𝖡𝖺𝖻 3

28 8 15
                                    

Sedah beberapa minggu berlalu..dan lelaki yang berhoodie tu...masih mengikuti aku. Tidak lah dia mengikutiku setiao hari, cuma..beberapa kali seminggu sahaja dia akan munculkan diri. Sekarang aku sedang berjalan masuk kedalam rumahku. Baru sahaja aku ingin membuka pintu, aku perasan ada satu surat yang berada di atas rak kasut. Aik? Ni...surat apa? Aku mengambil surat itu lalu di bawa masuk kedalam rumah.

"Mia, Syia. Korang perasa tak ada surat ni dekat atas rak kasut luar?" Aku menunjukkan sampul surat itu kepada mereka yang sedang duduk di sofa sambil menonton telivisyion. Mereka berpaling kepada aku.

"Aik, tadi takde pun?" Ujar Batrisyia.

"Tak pernah nampak pun?" Ujar Damia pula.

Kemuadian aku melihat kembali. Di kulit surat itu ada tulisan. For: Hanania Imani. Tapi tidak ada pula tulisan dari siapa.

"Hmm takpe lah. Aku masuk bilik dulu." Cepat-cepat aku memijak anak tangga.

Aku meletakkan surat itu di atas meja didalam bilikku. Hmm aku nak baca ke tidak? Ok..aku mandi dulu la. Aku pun berjalan kearah bilik air.

Aku sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala. Sementara itu aku hanya menenung surat itu yang berada di atas meja. Kemuadian aku ambil surat tersebut sebelum duduk diatas kati. Aku meletakkan tuala di atas kerusi sebelum membuka surat itu dengan berhati-hati. Ada sekeping kertas di dalamnya. aku mula membaca tulisan yang ada di kertas itu.

𝑯𝒊 𝑯𝒂𝒏𝒂𝒏𝒊𝒂.. 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒂𝒍𝒊𝒌 𝒍𝒆𝒘𝒂𝒕. 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂..
~𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒎𝒚𝒔𝒕𝒆𝒓𝒚 𝒉𝒐𝒐𝒅𝒊𝒆 𝒎𝒂𝒏~

Terketar-ketar tanganku selepas membaca surat itu. Ini..ini surat dari laki berhoodie hitam tu! Maksudnye dia wu-wujud? Alamak!! Di-dia betul-betul wujud?!! Apa aku nak buat ni? Nafas aku semakin sesak. Kepala aku menjadi pening. Tidak! Ini semua permainan otak aku sahaja!! Jangan percaya Nia! Jangan!

"Jangan!" Aku menjerit sekuat-kuat hati.

Selepas beberapa saat terus ada ketukkan di pintuku. Aku pun membuka pintu.

"Nia kau ok tak?!"

"Kenapa? Apa yang jadi?!"

Soal Damia dan Batrisyia serentak.

"Erk...su-surat tu.." aku mengambil surat itu dan dihulurkan kepada mereka. Mereka membacanya dan terus tergamamam.

"I..ini le-lelaki yang kau cakap ikut kau tu kan? Yang beberapa minggu lepas tu?" Soal Damia tergagap-gagap.

"I-iye.."

"Ma-macam mana dia boleh letak surat ni dekat rak ka-kasut? Kitaorang dari tadi lagi kat ruang tamu tapi tak nampak pun dia kat luar.." ujar Batrisyia dengan nada seakan-akan bisikkan.

Aku hanya diam.

"Hmmm... Kita tak perasan kot.." balas Damia.

"Se-sebenarnya...dalam beberapa minggu ni aku memang perasan yang dia ikut aku... tapi aku ingatkan itu halusinasi aku je. Sebab sekali aku pandang ada, kali kedua pandang terus hilang. Tak ke pelik tu.

"Lah kenapa kau tak cakap!" Terkejut aku mendengar suara Batrisyia yang kuat itu.

"Eh kau ni apasal? Member tengah takut tu. Boleh pulak kau menjerit." Jeling Damia.

"Hmm kita kena buat report polis ni. Ini dah kira stalker!"

"Eh-eh tak payah la." Balasku pula.

"Hah?!" Kalini dua-dua mereka bersuara serentak seperti terkejut mendengar jawapan ku.

"Kau biar betul Nia?" Soal Damia.

"Takkan la tak payah? Bahaya kot!" Ujar Batrisyia.

Aku yang sedang duduk diatas katil, Batrisyia duduk di sebelahku dan Damia duduk di kerusi yang berada di depanku.

"Hm..entah la."

"Entah la kau cakap?! Eh Nia. Ini melibatkan keselamatan kau! Bahaya ni!" Ujar Damia.

"Betul tu. Aku setuju cakap Mia!"

"Hmm..baiklah. Tapi bukan sekarang. Nanti. Ok? Dah puas hati sekarang?" Soalku.

"Hah..baru lega jiwa raga aku tau." Balas Damia dengan penuh sarkastiknya.

"Hmm good. Dah, lepasni kalau ada apa-apa terus bagitahu kitaorang tau?"

"Hmm ok."

"Dah sekarang ni rehatkan diri. Jangan l
Overthink. Ok?" Ujar Damia.

"Ye.."

"Kitaorang masuk bilik dulu tau. Assalamualaikum. Goodnight." Ucap Batrisyia dan mereka pun berjalan keluar dari bilikku.

"Waalaikummussalam."

Aku sedang baring di atas katil. Dari tadi aku cuba tidur tapi tak lena-lena. Aku berpusing-pusing membetulkan kedudukkan. Haih bile nak tido ni...

Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jantung aku mula berdegup lagu. "Dup dup dup.." Kuatnya bunyi jantung aku. Haih makin seram la...

Tok tok tok.

Tiba-tiba seperti ada bunyi ketukkan dari almari. Tidak. Tidak! Aku takkan jadi macam dulu! Aku tak nak!

Ya allah kau bantulah aku. Bantu aku supaya aku tak jadi macam dulu! Aku dah susah payah perbaiki diri. Aku tak nak jadi macam dulu!

------------------------------------------------------

Ha sudah..agak² apa yg jd pada dia dulu?

Jgn lupa vote!

🤍🤍

𝙈𝙮 𝙈𝙧. 𝙎𝙩𝙖𝙡𝙠𝙚𝙧 (SU)Where stories live. Discover now