5. Cuba bercakap

178 3 0
                                    

Ketika sampai di rumah, Mat Deris mendapati Mak Cik Lijah sudah pulih seperti sediakala. Walaupun kelihatan masih lemah dan mukanya masih pucat tetapi dia sudah berada di dapur. Dia dan Pak Cik Ahmad sedang duduk di meja makan sambil menikmati hidangan teh petang. Bersama mereka, Baharum dan Ripin juga turut serta. Kesemua mereka menoleh ke arah Mat Deris secara serentak.

"Apa khabar, mak cik?" Mat Deris menegur, "mak cik telah sembuh?"

Mak Cik Lijah tersenyum sambil memandang ke arah Mat Deris. Soalan Mat Deris masih tidak dijawabnya sebaliknya dia pula yang mengajukan pertanyaan: "Bagaimana dengan luka di tangan kirimu itu?" Pertanyaan itu jelas menampakkan bahawa Mak Cik Lijah sudah betul-betul normal. Sudah pulih sepenuhnya. Memang begitulah sifatnya yang terlalu mengambil berat tentang masalah anak-anak muda yang menyewa bilik di rumahnya itu.

"Hanya luka kecil sahaia," balas Mat Deris sambil tersenyum.

"Mungkin apa yang telah kau alami selama ini adalah benar-benar terjadi, Mat Deris," Mak Cik Lijah bersuara dengan begitu lembut, "aku benar-benar cemas dan bimbang dan kalau boleh aku tak mahu kejadian seumpama ini berulang lagi di rumah kita."

"Memang kita semua tidak mahu kejadian beginí berlaku di sini," ujar Ripin. Suaranya lembut dan bersahaja.

Jadi, apa yang harus kíta lakukan?" Tanya Baharum sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"Jalan yang paling baik, kita haruslah mencari orang yang boleh membantu kita untuk menyelesaikan nasalah ini," terang Ripin.

"Perkara begitu adalah satu cara susah." Pak Cik Ahmad mencelah. Jalan yang paling mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini hanyalah dengan cara mendekatkan diri kita kepada Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kusut ini."

"Mak Cik Lijah adalah seorang yang teguh imannya. Sembahyangnya tidak pernah tertinggal, Hatinya baik tetapi dirinya masih mampu dikuasai oleh kuasa halus itu," Baharum memberikan pendapatnya.

"Mungkin pada waktu itu dia sedang terleka dan terlupa kepada Allah," terang Pak Cik Ahmad, "pada ketika itulah syaitan mengambil kesempatan untuk merasuki tubuhnya!"

"Betul seperti yang dikatakan oleh pak cik kamu itu." tingkah Mak Cik Lijah dalam nada suara yang masih lemah, "mungkin pada ketika itu iman dibdada mak cik tertalu lemah kerana sebelumnya mak Cik telah memarahi Pak Andak Muluk kerana sudah lama benar dia tidak menjelaskan hutangnya."

"Dia datang ke sini tadi?" Tanya Pak Cik Ahmadbsambil menatap wajah isterinya.

"Ya! Kelmarin dia telah berjanji untuk menjelaskan hutangnya itu pada hari ini tetapi kedatangannya tadi hanyalah dengan tangan kosong Itulah punca yang menyebabkan aku memarahinya." terang Mak Cik Lijah.

"Setelah dia pergi meninggalkan rumah ini, aku masih lagi memarahinya dan pada ketika itulah aku merasakan kepalaku berpusing-pusing lantas aku tak tahu apa yang terjadi pada diriku selepas itu.

"Mak cik tak sedar apakah bentuk makhluk yang telah masuk lalu terus menguasai tubuh mak cik? Tanya Mat Deris inginkan kepastian.

"Tidak. Aku tak sedar langsung Mak Cik Lijah. ketika itu," balas

Mat Deris kembali menghela nafas yang lebih panjang. Ketika itu dia teringat kepada peristiwa yang menimpa Yaakub, kakitangan Maktab Berjasa yang ditemuinya pagi itu. Dia merasakan dirinyanbetul-betul telah dipermain-mainkan oleh makhluk
halus yang menguasai rumah kepunyaan Pak CikbAhmad itu. Mat Deris terasa makin menyesal.

Oleh kerana agak lama juga suasana di rumah itu menjadi sepi kerana tiada seorang pun yang bersuara akhirnya Mat Deris berdiri lalu berkata: "Saya merasa terlalu letih hari ini. Saya ingin berehat sebentar!"

Ai ajuns la finalul capitolelor publicate.

⏰ Ultima actualizare: May 31, 2023 ⏰

Adaugă această povestire la Biblioteca ta pentru a primi notificări despre capitolele noi!

Berkasih Dengan PontianakUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum