Bab 3

28 2 0
                                    

Kejadian yang berlaku di Restoran Mutiara Wati itu disaksikan oleh Airil. Secara kebetulan, Airil membuat temu janji dengan Encik Syafiq di restauran tempat Mel bekerja.

Airil menyaksikan kejadian itu dari mula sampailah saat Mel meninggalkan restoran tersebut kerana telah dipecat oleh majikannya.

Kesabaran dan nada Mel ketika bertutur menarik minat Airil kerana walaupun dicaci maki di khalayak ramai, Mel tetap bersabar dan tidak meninggikan suaranya.

_______________________

Kejadian di Restauran Mutiara Wati tengah hari tadi masih terbayang-bayang dalam ingatan Airil. Dia tertarik dengan perwatakan pelayan yang penyabar dan bersopan santun itu. Dia ingin mengenali perempuan itu dengan lebih mendalam lagi. Lubuk hati Airil mengatakan pelayan itu berbeza daripada perempuan yang lain. Dia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

"Apa yang aku fikirkan ni? Semua perempuan di dunia ini sama sajalah. Tak ada bezanya." kata Airil bermonolog seoarang diri.

Airil sebelum ini pernah bercinta dan bertunang dengan  seorang gadis bernama Kirana. Cinta mati Airil terhadap perempuan itu. Namun malangnya, Kirana mendekati Airil semata-mata kerana wang dan hartanya sahaja dan bukan atas dasar cinta. Perkara inilah yang menyebabkan Airil mempunyai pendirian dan mindset yang semua perempuan akan dibutakan oleh hartanya dan bukan cinta.

Airil masih tidak dapat menafikan bahawa dia tertarik melihat pelayan di restoran itu. Bukan sahaja dia lemah-lembut dan bersabar malah pelayan itu sungguh anggun dengan mata coklatnya yang bersinar.

Untuk melupakan gadis yang anggun itu, Airil segera menyibukkan dirinya dengan kerjanya yang berlonggok.

_______________________

"Kenapalah nasib aku malang sangat." Mel mengeluh akan nasib dirinya selepas dipecat dari tempat kerja yang membayarnya dengan gaji yang lumayan.

"Aku kena cari kerja, nak harapkan gaji kat Kedai MultiMart tu tak cukup untuk membayar yuran dan sewa rumah," bisik Mel bercakap bersendirian dalam perjalanan pulang.

Mel mengambil keputusan untuk mencari kerja sambilan yang lain. Dia memasuki sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain untuk mendapatkan pekerjaan.

Setelah memasuki hampir 6 buah kedai, Mel berjaya mendapat kerja di sebuah kedai kopi ala-ala Starbuck iaitu Coffee Table yang menawarkan gaji yang agak lumayan.

"Yes! Akhirnya aku dapat. Esok aku dah start kerja." kata Mel bersendirian dengan senyuman lebar di pipinya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Please support guys🙊

Sorry kalau cerita ini tak menarik seperti yang dijangkakan kerana ini merupakan my first story.Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan😊












Biarkan Aku PergiWhere stories live. Discover now