BAB 3

155 2 0
                                    

BEG kertas daripada perbagai jenama mewah digengam kemas di tangan kiri dan kanannya. Langkah diatur penuh gaya menyusuri pusat beli belah mewah itu.

Sudah menjadi rutin wajib bagi Amaara pada setiap minggu untuk menghabiskan masanya dengan berbelanja. Lagi pula pekerjaan yang dilakukannya sememangnya membutuhkan untuk dia sentiasa tampil bergaya dan mengikuti arus perkembangan fesyen semasa.

"Maara, kau ada apa-apa nak beli lagi ke?" soal Jiha.

"Hmm aku rasa, aku takde nak beli apa-apa dah. Kau?" soalnya kembali.

"Aku takde apa nak beli sangat pun. Next week kan aku nak pergi Dubai dengan Dato Malik. Dia cakap nak bawak aku pergi shopping, so aku shopping dekat sana jelah nanti," teruja Jiha bercerita.

"Wow... Dato Malik ya? Best lah kau dapat jerung besar kali ni."

"Well sekali sekala. Kebetulan dia ada business trip dekat sana. So dia ajak aku teman dia. Aku orang dah ajak aku follow jelah," ujar Jiha teruja.

Angguk faham. "Bertuahlah kau dapat layan Dato Malik tu. Aku dengar kata dia tu bukan calang-calang orang. Top 10 orang terkaya dekat Malaysia ni."

"Aku pun tak sangka dia puas hati dengan servis yang aku bagi pada dia. Kalau kau nak tahu, bayaran yang dia bagi dekat aku pun cukup lumayan. Kiranya kalau nak makan setahun pun tak habislah," ucap Jiha.

Bulat mata Amaara tidak percaya. Wajah Jiha yang tersenyum bangga itu direnung tidak percaya. "Wow! Boleh tahan banyaklah. Untunglah kau. Lepas ni kau tak payah nak cari customer lagi. Jaga Dato Malik sorang je pun dah cukup."

Kepala digeleng tanda tidak setuju dengan apa yang dituturkan Amaara. "Aku tetap akan cari customer lain. Dato Malik tu pun bukan aku sorang je yang dia langgan. Perempuan keliling pinggang. Kalau kau nak tahu dia tu buaya. Aku pun tak faham macam manalah bini dia boleh tahan dengan perangai Dato Malik tu."

"Boleh jadi bini-bini dato ni semua bertahan hanya disebabkan harta je. Ataupun sebab masing-masing dah tua. Nak bercerai pun rasa malu dekat anak-anak dengan cucu-cucu. Jadi selagi boleh bertahan dorang akan bertahan," komen Amaara.

"Yang itu mungkin boleh jadi salah satu sebabnya jugak. Tapi ada juga aku dengar segelentir mak datin ni ada yang pasang anak-anak ikan. Sebab tu dorang tak kisah laki dorang nak main perempuan lain pun. Sebab dorang pun buat perkara yang sama. Kiranya win-win situation lah," balas Jiha.

"Biasalah Jiha bila dah banyak duit macam tulah. Dan yang pastinya orang yang paling beruntungnya adalah kita. Kerana duit datuk-datuk tu semualah kita boleh hidup mewah macam ni. Tak payah dah susah payah nak fikir macam mana nak cari duit."

Terjongket kening Jiha seketika. "Jadi sekarang kau dah tak menyesallah buat kerja ni?" duga Jiha.

"Menyesal? Takkan pernah ada dalam kamus hidup aku. Aku enjoy dengan apa yang aku buat sekarang. Duit dapat, nikmat pun dapat," jawab Amaara senang.

"Good! Lagipun ni je cara kita nak hidup senang. Duduk dekat KL ni kalau tak pandai cari duit alamatnya merempatlah kita. Nak-nak orang macam kita ni, langsung takde pendidikan. Silap hari bulan kena tipu macam tu je."

Kepala dianggukkan tanda setuju. "Dahlah Jiha. Jomlah kita balik. Malam ni Dato Saiful ajak aku teman dia pergi dinner. Nanti lambat bersiap bising pulak orang tua tu," dibuka luas langkah kakinya.

"Yalah. Jom."

Kaki dihayun laju menuju ke arah ruangan parkir bawah tanah bersama-sama Jiha. Sekali sekala wajah Jiha yang sedang berceloteh itu dikerling seketika. Telinga ligat mendengar butir bicara wanita itu.

Arah Mana Syurga (E-BOOK) Where stories live. Discover now