BAB 5

247 25 1
                                    

"wey dengar cerita pasukan ggk nak gerak pergi operasi kat Thailand. Ada pemberontak and Kapten kesayangan kau tu join sekali," kata Farah. Aisya yang sedang menikmati air oren itu tersembur ke muka Farah. "Woi! pengotor lah kau ni! lecun muka aku," marah Farah. "SERIOUSLAH WEY! ASAL AKU TAKTAHU?!" pekik Aisya. Farah hanya menjeling. Habis melekit muka aku!

Esok merupakan hari dimana mereka bergerak ke Thailand untuk misi menyelamat. Semua yang terlibat sedang sibuk menyediakan barang keperluan. Tidak pula Rayyan. Termenung mengingatkan seseorang.

"Jauh termenung kapten", sindir Danish. "huh takdela," jawab Rayyan bersama ketawa kecil. "Yeke takde. Ke kau teringat Leftenan Aisya Helena kita tu", sinis Danish. Danish sudah mengetahui tentang wanita itu kerana semasa dia ingin ke bilik Rayyan, dia terdengar perbualan mereka. Tapi tula nak pasang telinga sangat tak pasal-pasal kepala benjol kena ketuk dengan Rayyan.

Rayyan hanya diam. "Kalau diam betul la tu. Kalau kau suka dia pun apa salahnya. Aku dengar dia single mingle lagi. Baik kau try dia. Nanti kalau dah berpunya menangis tepi bucu katil kau", kata Danish.

"Aku bukan macam kau", jawab Rayyan selamba. "eleh kau. By the way, kawan dia yang sorang tu lawa jugak eh. Nanti kau try la tanya Leftenan Aisya tu kawan dia tu single tak? tak silap aku nama dia Farah,"bisik Danish sambil menyiku lengan rakannya itu. Danish pernah terserempak dengan Aisya dan Farah semasa mereka ingin keluar dari pejabat. Masa itu juga Danish tercatch feeling dengan wanita bernama Farah itu. "malas aku" kata Rayyan kemudian berlalu ke katilnya. "Tak boleh harap punya member" bisik Danish sambil menjeling rakannya itu.

...

'Haih esok Rayyan nak pegi operasi dah. Risau la kalau jadi apa-apa kat dia'  termenung Aisya. "Kau ni tak payah la risau. Dia kan Kapten Rayyan Mikael, ahli ggk yang terhebat la orang cakap. Setakat misi macam ni celah gigi dia je la", kata Farah.

"Hm mana aku tak risau. Aku ni dah la jauh dengan dia nanti. Seminggu tak dapat tengok muka dia" kata Aisya sambil memeluk lutut. 'haih angau betul la perempuan ni' bisik Farah dalam hati. "Dah la tak payah fikir sangat. Tidur. Esok kau pergi la jumpa dia", arah Farah "Baik puan" kata Aisya malas.

...

Keesokkan harinya, mereka semua berkumpul di hadapan pesawat angkut A400M. Semua ahli ggk sudah bersiap ingin berlepas.

Tiba-tiba kelihatan seorang wanita berlari ke arahnya. Ya, Leftenan Aisya Helena berlari ke arah Kapten Rayyan Mikael.

"Tuan kenapa tak cakap kat saya yang tuan ada operasi harini?," kata Aisya. "Rayyan hanya mengeluh. "kenapa pulak nak kena cakap kat kau? Kau bukan bini aku pun,"jawab Rayyan dingin. 'huh tunggu nanti aku jadi bini kau, aku cubit mulut kau tu' Aisya mencebik.

"aku nak kena berlepas ni. Jaga diri kau Helena." kata Rayyan. Mungkin pada pandangan Aisya, Rayyan tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi disebalik topeng yang dipakainya, dia tersenyum kearahnya. 'OMG crush kita caring kat kita laa! kau ada?'

"Aku pergi dulu", kata Rayyan. "Jaga diri, Tuan" kata Aisya kemudian tabik kepada Rayyan. Rayyan hanya mengangguk dan beredar memasuki pesawat A400M

'Tunggu aku, Helena'

Rayyan's Where stories live. Discover now