BAB 03

7 0 0
                                    

RANCANGAN asal mahu berehat sahaja di rumah malam ini selepas pulang dari masjid tadi. Namun kerana kes yang berlaku seminggu dua ini semakin menjadi-jadi, Aksa mengambil peluang untuk turun sendiri ke pantai.

Kes kecurian enjin bot yang memeningkan kepala dia. Entah siapalah ketua dan dalangnya pun dia tak pasti.

“Susah-susah aje kau turun sekali dengan aku. Jangan risau aku ada jaga malam ni. Suara Rashad kedengaran di telinganya.

“Tak apalah. Apa salahnya aku turun sekali.”

Aksa yang sedang melilaukan bebola matanya ke arah bot-bot milik keluarganya itu menyuluhkan lampu suluh yang berada di tangannya ke hadapan.

“Aku rasa mereka takkan turun malam ni, kalau kita ada,” ujar Rashad.

“Aku geram juga dengan perangai mereka ni. Kenapalah yang dicabutnya enjin-enjin bot.” Walaupun marah, masih Aksa cuba mengawal nada suara dan perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Mereka cabut enjin-enjin tu, nanti mereka juallah. Aku pun tak faham dengan mereka yang buat kerja mencuri ni. Daripada mereka mencuri, ada baiknya mereka kerja dengan kau. Padahal kerja kosong banyak kut,” dengus Rashad geram.

Menyirap pula dia memikirkan pemuda-pemuda di kampung ini yang lebih memilih untuk menganggur daripada bekerja. Lepas itu, mulalah kerja mereka nak mencuri dan merompak barang dan harta orang!

“Aku pun tak faham dengan mereka-mereka ni.”

Kalau diikutkan banyak juga kerja kosong yang ditawarkan mereka untuk penduduk kampung dan pemuda di kampung ini. Namun, mereka semua tidak berminat untuk bekerja. Hendak kata gaji ditawarkan murah. Tidak! Mereka memberi gaji setimpal dengan kerja dan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Itulah! Aku pun tak pasti dengan mereka, Aksa.”

Aksa dan Rashad kembali ke pondok kayu sebelum keduanya saling duduk dan menikmati bayu laut malam yang meneman. Dinginnya mencucuk hingga ke tulang dalam. Mencengkam kuat.
Bintang di langit malam itu Aksa perhati dari kejauhan. Bersinar-sinar. Bergemerlapan.

Cantik.

“Kau siap bawa kopi lagi ya?”

“Nah, kopi yang mak aku buat,” hulur Rashad.

Gelas yang berisi kopi itu diberikan kepada Aksa di tepinya.

Aksa mengambil gelas yang dihulurkan oleh Rashad sebelum kopi suam itu dihirup perlahan. Menikmati rasa dan aroma yang tiada tandingannya.

Mereka berdua larut seketika dalam kopi masing-masing. Sedap sungguh air tangan Mak Su!

“Kalau aku dapat jumpa penyamun enjin-enjin tu, siaplah dia orang aku kerjakan!” Rashad masih tak puas hati. Kembali geram dengan perangai manusia yang mencuri itu.

“Bukan setakat kau. Aku pun geram juga!”

“Kalau tertangkap dengan aku, siap aku tibai!

Dia ingat enjin-enjin bot tu harga dua tiga puluh sen ke?” sungut Rashad sekali lagi kegeraman.
Aksa pun berang sebenarnya, tetapi itulah selagi tidak tahu pelaku dan pencurinya, tiada guna juga jika mereka nak marah-marah seperti ini. Buat sakit tekak dan kepala sahaja. Lebih baik mereka berdua menikmati kopi dan bintang di atas.

Lebih tenang. Lebih bahagia.

Mungkin memang tak ada rezeki mereka kut.

“Tak apalah, Chad. Kalau nak marah-marah pun tak ada gunanya juga. Baik kau minum kopi mak kau tu sambil layan bintang kat atas.”

Bersahaja Aksa bersuara. Membuatkan Rashad pandang dia pelik dengan kerutan di dahi yang berlapis.

“Aku tengah serius, kau boleh layan kopi?”

AKSARA LUKAWhere stories live. Discover now