Bab 19

211 44 2
                                    

"Aysar, pengetua nak jumpa kau dekat pejabat."

Aysar yang baru saja mahu duduk tidak jadi apabila Helmi mendatanginya. Keningnya ternaik.

Dah kenapa dia kena panggil? Terus dia teringat Aydin yang menyamar sebagai dia. Dia menghela nafas berat. Mesti Aydin ada buat apa-apa ni. Mesti ada kaitan tentang hari Jumaat di mana Aydin pulang ke sekolah lebih awal bersama Blade.

"Asal Aysar kena panggil?" Soal Yusri pada Helmi. Bukannya dia nak menyibuk tapi dia pelik. Aysar asyik kena panggil je sedangkan lelaki itu bukannya ada buat salah apa-apa pun.

"Mana aku tahu tapi aku nampak Adam dengan daddy dia ada dalam bilik pengetua. Haihhh, tabahlah Aysar. Aku pun tak faham apa yang dia tak puas hati dengan kau." Keluh Helmi dengan simpati.

Dengar saja nama Adam, Ishak membuat muka menyampah.

"Mentang-mentang bapak dia penyumbang terbesar dekat sekolah ni suka hati je nak buat orang macam-macam. Gila betul." Kata Ishak dengan nada yang tidak puas hati.

"Takpe Aysar, kalau kau kena tindakan apa-apa aku back up kau. Nanti aku jumpa pengetua sendiri."

"Aku pun akan back up kau juga. Kau rilek je."

Aysar mengukir senyuman nipis mendengar kata-kata Yusri dan Ishak itu. Dia hargai pertolongan yang mahu diberikan oleh mereka berdua kepadanya.

"Thank you but i can handle it by myself. Aku tak nak orang lain masuk campur dalam hal aku." Tolak Aysar sambil mengukir senyuman kecil pada mereka sebelum dia melangkah keluar daripada kelasnya.

Baru beberapa langkah, namanya dipanggil kali kedua. Tetapi bukan Helmi yang memanggilnya.

Keluhan berat dilepaskan.

"Aysar, kau okey?"

Aysar menatap wajah Misyah yang jelas kerisauan. Pelik. Kenapa gadis itu sering risau tentang dirinya? Tak jemukah gadis itu dengan sikapnya acuh tak acuh padanya?

"Aku okey." Jawabnya pendek. 

Misyah melepaskan nafas lega. Melihat Aysar mahu melangkah pergi, cepat-cepat dia menghalang Aysar dengan mendepakan tangannya.

Aysar berdecit.

"Kau nak apa Misyah? Aku nak cepat ni."

Misyah sengih.

Bekal berwarna biru laut disuakan pada Aysar. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman manis. Senyuman yang dilemparkan hanya untuk Aysar sahaja.

"Ambillah, aku masak lebih.  Maaf kalau tak sedap." Tuturnya apabila Aysar hanya merenung saja bekal tersebut.

"Kenapa tak bagi kawan kau?" Soal Aysar pelik.

"Sebab aku nak bagi kau. Nah cepatlah ambil. Kau kata kau nak cepatkan?"

Aysar mengeluh kecil. Di ambil juga bekal tersebut dengan terpaksa. Dia bukan apa, dia perasan banyak mata yang memerhatikan dia dan Misyah. Perkara itu membuatkan dia jadi sangat tidak selesa. Tidak mahu memanjangkan keadaan, dia ambil juga bekal tersebut.

"Thanks, nanti aku pulangkan bekal ni."

"Hehehe nak ambil terus pun takpe. Okeylah aku gerak dulu, bye-bye sayang." Pamit Misyah sebelum berlari anak menuju ke kelasnya.

Aysar hanya beriak biasa. Sudah biasa dengan perangai gila Misyah. Bekal tersebut dia masukkan ke dalam beg yang dia bawa bersama dengannya. Mana tahu dia kena balik terus lepas jumpa pengetua. Takde lah dia bersusah payah nak ke kelas semula untuk ambil begnya.

MY MRS TURKISHUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum