Bab 36

188 41 2
                                    

Bunyi pedang saling berlaga memecahkan suasana yang hening dalam ruangan itu. Dua susuk tubuh basah dengan air peluh menandakan mereka sudah lama berlawan pedang.

"Dochira ka ga taoreru mae ni tomenakereba narimasen." Tutur salah seorang daripada mereka berdua. Badannya yang bertatu corak burung helang sudah dibanjiri dengan air peluh.

(We have to stop it before either of us collapses.)

Lawannya ketawa kecil mendengar kata-katanya. Pedang dimasukkan semula ke dalam sarungnya.

"Watashi wa anata ni dōi shimasu." Singlet hitam yang masih tersarung pada tubuhnya dipegang. Basah.

(I agree with you.)

Adat selepas beradu lawan pedang, mereka berdua menunduk hormat sesama mereka.

"Gyesog ileomyeon jineun geoya, Natsu."

(If this continues you'll lose, Natsu.)

Natsu ketawa kecil. Dia duduk atas lantai melepaskan lelahnya.

"Watashi wa sore o shitte imasu."

(I know that.)

Namjoon dan Natsu ketawa kecil.

"Gila kau, Aysar. Takut aku tengok korang lawan pedang tak pakai apa-apa pelindung. Kalau kena dekat badan confirm terbelah."

Aysar ketawa kecil. Huluran towel dia sambut lalu dia mengelap wajah dan lehernya yang berpeluh. Singlet hitamnya yang basah dibiarkan.

"You want to try it twin?" Pedang samurai dihulurkan pada Aydin.

"No no no thank you." Memang tidaklah dia mahu bermain pedang. Risau hilang kepala.

"It's fun bro. Let me teach you how to use a katana." Kata Natsu dengan sengihan. Dia dan Namjoon menghampiri si kembar. Buah mangga yang dikupas oleh Aydin di ambil. Lapar.

Aydin geleng laju.

Namjoon sudah ketawa besar. Dia sama seperti Aydin takut bermain pedang. Senjata lain dia boleh terima tapi bukan pedang samurai.

"Lama kau tak lepak sini. Mimpi apa tiba-tiba datang sini?" Soal Namjoon sesikit hairan.

"Aik, macam tak suka je aku datang."

Namjoon berdecit.

"Aku tanya sebab pelik."

"Hahaha saja je nak ikut Aysar. Tak sangka banyak perubahan dalam markas ni." Agak terkejut dia melihat markas Eagle Eyes sudah banyak perubahan. Lebih up to date gitu.

"Of course bro. Aku rasa dah lebih 10 tahun kau tak jejak sini kan? Sejak Sir Zahin ambil alih memang banyak yang berubah dari segi ruang dan dekorasi. Lebih-lebih lagi ahli makin ramai."

"Ramai betul ahli Eagle Eyes sekarang. Ahli terlalu ramai tak rasa nanti takde kerja nak buat ke? Bayar gaji mahal-mahal tapi takde kerja." Soal Aydin dengan polos.

Natsu dan Namjoon ketawa mendengar soalan Aydin itu. Aysar hanya senyum saja.

"Apa? Lawak sangat ke soalan aku tu?"

"Hahaha nope just hahaha why you think like that?"

Aydin mengangkat bahu.

"Just ask. Curious."

"Nope, banyak kerja nak kena cover. Lagi pun sir akan hantar diorang ke tempat lain nanti."

"Hmmm tak takut ke ada pengkhianat?"

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now