Bab 1

477 20 0
                                    

"Dahlah asyik keluar je. Harini mommy nak kau kemas bilik stor ni sampai bersih, faham?" Tegas ibu alpha Mikayla iaitu Hen. Mikayla berdecit. Tin-tin kosong atas lantai dia sepak kasar sehingga melekat pada dinding.

"Nak buatlah ni!"

"Kau ni kenapa? Putus cinta?" Tanya Hen lalu bersandar pada dinding. Walaupun Mikayla tunjuk protes, dia masih bekerja dan gerakkan tangan untuk kemas bilik stor.

"Frust lah mommy. Crush kena rampas dengan kawan sendiri. Dia tahu kot Kay suka dia. Kay macam- entahlah." Mikayla menutup wajahnya dengan satu tangan. Rasa macam mahu pecahkan rumah harini.

"Kalau kau stress sangat kau sepak je tin tu sampai puas. Harini jangan keluar, duduk rumah. Settlekan stor boleh?"

"Hm."

"Dulu mak kau kena rampas juga tapi last-last aku dapat juga dia. Cuma kena sabar. Dah kalau jodoh tak kemana. Daripada kau frust baik kau kemas stor. Aku nak siapkan kerja." Katanya dan berlalu meninggalkan Mikayla seorang diri. Mikayla lihat sekeliling. Takde sepah sangat tempat ni tapi...haih. Rasa nak give up bila tengok. Namun Mikayla tetap lakukan dan kemas stor elok-elok. Mana yang bersarang dia bersihkan. Yang bertahi cicak, yang berlipas semua dia buang dan bersihkan. Satu-persatu kotak dia alihkan dan susun di tempat lain.

"Hm?" Mikayla melihat kearah satu pintu warna putih. Macam pintu bilik-bilik dalam rumah ni. Sebelum ni pintu mana yang rosak? Mikayla boleh tengok penyambung dia kemek.

Mikayla angkat pintu itu dan letak ditepi dahulu. Matanya terbuntang luas apabila melihat satu album lama. Diambil album tersebut lalu dibuka. Ada gambar perkahwinan Hen dan ibu kandung Mikayla yang Mikayla tahu dipanggil Atisha.

Namun muka surat lain semuanya kosong dan gambar perkahwinan ni pun dah rosak. Mujur muka ibunya masih jelas kelihatan. Diatas gambar tertulis nombor 2005. Mereka kahwin tahun 2005 leoastu 2007 dapat Mikayla.

Comel.

Mikayla peluk buku itu erat. Sekeping foto jatuh ke bawah buat Mikayla tunduk serta-merta. Kalini muka ibu kandungnya lebih jelas. Dia seorang saja dalam gambar dan sedang tersenyum manis ke kamera sambil pakai baju sekolah.

Mikayla keluar dari bilik. Dia berjalan ke bawah dan menghampiri Hen yang sedang fokus pada laptop. "Mommy, ni mama Kay ke?" Tanya Mikayla, menunjukkan gambar yang dipegang.

"Mana kau dapat gambar tu?"

"Dalam album ni. Asal ada dua je gambar? Mana yang lain? Baik buat potrait."

"Album lama basah. Gambar-gambar tu je selamat. Album lama jatuh dalam laut dan tak jumpa. Betullah tu mak kau. Lawa kan?"

"Lawa gila. Asal mommy tak lawa?"

"Aku tumbuk muka kau kang. Stor dah kemas belum?"

"On the way. Hehe." Suka pula Mikayla kenakan Hen. "Kejap, nama penuh dia apa? Atisha apa?"

"Tengku Atisha Sofea Lincoln."

"Ah, dia ambil nama belakang mommy. Panjang betul nama. Masa exam mesti menangis." Tengku? Mungkin hanya nama sebenar dia nak bagi gah. Kalau betul tengku mesti sekarang dia dah kaya-raya tapi mak dia ni sederhana je. Kerja pun biasa-biasa.

Mikayla naik ke bilik stor semula. Semua dah settle kecuali pintu. Mikayla pulas tombol pintu mahu tengok elok lagi ke tidak sebab dia nak guna untuk kerja pertukangan.

Elok. Mikayla buka pintu tersebut dan ternganga apabila melihat satu lorong separa gelap dan ternganga apabila melihat satu pasangan sedang melakukan seks secara senyap-senyap.

"Oi, korang takde rumah ke nak buat kat rumah aku?!" Marah Mikayla. Pasangan itu memandang kearah Mikayla serentak. Berkerut dahi mereka. Yang alpha lelaki menghampiri Mikayla.

"Sejak bila ada pintu kat sini?"

"Kau tengok apa?!"

Berlari si alpha tinggalkan omega dia. Mikayla geleng kepala. Dia keluar dari pintu dan memeriksa tubuh si omega. "Awak okey? Bodoh punya alpha tinggalkan omega dia dekat sini."

"Dia memang macamtu. Maaf kami tak perasan ada pintu kat situ."

"Saya pun tengah pelik sekarang ni."

"Awak takde selipar." Kata si omega. Mikayla pandang kearah kakinya dan angguk kepala.

"Sebab saya dari bilik stor."

"Tunggu sekejap." Gadis itu berlalu. Mikayla bercekak pinggang menunggu seperti tunggul disitu. Cantik juga perempuan tu. Itu pun kena tinggal.

Setelah beberapa minit, gadis itu kembali dengan selipar saiz 46. Muat-muat kaki Mikayla. "Awak beli ke?"

"Haah. Tak mahal pun jangan risau."

"Saya nak sambung kemas stor nanti mommy saya marah."

"Ouh yeke? Sia-sia je saya beli haha. Awak nampak macam masih sekolah. Sekolah mana?"

"Royal St. High School."

"Ouh, kita sama sekolah!"

"Really?"

"Yep. Awak mesti kenal ahli The Royals dalam tu kan?"

"Siapa?"

"Tak kenal eh?"

Mikayla geleng kepala. Dia ni jenis malas nak kisah fasal orang. Manalah dia tahu siapa entah The Royals. Gadis itu senyap lebar. "You ni cantiklah. Muka you ada iras Atisha. You kelas mana? Nanti I ajak you makan."

Gadis itu cuba menggoda. Dimain baju t-shirt Mikayla. Seksi senyumannya.

"Atisha?" Nama ibunya. Mungkin hanya nama yang sama namun bila disebut nama itu buat Mikayla rindu.

"Ya, Tengku Atisha Sofea Raymond. You tak kenal?"

"Kenal!" Mikayla pegang kedua-dua bahunya. "Bawa I jumpa dia! Dia jadi apa sekarang? Cikgu? Paderi? Menteri?"

"H- huh? Kerja? Dia -"

"Emilia." Nama Emilia dipanggil. Seorang gadis memanggil dari tepi dan memandang kearah seorang gadis yang berambut ikal mayang dan bermata besar. "Flirting with alpha again... Emilia?"

"Tu Atisha." Kata Emilia. Mikayla terus berlari kearahnya dan buka album ditangan. Gambar ibunya dia keluarkan dan letak disebelah Atisha. Dibandingkan dan bila tengok bentuk rambut dan kening...sama! Semuanya sama!

"Mama!" Tubuh Atisha dipeluk erat. Terbeliak mata Atisha.

Dah siapa pula minah ni?

1999's. (Omegaverse)Where stories live. Discover now