Bab 7

13 1 0
                                    

"Mel, siapa hantar kau tu? Handsome nyaaaa!!" Tanya rakan sekerja Mel di Kedai Multimart yang kebetulan berada di depan kedai tersebut semasa Airil menghantar Mel.

"Ohh tu, panjang ceritanya". Balas Mel dengan malas kerana dia tahu perkara tersebut akan menjadi bualan ramai dan semua akan kecoh.

"Pendekkan jelah. Aku pun nak tahu. Boyfriend kau ke?

"Ehhh..mana adalah. Aku mana ada boyfriend.. dah dah, jom masuk..nanti marah pulak supervisor kita tu."kata Mel sambil menarik tangan rakan sekerjanya itu yang masih ingin tahu siapa lelaki kacak yang menghantar Mel tadi.

"Tukar topik pulak dah. Hermm, jomlah" katanya malas nak memaksa Mel untuk menceritakan segalanya.

____________________________

Setelah selesai makan tengah hari bersama Mel, Airil pun kembali ke pejabatnya. Dia asyik memikirkan Mel yang bekerja keras untuk menyara kehidupan sebagai seorang pelajar dan hidup sebatang kara. Airil suka akan semangat Mel yang tidak berputus asa untuk menyambung pelajarannya walaupun hidupnya dipenuhi pelbagai cabaran.

"Azam, ke ruangan saya sebentar," kata Airil menelefon setiausahanya.

Ketukan pintu kedengaran "Masuk," kata Airil yang tidak melarikan pandangannya dari telefon bimbitnya itu. " Ya tuan, ada apa tuan panggil saya boleh saya bantu?" kata Azam.

"Azam, aku nak kau cari maklumat tentang perempuan ni. Semua maklumat termasuk pelajaran dia. Aku nak petang besok," kata Airil sambil menunjukkan gambar dan nama penuh Mel di telefonnya.

"Baik tuan, ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"

"Ermmm.. Myvi kau tu saya pinjam sebulan boleh? Sebagai gantinya, kau pinjam kereta aku. Pilihlah yang mana kau nak, nanti kau minta ja kunci kat aku" kata Airil.

"Aii? Bukan ke Tuan ada banyak kereta, tapi kenapa pulak nak pinjam Myvi buruk saya tu?" Tanya Azam pelik akan sikap bossnya itu.

"Adalah, tak payah banyak soal, nanti kau tau jugak" kata Airil sambil tersenyum bila tiba-tiba bayangan Mel muncul di ingatannya.

"Baiklah tuan, kalau takda apa-apa lagi saya kembali ke ruangan saya ya tuan" kata Azam dengan penuh sopan dan pelik kenapa tiba-tiba tuannya yang bengis dan garang itu tersenyum.

"Hmmm," balas Airil kepada Azam walaupun ingatannya ke tempat lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Biarkan Aku PergiWhere stories live. Discover now