BAB 4

130 1 0
                                    

KERUSI ditarik kasar. Punggung dihempas geram. Wajah Tengku Borhan yang sedang tersenyum manis itu dipandang sebal.

"Penting sangat ke lunch meeting ni sampaikan I pun you nak kena heret sama?" soal Amaara sebal.

"Tersangat penting untuk company I. Ala janganlah marah, baby. I janji lepas habis meeting ni I bawak you pergi shopping," janji Tengku Borhan.

Nafas dihela panjang. "Okey, kalau macam tu I nak request you belikan new handbag untuk I. I tengok LV ada keluarkan koleksi baru."

"Anything for you my dear," dikucup lembut jari jemari Amaara.

Tersungging senyuman ceria meniti diwajahnya. "Sebenarnya apa tujuan you bawak I jumpa client you ni? Tak pernah-pernah you ajak I sebelum ni? Why so suddenly?"

Keluhan berat dihempas kasar. "Sorry my dear, kalau ikutkan I memang tak nak kacau you hari ni. Tapi I nak buat macam mana, I takde pilihan."

"Apa maksud you ni?" terjongket keningnya.
"I perlukan khidmat you hari ni. Wakil syarikat client I hari ni agak susah nak handle. Kalau nak dikutkan I tak perlu nak berurusan dengan dia, tapi dengan CEO. Masalahnya sekarang CEO takde dekat Malaysia, dia pergi umrah. So pihak syarikat hantar wakil untuk berjumpa empat mata dengan I. Daripada cerita my PA wakil yang dihantar ni bukan orang lain tapi anak kepada CEO. Dan dengar kata dia seorang yang super duper cerewet," cerita Tengku Borhan.

Berkerut pelik dahi Amaara. "Habis tu you nak I buat apa? I bukan reti pun fasal bisnes ni."

"I nak you goda dia. Goda sampai dia setuju nak sign contract dengan company I," ucap Tengku Borhan tenang.

"What?! Are you kidding me?" bulat mata Amaara tak percaya.

"You ada nampak macam I tengah bergurau ke sekarang ni?"

"You terdesak sangat ke nak dapatkan projek tu, Tengku? You kan orang kenamaan takkanlah sampai nak kena guna cara kotor macam ni?" bidas Amaara sinis.

"I tak kisah you nak cakap apa sekalipun, Amaara. I don't care. Kalau you nak tahu dalam dunia perniagaan ni you tak boleh nak baik sangat, kalau tidak mudah-mudah you akan ditindas. Jadi salah satu caranya tak nak bagi ditindas adalah dengan menggunakan cara kotor macam nilah."

"Jadi I ni akan jadi alat sebagai tukar gantinyalah ya?"

"Pandai pun you. You tak payah risau soal bayaran. I akan bayar you lebih. Asalkan you buat kerja you. Lagipun you takkan rugi apa-apa, baby. Anggap je I tengah tolong you cari customer baru," ujar Tengku Borhan.

"Okey I terima tapi pastikan kerja yang I buat ni berbaloi dengan bayaran yang bakal I terima."

"That my girl. Fasal bayaran you tak payah risau. Semuanya ditanggung beres. Asalkan you tolong I dapatkan projek ni je," selamba dilabuhkan ciuman di pipi Amaara.

Meringai suka Amaara diperlakukan sebegitu.

Hampir 15 minit menanti, bayangan figura yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul jua. Tersentak Amaara yang sedari tadi sibuk bermain dengan gadget ditangan. Kepala lekas mendongak merenung ke arah figura yang kini berdiri tegak dihadapan mereka. Punggung diangkat bersama dengan riak tidak percaya.

"Maaf, saya lambat sikit. Jalan jammed. Laluan jalan nak ke sini tadi ada berlakunya accident."

"Takpe Encik Razif. Small matter je. Lagipun kami pun baru je sampai," tangan dihulur bersama senyuman lebar yang meniti diwajah Tengku Borhan.

Angguk faham. Huluran disambut dan punggung dihenyak diatas kerusi. "Jadi boleh kita mulakan sekarang?"

"Boleh-boleh. Tapi sebelum kita mulakan perbincangan saya nak kenalkan Encik Razif dengan seseorang. My partner, Amaara Badriah. Amaara ni Encik Razif Haikal, wakil daripada Gelombang Holding. Macam yang I bagitahu you tadi."

Arah Mana Syurga (E-BOOK) Where stories live. Discover now