Bab 37

197 41 4
                                    

"Aku terima nikahnya Misyah Nur Atia Binti Muhammad Harith Fauzan dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Giliran pengantin lelaki sebelahnya pula.

"Aku terima nikahnya Elvina Orkid Binti Asyraf Imtiyaz dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Mereka semua menadah tangan saat doa dibacakan. Bagi yang bukan beragama Islam mereka berdoa mengikut kepercayaan masing-masing supaya pernikahan dua pengantin itu diberkati oleh Tuhan dan bahagia hingga akhir hayat.

Aydin mengerling ke arah Aysar yang tenang mengaminkan doa. Mereka berdua sudah sah menjadi suami orang! Bibirnya menguntum senyuman bahagia.

Selesai berdoa, Aysar dan Aydin bangun menuju ke arah pengantin perempuan untuk menyarung cincin sekali gus melakukan acara pembatalan air sembahyang.

Tenang saja Aysar menyarung cincin pada jari manis Misyah. Dapat dia rasakan betapa sejuknya tangan Misyah. Wajah yang baru saja digelar sebagai isteri ditatap. Nampak gemuruh. Bibirnya menguntum senyuman kecil.

Misyah kaku tatkala jari Aysar menyentuh jari jemarinya. Naik meremang bulu romanya.

"Pssttt salam cium tangan laki woi." Adilah menepuk bahu Misyah apabila sahabatnya itu keras saja.

Mak Su Ina dan Qaisha sudah ketawa kecil. Faham pengantin perempuan tengah gemuruh.

"Oh erkk sorry..." Mukanya tak payah cakap. Merah kerana terlalu malu. Perlahan-lahan dia menunduk untuk mencium belakang tapak tangan.

Aysar senyum nipis.

Sebagai jurugambar yang tidak berbayar, Zuhairi mengambil gambar moment-moment tersebut. Sempat lagi dia mengusik Misyah agar cium lama sedikit untuk dia ambil gambar sebagai kenangan mereka nanti.

Syuhada dan Yusuf sudah ketawa melihat Misyah mengomel perlahan. Untuk nikah Misyah memberitahu mereka bahawa pengantin dan keluarga pengantin akan berpakaian warna putih jadi mereka memakai baju berwarna biru cair agar tidak sama dengan yang lain. Nikah je. Esok waktu sanding baru sedondon!

Pak Su Ramli dan Azri senyum melihat Misyah sudah menjadi isteri orang.

"Sya dah, Ri bila?" Soal Pak Su Ramli dengan kening terangkat.

Terkerbil-kerbil mata Azri sebelum dia sengih kecil.

"Tunggu orang tu." Jawabnya dengan mata yang tertala pada Adilah.

Pak Su Ramli hanya senyum saja. Mereka sekeluarga tahu Azri memang ada hati dengan sahabat anak saudaranya itu tapi orang di sana tidak memberi sebarang respon.

Di pihak Aydin pula makin rancak kawan-kawan si pengantin lelaki mengusiknya.

"Peewwiittt sweet-sweet lah sikit nak rakam ni." Sakat Faizul dengan ketawa mengekek.

"Rapat sikit, cium dahi tu lama-lama." Syamsul turut mengusik sama.

Naik malu Aydin jadinya. Susah kalau ada member yang masuk air ni. Tak tengok tempat. Nasib baik akad nikah dekat rumah takde lah rasa berdosa sangat walaupun dah halal untuk dia cium. Dia hormat orang yang masih single lagi. Kesian nanti ada yang sendu pula tengok dia sweet-sweet.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now