali bilik itu," kata Mat Deris. "ini bermakna tentulah dia pernah menduduki bilik itu sebelum ini.. Betul tak?"

"Berani dia mendakwa bahawa bilik itu adalah kepunyaannya!" Mak Cik Lijah tiba-tiba bersuara dengan geram. "Tanah ini sebenarnya adalah merupakan tanah pusaka tetapi rumah ini kami bina dengan titik peluh kami sendiri kira-kira tiga puluh tahun yang lalu, jadi bagaimana dia boleh mendakwa bahawa bilik itu adalah kepunyaannya?"

Berkasih Dengan PontianakWhere stories live. Discover now