Bab 1 | Permulaan...

51 9 19
                                    

Harini aku ada kerja yang sangat banyak. Jadi aku membuat keputusan untuk balik dari kerja lambat. Tapi tak sangka pulak sampai lewat malam .

Semasa aku sedang memandu kereta dari tempat kerjaku. Perutku berbunyi.

Laparnya! Kali terakhir aku makan harini pada pukul 12:30 tadi dan sekarang sudah pukul 11:43 malam!

Jadi mataku sedang ligat mencari jika ada mana-mana kedai bukak pada malam ini.

"Hah 7eleven bukak!"

Lantas aku memarking di jalan berdekatan.

Semasa di dalam 7eleven aku mengambil Maggi Cup Kari dan air jus Epal.

Selesai sahaja makan. Aku keluar dari 7eleven itu dan ingin berjalan ke keretaku.

Keretaku itu di parking sedikit jauh dari 7eleven.

Semasa aku tengah berjalan ke arah keretaku itu. Ada suatu suara yang memecahkan kebisuan tempat yang senyap ini...

"Wi..wit..Adik manis nak ke mana?" Soal satu suara garau.

Dan aku tidak menoleh kebelakang. Aku terus melajukan perjalananku.

"Laju-laju nak ke mana adik manis?" Stu lagi suara menyapa.

Ada dua lelaki yang sedang mengekoriku itu.Aku rasa mereka masih bersekolah. Mungkin 15 ke 17 tahun, kerana melihat perilakuan mereka itu agak tidak matang.

"Jangan la laju-laju...nanti saya nak main dengan sapa?" Soal lelaki itu.

Dan selepas dia mengatakan itu. Aku terus berjalan dengan pantas ,atau lebih tepat..Berlari!

Dan aku terdengar satu tumbukan yang sangat kuat dibelakang ku.

BUM!

BUM!

Berkali-kali bunyi tumbukan tu berbunyi. Makin lama,makin kuat bunyi tumbukan itu.

Aku nak aje tengok tapi tak berani!Sumpah aku sedang berlari sambil bergetar.

Sampai sahaja dekat kereta aku. Aku cepat-cepat membuka pintu pemandu dan masuk, terus mengunci pintu.

Semasa aku masuk ke dalam kereta. Aku sempat melihat, seorang lelaki berhoodie hitam sedang berlawan dengan dua orang budak itu. Keadaan sangat gelap jadi aku tidak dapat nak melihat mukanya.

Tangan aku menggeletar,atapun lebih dikenali sebagai 'shaking'.

Aku memulakan enjin dan terus memandu.

Sampai sahaja di rumahku. Aku terus masuk dan mengunci pintu.

Aku masih menggeletar. Tapi aku membuat keputusan untuk mandi, untuk menenangkan diriku.

Selepas aku mandi.Aku rasa sedikit tenang.

Aku turun dari bilikku ke tingkat bawah.

Aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.Dan seperti ada seseorang yang sedang memerhatiku.

Aku bangun dari sofa dan pergi ke tingkap.Aku menyelak langsir dan ada lelaki berhoodie hitam yang sama aku nampak tadi berada di seberang jalan rumahku.

Aku terus menutup langsir dan berlari masuk ke bilikku.Apabila sampai masuk ke bilik,aku terus dengan serta mertanya mengunci pintu.

Tangan aku bermula menggeletar semula dan kali ini memang sangat kuat badanku bergetar.

Aku dengan cepatnya menelifon salah satu kawanku yang duduk serumah denganku.

Aku menekan chat 'Batrisyia' dan menelifonnya.

Tring,tring..tring

Tolong lah angkat... tolong lah angkat.

"Hello?"

Tangan aku masih shaking dan tak tahu kenapa tapi tiba-tiba aku tidak boleh nak bercakap apa yang aku nak cakap.

"Hello Nia?Kenapa kau call aku malam-malam bute nih?"soal Batrisyia.

"Sy-syia.....a-aku..takut."kataku sedikit berbisik.

"Takut kenapa pulak?"

"Ada orang yang ikut aku."

"Sejak bile kau takut hantu ni?"soal Batrisyia pula.

"Bu-bukan hantu."

"Ha?Apa maksud kau ?"

"Ada lelaki yang berhoodie ikut aku dari 7eleven tadi.Tadi aku nampak dia Seberang jalan rumah."

"Ha?!"kata Batrisyia tidak percaya.

"Kau biar betul?"tambahnya pula.

"Betul.Aku tak tipu."

"Kalau macam tu kena call polis ni!"kata Batrisyia gelabah."

"Eh tak payah la.."

"Apa yang tak payahnye.Kau yang call aku kata kau takut.Call polis je lah."

"Mm aku rasa dia dah takde."

"Ye lah tu.."

"Kejap aku pergi tengok."

"Eh tak payah!"

Aku melihat dari tingkap bilikku.Dia sudah tiada di seberang jalan.

"Dia dah tak de lah."

"Hish kau ni... biar betul.. Aku ni dah la risau sebab kau sorang je dekat rumah tu."balas Batrisyia.

Ye.Aku sekarang hanya tinggal berseorangan kerana rakan serumahku dua-dua tak ade.Seorang ada emergency di kampung.Seorang lagi pula si Batrisyia ni, dia ada khusus di Perlis.

"Hmm takpe...kau sambung lah balik tido.Sorry aku ganggu kau tido."

"Hurm..kalau gitu,takpe lah.Nanti kalau ada apa-apa ,call je aku tau."kata Batrisyia.

"Ye..ok lah. Assalamualaikum,bye."

"Waalaikummussalam bye."

Talian terputus.

Aku menghempaskan kepalaku perlahan di bantal.

Hmm..sapa lah sebenarnye lelaki berhoodie hitam itu.

Ya allah ,kau lindungilah aku dari apa-apa musibah yang berat.

------------------------------------------------------

Maaf la kalau boring sangat.Maklumlah baru aja menulis.

𝙈𝙮 𝙈𝙧. 𝙎𝙩𝙖𝙡𝙠𝙚𝙧 (SU)Where stories live. Discover now