BAB 7

85 4 1
                                    

"Allahuakbar!" terjaga Aisya dari lenanya. Aisya mengurut dadanya agar bertenang. 'kenapa aku tak sedap hati ni. Rayyan, saya harap awak tak apa-apa', getus Aisya. Jam telah menunjukkan jam 2 pagi. 'haih takde apa-apa lah, mainan tidur je ni' Aisya kemudian berlalu ke bilik air mengambil wuduk melakukan solat tahajud.

Aisya sedang sibuk menguruskan fail-fail kerjanya. Secara tiba-tiba pintu dikuak kasar membuat Aisya tercampak fail yang dibeleknya.

"Aisya!" jerit Farah. Aisya menarik dan menghembuskan nafas secara perlahan menahan amarahnya. "Kau ni kalau aku dah hentak kepala kau kat pintu tu jangan tanya kenapa tau. Kau nak apa ni?!" marah Aisya.

"pasukan ggk dah balik dari operasi tu." kata Farah. "kenapa awal sangat balik? kata seminggu," tanya Aisya. Baru 3 hari takkan dah balik? melainkan ada sesuatu berlaku.

"t-tapi Kapten Rayyan.." Terdengar sahaja nama jejaka itu membuatkan Aisya tidak sedap hati. "k-kenapa dengan dia?", Farah hanya diam. Melihat sahaja rakannya diam membuatkannya ingin menitiskan air mata. "F-farah kau cakap dengan aku d-dia selamatkan?," tanya Aisya dengan suara bergetar.

"Dia selamat tapi cedera parah. Musuh baling bom tangan kearah dia. Kalau dia lambat sikit je untuk bertindak keluar dari situ mungkin dia dah takde," kata Farah memegang tangannya.

"jom pegi melawat dia nak?," kata Aisya sambil menggoncangkan tangan Farah. "buat masa sekarang tiada siapa dibenarkan lawat dia, lagipun dia masih belum sedarkan diri, tunggu dia dah okay sikit kita lawat ye?" pujuk Farah. Aisya hanya mengangguk.

'awak kuat, Rayyan. Negara masih perlukan awak'

                                     ....         

"shit! macam mana aku nak buat ni!" jerit seorang wanita. Pregnancy test ditangannya digenggam. Nama seseorang dihubungi. "angkatlah!" telefonnya kemudian di baling ke katil. "tak guna punya jantan! kau dah buat kau taknak tanggung pulak! erghh!"

"macam mana ni. Kalau parents aku tahu mati aku! habis reputation aku nanti! aku kena cari jalan lain," wanita tersebut kehulur-kehilir memikirkan sesuatu. Kemudian, satu idea gila terlintas dipikirannya.

'Kapten Rayyan Mikael'. Wanita tersebut menayangkan senyuman sinis.

'i'll back for you, my dear'






bala dah datang gass

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rayyan's Where stories live. Discover now