𝖡𝖺𝖻 2

32 7 10
                                    

Tring...tring...tring!

Aku terjaga selepas mendengar bunyi alarm. Aku menggosok-gosok mataku. Hurm..dah pukul berapa ni? Aku melihat jam dinding.

Alamak! Dah pukul 10!

Macam mana boleh terlajak tidur ni? Semalam aku buat apa?

𝖥𝗅𝖺𝗌𝗁𝖻𝖺𝖼𝗄..

Aku menyelak langsir dan ada lelaki berhoodie hitam yang sama aku nampak tadi berada di seberang jalan rumahku.

𝖤𝗇𝖽 𝖿𝗅𝖺𝗌𝗁𝖻𝖺𝖼𝗄..

Kelibat lelaki itu terngiang-ngiang dikepalaku. Serta merta bulu romaku naik. Aku menelan air liur. Erk..macam mana kalau lelaki tu ada balik dekat jalan seberang rumah?

Eh Nia, pikir positif! Mana tahu itu halusinasi kau saja ke? Kau jangan pikir pelik-pelik Nia. Pikir positif saja. Aku pun bangun untuk ke tandas menyiapkan diri untuk pergi ke kerja.

Pukul 1:30 petang....

Aku sedang berada di kedai makan. Sedang aku kusyuk mengunyah Nasi Goreng Cina yang dibeli, tiba-tiba ada rasa tidak sedap hati. Aih, apasal rasa macam ada yang tak kena ni? Macam...macam ada orang tengah perhatikan aku. Aku menelan sisa Nasi Goreng Cina itu dengan perit. Aku memerhatikan sekeliling.

Semua orang tengah fokus dengan hal masing-masing...tapi apasal macam ada orang pandang aku? Perasaan je kot..

Selesai makan, aku berjalan semula ke kereta Proton X70 berwarna putih milkku. Semasa aku sedang berjalan, perasaan seperti seseorang sedang memerhatikanku semakin kuat. Aku menoleh kebelakang. Dia. Lelaki berhoodie hitam semalam. Dia sedang memerhatikanku dari jauh.

Ma-macam mana dia tahu aku ada dekat sini? Bergetar-getar aku berjalan dengan cepat ke keretaku. Masuk sahaja didalam kereta itu, aku terus melihat kembali ke tempat yang dia berada tadi tapi...tapi dia dah takde! Dia dah hilang dari tempat tu! Aku mencari-cari dimana susuk tubuhnya. Aik? Mana dia? Se-sekejapnya dia dah takde. Dia... halusinasi aku je ke? Jangan fikir lebih-lebih Nia. Baik ko balik office, lunch break dah nak habis ni. Keretaku laju memecut di atas jalan raya.

Tiba-tiba aku menjadi sesak nafas. Aku cepat-cepat berhenti di tepi jalan. Kepala aku mula berdenyut.

No...no..ini hanya satu mimpi sahaja. Tak mungkin aku nampak lelaki tadi. Itu hanya halusinasi kau sahaja Nia! Jangan jadi gila, jangan jadi macam dulu! Stop Nia, stop! Don't overthink! Istifar Nia...huh..hah...huh..hah..

Nada jantung aku sangat laju....

"Astaufirullah halazim... astaufirullah halazim....ya Allah lau tenangkan lah hati aku ini...aku risau. Risau perkara sama akan jadi seperti dulu...kau tolong lah aku. Tolong aku melupakan semua yang lepas. Kau bantulah aku ya Allah." Aku berdoa kepada Allah dengan penuh emosi. Tak..tak mungkin aku nampak lelaki tadi. Itu hanya imaginasi sahaja..

Atau...bukan?

Aku sedang ligat menyiapkan kerjaku di perjabat seperti biasa. Ada seorang pekerja pejabat mendekati mejaku.

"Urm... Hanania?" Panggil seorang pekerja pejabat itu.

"Ye Danisha? Kenapa?" Soalku.

"Erm.. minggu depan saya nak kahwin... kalau awak ada masa lapang.. jemputlah datang ye." Danisha menghulurkan satu kad jemputan perkahwinannya.

"Ouh, terima kasih. Insyaallah saya datang." Aku senyum kekok. Aku agak kurang mesra dengan pekerja-pekerja disini. Kawan aku pun tak ramai. Aku memang sejenis yang lebih suka bersendirian. Aku pemalu. Kawan aku hanya lah rakan serumahku, Batrisyia dan Damia. Ataupun dikenali sebagai 'introvert'. Jadi apabila diajak ke majlis perkahwinan...aku akan jadi agak kekok. Kebiasaannya aku tak hadir pun jika dijemput. Kerana malu dan tidak selesa jika aku berada di tempat yang dikelilingi orang ramai.

"Saya balik meja dulu eh."

"Baik.." aku senyum kekok sekali lagi. Aku melihat kad jemputan itu. Haih..nak pergi tapi...hurm entah la. Takut la aku. Nanti orang ramai lepastuh bising-bising, seram.

Ting

Notifikasi masuk.

𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗺𝗶𝗮
: Aslm
Syia dh bagitahu aku apa jd semalam. Kau ok tak?

𝗠𝗲
: waalaikummussalam..aku ok je la.
Knp?

𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗺𝗶𝗮
:btl ni ko ok?
Aku risau la takut kau pikir bukan-bukan nanti.

𝗠𝗲
:eh tk la.
Aku dh boleh kawal emosi dh
Tp aku rasa laki tu hanya imaginasi aku je kot.

𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗺𝗶𝗮
:Kau ni biar btl?
Imaginasi kau je? Lagi aku risau kalau mcm tu!

𝗠𝗲
:eh tk aku ok je. Kau tu yg ok ke tk.
Mak kau mcm mana? Dh sihat?

𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗺𝗶𝗮
:hurmm sihat sikit.
Jgn nk tukar topik

𝗠𝗲
: alhamdulillah..eh mana ada aku tukar topik. Aku tanya khabar mak kau je.

𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗺𝗶𝗮
:hmm ye la.
Aku nak kena pergi tolong mak aku ni, aku pergi dulu eh. Aslm baiii!.

𝗠𝗲
: waalaikummussalam.. Byee

Aku menutup telifonku dan meletakkannya di atas meja.

Kau ok je Hanania. Takde masalah apa apa pun. Tenang Nia...tenang... Ok baik aku sambung kerja.

Aku sedang dalam perjalanan balik ke rumah, aku rasa seperti ada motor dibelakang mengikuti aku. Aih, ni laki berhoodie tadi.. jangan-jangan dia memang ikut aku. Eh tak mungkin! Ini halusinasi aku saja! Jangan pandang belakang Nia! Bawak je kereta macam biasa. Tenang! Kau kena tenang!

Aku melihat semua lelaki tadi dan dia....dia dah takde! Kan betul aku cakap Nia! Itu imaginasi kau je! Ini semua sebab budak-budak semalam tu! Kau dah mula jadi macam dulu.. Tidak! Kau tak boleh jadi macam dulu! Kau jangan layan mereka. Kalau kau layan mereka! Mereka akan makin ada dalam fikiran kau! Aku tak nak jadi macam dulu..

------------------------------------------------------

Alamak! Adakah ini hanya imaginasi Hanania sahaja ataupun realiti?

Vote for next chapter!

🤍

𝙈𝙮 𝙈𝙧. 𝙎𝙩𝙖𝙡𝙠𝙚𝙧 (SU)Where stories live. Discover now