Bab 15

185 49 6
                                    

Bunyi deruman motor dan enjin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah serentak menarik perhatian Aysar yang sedang membaca novel. Dia segera bangun setelah meletak buku novelnya atas meja untuk menuju ke pintu rumah. Mahu melihat siapa.

Tak sempat dia ke pintu, pintu terlebih dahulu dibuka dengan kasar. Berkerut wajahnya melihat wajah Aydin yang mencuka.

"Awalnya balik?" Soal Aysar kehairanan. Jam baru menunjukkan angka 11 pagi.

"Kena halau balik." Jawab Aydin pendek.

Tak lama kemudian, Blade pun masuk dengan senyuman nipis apabila Aysar memandangnya inginkan penjelasan.

"Jom duduk." Blade menepuk bahu Aysar mengajak si anak untuk duduk bersama Aydin.

Aysar akur. Dia duduk di sebelah adik kembarnya itu.

"Mumma mana?" Soal Aydin apabila suara Qaisha tidak kedengaran. Sunyi je.

"Mumma pergi rumah Aunty Mar. Aunty Mar minta mumma ajar masak kek coklat. Tak lama lagi kan birthday Uncle Qayyum."

Aydin angguk kecil. Begitu ceritanya.

"Nasib baik mumma takde." Aydin menghela nafas lega. Dalam kepalanya asyik berfikir mahu memberi jawapan apa tatkala Qaisha menanyakan tentang kepulangan awalnya dari sekolah.

Takkan nak cakap sekolah terbakar pula kan? Nampak sangat menipu.

Patutlah Blade tenang je mengajaknya balik ke rumah. Rupa-rupanya Qaisha takde di rumah. Ceitttt...

"Luka dekat badan macam mana? Dah okey sikit?" Soal Blade ingin tahu.

"Alhamdulillah, luka dah kering. Minggu depan Aysar dah boleh mula sekolah semula." Jawab Aysar dengan senyuman. Walaupun lukanya sudah kering tetapi dia masih membalut badannya agar bajunya tidak terlekat dengan kulit luka yang tertanggal.

Mendengar hal itu, Aydin terus duduk menghadap Aysar. Wajahnya kembali mencuka.

"Bro, apa kata kau tukar sekolah je? Gila toxic siaaa sekolah kau. Lepas tu mamat Adam tu eeeeeiiiii bengang gila aku. Ikutkan hati aku ni memang cincai mamat tu aku tibai." Fuhhh tiba-tiba rasa panas. Tali leher sekolah sudah dia cabut dari sekolah lagi. Panas! Rimas!

"Why? He touch you?" Pandangan matanya berubah tajam. Matanya menilik Aydin atas hingga bawah. Hatinya tidak senang apabila keluarganya disentuh orang walaupun hanya menjentik.

"Heh, dia nak sentuh aku? Silap orang bro. Aku fikir aku dalam sekolah je masa tu. Kalau jumpa luar sekolah memang mati dia aku kerjakan." Getus Aydin dengan penuh geram. Dia masih tak puas hati dengan Adam.

Aysar hanya senyum nipis saja.

Blade pula tidak mengeluarkan sebarang bicara. Dia lebih gemar mendengar anak-anaknya berceloteh macam-macam.

"Hah! Paling aku geram dia sendiri cakap yang dia pukul kau dengan niat membunuh. What the hell bro? Benda ni bukan benda remeh kau nak biarkan. Do something twin. He almost kill you!"

Aysar terus mendakap tubuh adik kembarnya dengan erat. Diusap lembut belakang Aydin agar kemarahan adik kembarnya itu surut.

"Kau lupa aku orang kanan ketua mafia? Setiap hari nyawa aku terancam dan alhamdulillah sampai sekarang aku hidup. Nyawa aku liat nak mati twin. Don't worry okay?" Pujuk Aysar dengan lembut.

Aydin cebik.

"Haihhh kau ni mulut tu ada je jawapan kan? Nasib baik belakang badan kau ni luka kalau tak memang aku tepuk-tepuk je. Geram ni geram." Kata Aydin sebelum dia melentokkan kepalanya atas bahu Aysar. Geram-geram pun, manja tetap manja hehehehe...

MY MRS TURKISHDonde viven las historias. Descúbrelo ahora