𝖡𝖺𝖻 4

14 4 6
                                    

Aku sedang berjalan masuk kedalam Balai Polis berdekatan rumahku. Hmm ramai jugak orang kat sini.

Aku pun pergi ke kaunter untuk membuat laporan itu.

"Hi ye puan? Apa yang saya boleh bantu?" Soal seorang pegawai polis wanita yang kuanggar dalam 30-an.

"Erm...saya nak buat laporan tentang penguntit. Stalker."

"Ooo..erm boleh saya tahu nama puan dan no ic?" Soal pegawai itu.

"Hanania Imani binti Hanafi Ismail. Nombor ic, 970717-10-3778." Ujarku.

"Ok baik, pertama sekali saya nak tanya pasal benda ini dengan lebih terpeinci. Bila puan rasa puan ada stalker ataupun mungkin puan tahu suspek utama?"

"Er..saya tak kenal orang tu, tapi dia mula ikut saya pada satu malam tu...masa tu..."

𝐅𝐥𝐚𝐬𝐡𝐛𝐚𝐜𝐤..

"Wi..wit..Adik manis nak ke mana?" Soal satu suara garau.

Dan aku tidak menoleh kebelakang. Aku terus melajukan perjalananku.

"Laju-laju nak ke mana adik manis?" Stu lagi suara menyapa.

Ada dua lelaki yang sedang mengekoriku itu.Aku rasa mereka masih bersekolah. Mungkin 15 ke 17 tahun, kerana melihat perilakuan mereka itu agak tidak matang.

"Jangan la laju-laju...nanti saya nak main dengan sapa?" Soal lelaki itu.

Dan selepas dia mengatakan itu. Aku terus berjalan dengan pantas ,atau lebih tepat..Berlari!

Dan aku terdengar satu tumbukan yang sangat kuat dibelakang ku.

BUM!

BUM!

Berkali-kali bunyi tumbukan tu berbunyi. Makin lama,makin kuat bunyi tumbukan itu.

Aku nak aje tengok tapi tak berani!Sumpah aku sedang berlari sambil bergetar.

Sampai sahaja dekat kereta aku. Aku cepat-cepat membuka pintu pemandu dan masuk, terus mengunci pintu.

Semasa aku masuk ke dalam kereta. Aku sempat melihat, seorang lelaki berhoodie hitam sedang berlawan dengan dua orang budak itu. Keadaan sangat gelap jadi aku tidak dapat nak melihat mukanya.

Tangan aku menggeletar,atapun lebih dikenali sebagai 'shaking'.

Aku memulakan enjin dan terus memandu.

Sampai sahaja di rumahku. Aku terus masuk dan mengunci pintu.

Aku masih menggeletar. Tapi aku membuat keputusan untuk mandi, untuk menenangkan diriku.

Selepas aku mandi.Aku rasa sedikit tenang.

Aku turun dari bilikku ke tingkat bawah.

Aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.Dan seperti ada seseorang yang sedang memerhatiku.

Aku bangun dari sofa dan pergi ke tingkap.Aku menyelak langsir dan ada lelaki berhoodie hitam yang sama aku nampak tadi berada di seberang jalan rumahku.

Aku terus menutup langsir dan berlari masuk ke bilikku.Apabila sampai masuk ke bilik,aku terus dengan serta mertanya mengunci pintu.

𝐄𝐧𝐝 𝐅𝐥𝐚𝐬𝐡𝐛𝐚𝐜𝐤

"Ha dari situ la saya perasan yang dia ikut saya..." Aku menceritakan segala apa yang terjadi pada malam itu.

"Oo baik...dan benda ni berlaku pada bila yer? Maksud saya tarikh."

"Beberapa minggu lepas, cumanya tarikh tepat saya tak pasti."

"Oo ok baik. Nanti saya akan kenal kan puan dengan seorang detektif di Balai ni. Dia akan bantu siasatan dalam kes puan ni. Untuk buat masa sekarang dia tak kacau puan lagi kan? Cuma ikut sahaja?"

"Ye.." balasku.

"Ok kalau macam tu nanti puan boleh jumpa dengan Detektif Ma-" Belum sempat pengawai polis itu menghabiskan ayatnya, ada seorang lelaki mencelah.

"Er Rina. Biar saya handel kes ni." Kata lelaki itu.

"Tapi tuan. Kes ni bukan kes yang berat sangat. Nanti saya nak bagi Detektif Manaf tolong siasatkan." Bantah pagawai itu.

"Takpe. Biar saya uruskan. Kes-kes stalker macam ni saya dah biasa handel. Bagi saya je."

"Tapi tuan..saya mana boleh suka-suka kasi kes ni kat tuan. Dan tuan pun tak boleh main pilih kes mana tu an nak, dan kes mana tuan tak nak."

"Rina, bagi je la. Boleh ye?"

"Hmm baiklah tuan." Pegawai polis itu akhirnya mengalah.

"Ok good." Lelaki yang memakai kemeja hitam yang telah dilipatkan ke siku beserta tali leher kelabu itu senyum kemenangan.

"Er...Puan Hanania. Kenalkan, ini adalah antara tops Detektif balai ni. Detektif Ridzuan Ilham. Dia yang akan uruskan kes puan."

"Oh ok baik..." Aku yang sejak tadi hanya menjadi permerhati akhirnya bersuara.

"Saya Detektif Ridzuan Ilham, boleh panggil Detektif Ridzuan. Nah, ini nombor saya. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan ataupun nak bertanya, boleh massage saya. Dah saya kena pergi. Assalamualaikum." Aku mengambil kad yang dihulurkan kepadaku itu.

"Oo erm terima kasih. Waalaikummussalam." Detektif Ridzuan pun pergi dari pandangan.

"Ok puan ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?" Soal pegawai polis itu.

"Er takde apa-apa dah. Terima kasih, saya pergi dulu. Assalamualaikum." Aku terus beredar dari situ.

"Baik-baik.. waalaikummussalam.."







Mampukah aku tidur lena malam ni?

𝙈𝙮 𝙈𝙧. 𝙎𝙩𝙖𝙡𝙠𝙚𝙧 (SU)Where stories live. Discover now