BAB 2

168 17 1
                                    

"Aku tak tahu lagi nama kau", kata Rayyan dengan tenang. "Oh sorry. Nama saya Aisya Helena. Panggil Aisya je. Tapi kalau nak panggil sayang pun boleh", ayat terakhir di ucap perlahan. "Apa kau cakap yang last tu? Aku tak dengar",

"Eh takde apa-apa la", jawab Aisya bersama wajah yang membahang. 'Yela tu takde apa. Macam la aku tak dengar' bisik Rayyan dalam hati.

Beberapa minit kemudian, minuman yang dipesan mereka tadi tiba. Aisya mengangkat cawan yang berisi hot latte dan disuakan ke mulutnya. Rayyan hanya memerhati kelakuan Aisya.

"Parut kat tangan kau tu kenapa?" soal Rayyan keliru apabila ternampak parut di tangannya. Seperti ditoreh. "Saya tercedera masa kerja'" jawab Aisya sambil mengusap parutnya. Secara tiba-tiba terimbas kembali perkara pahit yang dilaluinya dahulu

"Cedera masa kerja? Boleh aku tahu kau kerja apa?" soal Rayyan bersama sifat ingin tahu. Yela kerja apa yang wanita ni buat sampai dapat parut ngeri macam tu. "Saya-" tidak dapat menghabiskan ayatnya, Iphone 12 miliknya berdering. "Sekejap ye, saya kena angkat call ni kejap" kata Aisya lalu beredar ke tandas.

"Hello Farah, ada apa ni call aku?" kata Aisya. Haih baru nak dating, potong betul la! "Amboi kau, nak call member sendiri pun tak boleh ke? Ke aku kacau kau tengah dating?" sinis Farah.

Farah merupakan rakan baik Aisya semasa di universiti dulu. 24 jam la selalu berkepit sampai orang ingat diorang adik-beradik.

"Banyak la kau punya dating. Aku kat mall ni nak beli barang sikit". "Oh sorry la kacau. Ni aku dapat emergency call, petang ni kita kena balik kem balik. Ada tugasan kena settle", kata Farah serious.

"Haa?! Kita baru je balik. Haih, habistu flight pukul berapa ni?" kata Aisya pasrah. Redha je la, dia yang pilih kerja ni.

"Pukul lima" jawab Farah tenang. "What?! Sekarang dah pukul tiga nok! Aku gerak dulu la. Bye!" Aisya terus keluar dari tandas dan menuju ke Rayyan. "Maaf Encik Rayyan, saya terpaksa balik sekarang. Sekali lagi terima kasih selamatkan saya. Assalamualaikum",

"Eh tung-", belum sempat Rayyan memanggil,Aisya sudah keluar dari cafe itu. Keluhan kecil dilepaskan.

'Untill we meet again, Helena'

Rayyan's Where stories live. Discover now