BAB 5

146 2 0
                                    

SATU BULAN KEMUDIAN

RUMAH banglo 2 tingkat yang tersergam indah itu direnung tunak. Hembusan nafas dihela berat. Rasa debaran di dada yang sedang menggila cuba diusir sejauh yang mungkin.

Tidak mahu terus membuang masa, kaki segera melangkah keluar dari dalam perut kereta. Elok saja dia berdiri dihadapan rumah mewah itu loceng ditekan laju.

Selang beberapa minit, muncul seorang wanita tua bersama dengan wajah penuh kehairanan. Amaara yakin wanita separuh abad itu pasti pembantu dirumah mewah tersebut.

"Ya cik cari siapa?" ramah si pembantu rumah menyoal.

Bibir diukirkan senyuman nipis sejenak sebelum dia bersuara. "Puan Maizura ada?"

"Ada. Cik ni siapa ya?"

"Boleh saya jumpa dengan dia? Saya ada hal nak bincang dengan dia. Antara hidup dan mati."

Malas mahu terus berbalas soalan, Amaara lekas menyatakan tujuan asal dia kemari. Wajah yang tadinya tersenyum manis kini mulai berubah serius.

Tertelan liur pembantu rumah yang di kenali sebagai Mak Timah itu. "Mak Timah tak boleh bagi sebarangan orang masuk dalam rumah tanpa keizinan Puan Maizura dulu. Err cik tunggu sekejap ya? Biar Mak Timah tanyakan dulu pada Puan Maizura."

"Okey," kepala dianggukkan tanda memahami.

Hampir 10 minit menanti, akhirnya pintu pagar jenis automatik itu mulai dibuka perlahan-lahan. Tanpa perlu dipelawa, langkah kaki segera diatur masuk ke dalam perkarangan rumah mewah itu.

Figura Mak Timah yang berdiri tegak dihadapan muka pintu utama itu dihampiri.

"Jemput masuk cik," pelawa Mak Timah.

"Thanks," balas Amaara. Langkah kaki diatur membuntuti langkah Mak Timah menuju ke ruang tamu.

"Cik duduklah dulu ya? Puan sekejap lagi dia turun."

"Okey," dilabuhkan duduk disalah sebuah sofa di situ.

"Mak Timah cakap you ada perkara penting penting nak dibincangkan dengan I. Apa dia?"

Sapaan mengejut itu menyentakkan Amaara. Punggung diangkat dan tubuh badannya yang langsing itu segera dikalihkan ke arah figura yang dicari. Bibir dilorekkan senyuman tipis. Membuang rasa debar yang bertandang di sanubarinya.

Bulat bebola mata Puan Maizura merenung ke arah figura yang kini sudah pun terpacak di hadapannya. Dahi dah mula dihiasi dengan kerutan halus. Fikiran mulai dilanda tanda tanya.

"Yes. Saya ada sesuatu nak dibincangkan dengan puan," sahut Amaara lembut.

"Duduklah," pelawa Puan Maizura acuh tak acuh.

Sempat mata melirik ke arah penampilan Amaara yang kini mengenakan baju kurung moden yang maha sendat.

Angguk faham. Punggung kembali dihenyak kasar ke atas sofa empuk itu.

"So apa dia yang penting sangat tu?"

Hempasan nafas dihela perlahan-lahan. Wajah tanpa riak Puan Maizura ditatap sekilas sebelum dia memuntahkan bicaranya. "Saya ke mari bersebab," ujar Amaara pendek.

Beg tangan yang kemas berada diatas ribaannya dibuka. Sebuah kotak kecil berwarna hitam dikeluarkan. Dibuka dan diletakkan kotak kecil tersebut ditengah-tengah ruangan meja yang ada dihadapan mereka tika ini.

"Saya datang membawa hajat. Hajat saya nak meminang Razif untuk dijadikan suami saya," hanya dengan sekali lafaz dilontarkan bicaranya tenang.

Terbuntang mata Puan Maizura mendengarkan butir bicara Amaara. Cincin dari jenis perak dan dihiasi batu permata jenis Zircon dari rona warna biru gelap itu ditatap sekilas sebelum mata kembali dipasakkan ke wajah tenang Amaara.

Arah Mana Syurga (E-BOOK) Where stories live. Discover now