Bab 4

27 3 0
                                    

Bab 4

Seperti kebiasaannya, Airil akan menikmati sarapan pagi di Coffee Table. Airil memakai baju T-shirt polo kerana hari ini merupakan hari Ahad dan pejabatnya tutup.

Apabila dia sedang duduk, seorang pelayan mengambil pesanan dan memberikan buku menu kepadanya. Tanpa melihat ke arah pelayan itu, dia mengambil buku menu itu dan membuat pesanan.

Airil tengah kyushuk bermain dengan telefonnya tidak menghiraukan keadaan di persekitarannya.

Apabila sudah siap sarapan, Airil lalu keluar dari kedai itu.

" Encik! Encik! Dompet encik tertinggal!" kedengaran suara seorang wanita menjerit dan memanggil ke arahnya.

Airil pun menoleh ke belakang menuju ke arah jeritan tersebut.

"Encik, dompet encik tertinggal di Coffee Table tadi." kata perempuan itu kepadanya sambil tersemput-semput akibat mengejarnya.

Airil tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh perempuan itu. Dia hanya terpaku dan merenung mata wanita itu.

'Bukankah dia perempuan di restaurant semalam?' bisik Airil di dalam hatinya.

"Encik, encik tak apa-apa ke?" soal Mel kerana berasa pelik akan tingkah laku lelaki itu. Ya, perempuan itu adalah Mel.

"Oh,sorry,sorry..." kata Airil tergagap-gagap. Jantungnya tiba-tiba berdegup dengan pantas. Dia tidak pernah terkesan dengan mana-mana perempuan yang menghampirinya selepas kejadian dengan Alya itu.

Airil lalu mengambil dompetnya dari genggaman Mel.

Apabila Mel menoleh ke belakang untuk kembali ke kedai tempat kerjanya, Airil dengan pantas menghampirinya.

"Eh, hermm... Terima kasih kerana mengembalikan dompet saya. By the way, nama saya Airil" Airil lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Maaf. Nama saya Camella," ucap Mel sambil menolak huluran tangan Airil dengan sopan.

"Okey, takpa. Jom saya belanja awak minum sebagai tanda terima kasih"

"Takpa,takpa. Saya tolong encik dengan ikhlas."

"Tak usah nak berencik-encik dengan saya, panggil Airil je. Tapi saya memang nak belanja awak ni. Jom!"pujuk Airil sekali lagi.

"Takpa Airil, lagipun saya masih kerja ni. Nanti boss marah. Lain kali je lah Sorry ye" jawab Mel dengan nada yang sopan.

"Okeylah kalau macam tu. Boleh saya minta nombor phone awak? Ermm...maksud saya,saya boleh contact awak untuk belanja awak bila awak free"kata Airil sambil meletakkan tangan di belakang tengkuknya dan menghulurkan telefonnya kepada Mel.

Setelah memberikan nombor telefonnya kepada Airil, Mel pun bergegas kembali ke Coffee Table. Mel takut akan dimarahi oleh bossnya pada hari pertama dia bekerja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terima kasih kerana telah membaca. Hope korang semua enjoy..

Jangan lupa vote dan comment🙌

Biarkan Aku PergiWhere stories live. Discover now