BAB 2

196 0 0
                                    

"ZINA ialah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Ianya adalah perbuatan yang boleh merosakkan nasab keturunan dan maruah seseorang itu. Takde dosa yang lebih besar disisi Allah selepas syirik kecuali dosa zina."

"Dalam Al-Quran Allah SWT pernah berfirman di dalam surah Al-Isra ayat 32 bunyinya 'Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.' Sebab itu zina ni dilarang keras dalam Islam. Sesiapa yang melakukan zina ini amatlah dimurkai oleh Allah. Jauhilah zina kalau kamu nak hidup dalam reda dan rahmat Allah," terang Razif tenang.

"Ustaz orang yang berzina ni adakah dosanya akan diampunkan oleh Allah?" soal salah seorang anak muridnya.

Senyuman nipis terbias dibibirnya seketika. "Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Walaupun zina itu termasuk dalam dosa besar, Allah SWT tetap akan mengampuni dosa orang yang berzina jika dia benar-benar bertaubat dengan setulus hatinya."

"Apapun dosa yang kita buat atas dunia ni, kalau kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita pasti akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT. Termasuklah zina. Orang yang mengaku salah dan bertaubat ni lebih baik di mata Allah berbanding orang yang soleh tapi egonya tinggi dan enggan mengaku salah. Ingat! Bencilah perbuatannya bukan benci si pelakunya. Kerana semua orang layak diberi peluang kedua."

"Ustaz orang yang berzina ni boleh ke masuk syurga walaupun dia dah bertaubat?" soalan diajukan.

Hempasan nafas dihela perlahan. Bibir tak lekang mempamerkan senyuman nipis. "Syurga itu bukan hanya tempat yang dipenuhi oleh orang-orang yang tak pernah buat dosa saja. Tapi syurga ini juga dipenuhi dengan pendosa-pendosa yang telah bertaubat. Jangan hanya kerana kamu merasakan diri kamu lebih soleh dan rajin beribadat, kamu dengan mudah menghakimi orang sesuka hati kamu."
"Setiap dari kita ini adalah pendosa. Setiap hari kita lakukan dosa tanpa kita sendiri sedar. Cumanya dosa dan aib kita, Allah pelihara daripada diketahui umum. Jadi jangan sombong dan merasa diri sendiri lagi baik daripada orang lain. Jangan bersikap sombong dan riak kerana dengan sikap itulah yang akan membawa kita jauh dari syurga tapi dekat dengan neraka," jawab Razif panjang lebar.

Razif Haikal, merupakan salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Darul Iman. Ustaz muda dari lulusan universiti Al-Azhar itu amat di segani di kalangan para pelajarnya. 

Pejam celik, pejam celik sudah hampir 3 tahun dia mengabdikan dirinya di madrasah ini. Bukan dia tidak pernah ditawarkan untuk berkhidmat di salah sebuah universiti terkemuka di ibu kota namun dia menolak kerana lebih selesa untuk mencurahkan ilmu yang di miliki kepada anak-anak kampung yang lebih memerlukan khidmatnya.

"Assalamualaikum ustaz," salam dilontarkan oleh salah seorang anak muridnya sekaligus menyentakkan Razif.

"Waalaikumusalam warahmatullah hiwabarakaatuh, Amir. Kamu dari mana ni?" bibir tak lekang mempamerkan senyuman nipis.

"Saya dari dewan makan tadi ustaz. Lepas zohor tadi, Ustazah Amrah ada buat kelas dekat dewan makan. Ustaz, ustaz buat apa dekat surau ni?" soal Amir.
Amir ni sememangnya terkenal dengan seorang yang bermulut murai. Walaupun baru berusia 11 tahun tapi sudah petah berkata-kata. Almaklumlah salah seorang ahli berpidato di madrasah mereka ini.

"Ustaz baru je habis kelas tadi. Ni kamu kenapa tak masuk kelas lagi ni? Sekarang masih waktu pembelajaran lagi ni," sempat jam tangan ditilik sebelum tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Amir.

Tersengih Amir sekaligus menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. "Saya memang nak masuk kelas dah ustaz. Tapi tadi Ustazah Amrah minta saya sampaikan amanat ni pada ustaz. Kebetulan saya lalu dekat surau ni nampak pulak ustaz dekat sini, tu yang saya singgah ke surau ni," jawab Amir jujur.

Arah Mana Syurga (E-BOOK) Where stories live. Discover now