BAB 3

167 23 3
                                    

"Kita remaja yang sedang dimabuk asmara~" Danish mengejutkan Rayyan yang sedang termenung itu. "Suara tak sedap tak payah sebok nak menyanyi bagai", kata Rayyan selamba. "Aik! Maghoh pulok. Period ke bang?" usik Danish. Jelingan maut dihadiahkan kepada Danish.

"HAHAHA gurau je bro. Ni aku tengok dua tiga hari ni kau asyik termenung je. Dilamun cinta ke?" sinis Danish. Rayyan terkedu namun masih menayangkan riak wajah tenang. Sejak berjumpa dengan Aisya tiga hari lalu, dia asyik mimpikan wanita itu. Jatuh cinta? Dia pun keliru. "Tak salah Yan kau nak jatuh cinta. Sampai bila kau nak anggap semua perempuan sama? Kaki curang? Pada masa yang sama kau kena bukak jugak hati kau untuk perempuan yang tepat", nasihat Danish kepada Rayyan.

"Daripada aku layan kau baik aku pergi makan", kata Rayyan dengan nada menyampah. Sebenarnya, apa yang dikatakan Danish betul padanya tetapi dia hanya beriak seperti tidak berminat tentang itu.

'Aisya Helena'. Dia sudah berjanji dengan dirinya yang dia akan mencari gadis itu. Gadis itu adalah gadis pertama yang telah menjentik hatinya selepas kehilangan bekas kekasihnya.

Danish hanya menjeling. Buat kering air liur je nasihatkan Rayyan ni. "Petang ni jangan lupa ada meeting pasal operasi baru tu. Aku nak pergi pejabat kejap ada urusan,"kata Rayyan kemudian mengeluarkan rokoknya. "Baik Kapten Rayyan", kata Danish sambil tabik kepada Rayyan."Ni lagi satu. Bersihkan la diri kau tu. Dah bau kari basi dah", kata Rayyan lalu beredar dari situ. "Kurang asam punya kawan. Kari basi kau panggil aku. Nasib baik la kau kawan aku. Kalau tak lunyai kau", bebel Danish.

"Oi! Kau termenung apa ha?!" jerit Farah. "Kau ni takde adab ke?! Bagi la salam bukan main sergah macam tu", marah Aisya. "hehehe. Takdela kau ni asyik termenung je kebelakangan ni. Fikir apa?" tanya Farah. "Takde apa la" jawab Aisya perlahan.

"Kau tak payah takde apa takde apa dengan aku. Aku bukan kenal kau semalam", kata Farah. "Hm kau rasa lepasni aku jumpa lagi tak dengan Rayyan tu" tanya Aisya sambil melentokkan kepala dibahu Farah. Selepas pulang ke kem, dia terus menceritakan tentang hal yang berlaku di mall itu. "Inshaallah kalau ada jodoh mesti korang berjumpa lagi. Doa la mintak dia tu jodoh kau", kata Farah lembut.

"Aamin", kata Aisya sambil senyum. Dia yakin dia sudah jatuh cinta dengan jejaka itu. Orang putih panggil 'love at first sight' gitu. "Dah la Leftenan Aisya Helena, petang ni ada sorang ahli ggk nak jumpa kau. Dengar cerita dia hot HAHAHA. Aku nak pergi office kejap tertinggal barang", kata Farah lalu beredar dari situ.

Aisya sedang sibuk sedang menaip komputernya. Sedang sibuk menyelesaikan kerjanya, pintu biliknya diketuk. 'ouh haah la tadi Farah cakap ada komando nak jumpa aku, haih lupa pulak'. "masuk" laung Aisya. Pintu biliknya dibuka dan seorang jejaka tinggi lampai masuk.

Alangkah terkejutnya apabila susuk tubuh yang sering dimimpinya masuk ke ruangan itu. Mereka berdua bertentangan mata sambil menayangkan reaksi terkejut.

'R-rayyan?'















haii semua. So, ni first story yaya. idk if korang suka ke tak cerita ni. Thankyou kepada semua yang baca cerita ni. I hope you guys like it <3

Rayyan's Where stories live. Discover now