Bab 6

22 2 0
                                    

Setelah selesai kuliah, Mel bergegas pergi ke alamat yang diberikan oleh Airil.

"Nasib baik tempat tu tak jauh. Kalau tidak, melayangkan duit aku untuk bayar grab"

Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Untuk menjimatkan wang, Mel berjalan kaki menuju ke tempat tersebut.

"Alamak! 12.21p.m.! Aku dah lambat ni, janji pukul 12." kata Mel terkejut apabila melihat jam Baby-G di pergelangan tangannya sudah menunjukkan jam 12.21 tengah hari. Mel mempercepatkan langkah kakinya menuju ke tempat tersebut.

Sesampainya Mel di kedai makan itu, dia melihat susuk tubuh yang melambaikan tangan apabila menyedari kedatangannya. Lelaki yang memakai baju tuxedo dengan gaya rambutnya disikat ke belakang dengan kemas kelihatan duduk sambil melambaikan tangannya ke arah Mel.

"Camella!" kata Airil memanggil apabila melihat kelibat Mel memasuki kedai makan tersebut.

Mel menghampiri meja tersebut dan terus duduk." Maaf saya terlambat, kelas tadi habis pukul 12.00a.m.."

"Eh, takpalah, mana ada lambat, saya pun baru ja sampai ni," ujar Airil walaupun sebenarnya dia telah menunggu Mel lebih daripada setengah jam."Awak nak makan apa? Pesan ja, saya belanja" sambung Airil lagi.

"Apa-apa pun boleh. Saya tak kisah sangat bab makan-makan ni. Janji halal." kata Mel sambil tersenyum.

Airil dan Mel pun lalu memesan makanan. Selepas memesan makanan, kesunyian melanda.

"Camella, awak tinggal di mana?" kata Airil memecahkan kesunyian.

"Saya tinggal di sekitar ini sahaja. Di Apartment Semerbak tu." jawab Mel sambil menunjukkan arah apartment tempat dia tinggal."Awak pula?" sambung Mel.

"Saya tinggal kat Ampang."

Kesunyian antara mereka berdua melanda lagi. Hanya bunyi pelanggan lain sahaja yang didengari.

"Camella, boleh saya tanya awak satu benda?" tanya Airil.

"Boleh je. Tanyalah. By the way panggil Mel je. Saya tak biasa orang panggil nama panjang saya"

"Okey Mel." jawab Airil." Awak masih belajar lagikah? Tapi kenapa haritu saya nampak awak bekerja kat Coffee Table?" sambung Airil.

"Saya memang masih belajar lagi. Saya bekerja sambilan je kat situ."

"Ooo, begitu" kata Airil

"Awak pula bekerja di mana?"

"Saya bekerja di Syarikat Isaac Holding..Ermmm, maksud saya sebagai bodygaurd dan driver jer." Airil menarik nafas lega kerana dia tak terlepas cakap. Kalau tidak habislah segala rancangannya.

'Nasib baik aku tak bagitau nama panjang aku.' bisik hati Airil.

"Tapi kenapa awak pakai tuxedo?" tanya Mel kerana berasa pelik.

"Boss saya tu pentingkan kekemasan. Jadi saya disuruh memakai baju ni semasa bekerja dengannya. Kirakan uniform kerja saya lah baju ni" jawab Airil dengan segala penipuannya.

Semasa menjamu selera, Airil sekali lagi bertanya kepada Mel." Mak ayah awak tak marah ke awak keluar dengan saya?"

"Ermm... Mak dan ayah saya dah meninggal dunia. Sekarang ni pun saya tinggal dengan kawan rapat saya"

"Sorry, sorry. Saya tak berniat nak lukakan hati awak," kata Airil dengan rasa serba salah di hatinya.

"Takpa, takpa. Bukan salah awak pun," jawab Mel sambil tersenyum untuk menyejukkan hati Airil.

Setelah selesai menjamu selera, Mel lalu meminta diri untuk pulang."Terima kasih kerana dah belanja saya. Saya terpaksa pergi dulu ya."

"Sama-sama. Awak pergi mana? Meh saya hantar awak."

"Eh, takpa. Saya pergi kerja. Saya boleh berjalan kaki ke sana sendiri. Tak jauh pun" kata Mel.

"Takpa, saya hantarkan awak ke Coffee Table, lagipun saya lalu jalan yang sama"

"Bukan, saya bukan pergi ke Coffe Table, saya hanya kerja di sana hujung minggu saja. Saya pergi ke Kedai MultiMart."

"Banyaknya tempat awak kerja." kata Airil sambil terkejut.

"Biasalah, kalau kita nak survive kat bandar ni, kita kenalah kerja keras."

"Saya suka semangat awak. Jomlah, saya tumpangkan."

"Okeylah" kata Mel menyerah.

Mereka menuju ke kereta Myvi yang dibawa oleh Airil. Airil telah meminjam kereta daripada pemandunya supaya rancangannya untuk menyembunyikan identiti diri tidak terbongkar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terima kasih kerana telah membaca.

Jangan lupa vote dan comment.💗💗






Biarkan Aku PergiUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum