Bab 8

247 13 0
                                    

Mikayla jalan ke kedai seorang diri sambil dengar lagu dalam walkman milik Atisha. Atisha bagi pinjam. Mikayla dengar lagu Backstreet Boys sambil jalan. Mujurlah dia selalu dengar lagu-lagu lama hasil ibunya yang selalu buka lagu lama juga.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia melanggar seorang lelaki alpha. Mikayla undur ke belakang dan tunduk kepala minta maaf. Walaupun dia dah berlaku sopan, lehernya dicekik dan dia ditolak ke dinding dengan kasar.

"Kau langgar aku?"

"Ma- maaf! Sakit, woi!" Mikayla mahu saja pukul lelaki itu namun lelaki itu ada kroni. Belakang dia ada dalam 2 orang lagi lelaki alpha dan mereka mengepung Mikayla.

"Nak lepas kena bayar."

"Be- berapa...? Sakit...!"

"RM10 seorang. Cepat, bayar!"

"Aku ada duit! Aku ada! Lepas dulu!"

Leher Mikayla dilepaskan. Mikayla terus keluarkan dompet dari dalam seluarnya dan hulurkan RM10 seorang. Berkerut dahi mereka bertiga bila nampak duit warna merah itu.

"Kau apahal? Ni gambar raja siapa dalam duit ni?"

"Tu kan gambar Raja Gloreth? Kau tak..." Mikayla tersentak. Alamak, tu duit dari zaman 2024. Mikayla terus berundur ke belakang. "...aku silap ambil dompet. Ka- kalau kau bagi aku lepas, aku janji esok aku bayar guna duit betul."

"Kau tak payah nak kelentong akulah budak! Dah langgar aku sekarang aku nak walkman kau!" Perut Mikayla ditumbuk sekuat hati. Darah terus memancut keluar dari mulutnya.

Mama...

*******
Mikayla terhuyung-hayang. Kepalanya sangat sakit dan segala anggota badannya terasa bisa. Dia berjalan ke rumah banglo Atisha. Sampai disana, dia terjatuh atas tanah.

"Eh, kawan Tengku!" Jerit seorang wanita dewasa. Pekerja lain terus angkat Mikayla dan bawa Mikayla masuk kedalam bilik Atisha. Saat itu pula kebetulan Atisha mahu keluar dengan Emilia. Bila nampak Mikayla dalam keadaan begitu terus mereka batalkan.

"Mikayla? Mikayla apa dah jadi? Sesiapa tahu cara nak rawat dia? Mikayla?" Atisha ambil tisu basah dan lap darah pada mulut Mikayla. Air mata Mikayla mengalir.

"Diorang...diorang curi walkman mama."

"It's fine. Walkman tu boleh beli lagi. What happened to you? Diorang pukul kamu ke? Eh, cepatlah! Siapa boleh rawat dia?!" Marah Atisha yang mula rasa geram. Berlari dua orang wanita kedalam dengan peti kecemasan. Mereka buka baju Mikayla yang penuh dengan darah dan lap badannya sehingga bersih.

"This is not right. Teruk ni dia kena pukul." Kata Emilia.

Atisha ketap bibir. "...hantar dia ke hospital. Saya nak buat report polis. Silap besar diorang cari fasal dengan anak saya. Diorang tak tahu nenek Mikayla jauh lebih mengerikan." Kata Atisha. Mereka hanya angguk setuju untuk hantar ke hospital. Badan Mikayla yang longlai diangkat berhati-hati dan dibawa keluar dari bilik.

"I'm calling Xin. Emilia, boleh teman Kay dulu dekat hospital? I'll come later."

"Okay."

Atisha mengusap rambutnya ke belakang. Telefon Matrola Timeport miliknya diambil dan didail nombor Xin. Atisha duduk bertinggung atas lantai sambil tutup mulut.

Dia mulakan ayatnya dengan tangisan. Dia tidak tahu kenapa tapi dia sangat risaukan keadaan Mikayla.

******
Atisha buka pintu wad Mikayla. Dia sebenarnya tengah kecewa namun matanya membulat bila nampak Hen dalam wad tengah berborak dengan Mikayla dan Emilia. Atisha masuk kedalam dan sentuh kepala Hen.

"...what are you doing here?"

"Keterangan saksi. I saw everything actually." Balas Hen.

"Jadi kenapa you tak selamatkan dia?"

"Gila? Diorang ramai kot? Lagipun Mikayla dah nyawa-nyawa ikan. Kalau I join, jadi dua orang pesakit kat sini."

"Huh." Atisha peluk tubuh. Dipandang Mikayla yang berbalut bahunya. "Bahu kenapa?"

"Terseliuh." Balas Mikayla dengan senyum lebar. Dia ni kena pukul pun positif je. "Mana girlfriend mama?"

"Taknak cakap fasal dia." Atisha berpaling kearah lain. Hen sengetkan kepala.

"Kenapa dia panggil you mama? Dia panggil I mommy."

"Maybe because we're meant for each other." Kata Atisha dan berjalan kearah makanan untuk Mikayla. "Kenapa tak makan ni? You should eat for growing up."

"Tak sedap..."

"Puas paksa. Dia taknak makan." Kata Emilia dengan senyuman sinis. Dia tahu apa yang mahu dibuat Atisha. Atisha ambil makanan tersebut dan letak tepi meja. Dicengkam muka Mikayla kuat lalu disuap makanan kedalam mulutnya.

Mikayla telan. Dia tak sempat buat apa pun! "Iyek, tak sedap!"

"Sedap ke tak sedap ke itu yang kamu kena makan untun terus sihat. Kalau tidak nanti muka cengkung dan tekak akan sakit lagi susah nak telan. Makan!" Tegas Atisha. Mikayla muncung bibir. Dah kena bebel memang kena telan juga. Namun dia hanya mampu telan 3 sudu sebelum dia tepis untuk minum air.

"Asalkan kamu makan. Minum air banyak-banyak." Pesan Atisha. Mikayla terus ambil sebotol air mineral dan diteguk.

"You nampak macam mak dia." Ujar Hen. Atisha duduk atas katil dan pandang kearah muka Hen.

"What do you know about that bullshit?" Atisha mengabaikan ayat Hen. Dia lebih risaukan fasal Mikayla daripada itu.

"Yang I tahu diorang memang target I. Haritu I kena pukul dekat tepi sungai. Nasib baik ada orang nampak." Katanya lalu menunjukkan kesan lebam pada perutnya.

"Jahat betullah diorang tu! Diorang minta RM30 ingat saya ada duit ke? Dia tak tahu ke saya ni orang paling miskin sekarang?"

"Janganlah bangga sangat." Atisha tarik pipi Mikayla. Mikayla hanya ketawa. Dia takde duit pun dia ada Atisha yang memberinya duit setiap hari. Memang macam mak.

"Could it be...Mikayla ni sebenarnya dari masa depan?" Tanya Hen.

"Mana you tahu?" Tanya Atisha.

"I masuk dalam pintu dekat lorong gelap tu. I nampak you yang dah besar dan Xin." Ujar Hen.

"Masih lagi mama dan dia. Hm." Mikayla peluk lutut. Semua orang dah pergi ke masa depan. Hanya Atisha yang masih belum cuba masuk pintu tu.

"Kalau Xin mommy, kenapa kau panggil aku mommy?" Tanya Hen hairan.

"Mommy saya mommy lah. Tapi saya rasa saya dah kacau timeline sampai masa depan berubah. Tapi yang aslinya...mama dah takde. Mama dah meninggal dunia. Saya taknak mama pergi tapi mama kahwin dengan orang lain pula." Luah Mikayla. Suaranya sedih sungguh. Dia tertekan dengan masalah keluarga sendiri. Sekarang barulah Hen faham kenapa Mikayla asyik panggil dia mommy.

"So we're actually have a chance to marry?" Tanya Hen. Atisha hanya menjelingnya. Dia belum bersedia nak tukar pasangan lagi.

"Mama kena cium mommy sekarang juga. Mungkin masa depan berubah!" Kata Mikayla lalu ditolak Atisha kearah Hen sampai Atisha terduduk atas peha Hen. Atisha terus tolak muka Hen dan menamparnya bila Hen sentuh bahu dia.

"Pervert!"

"I cuma tangkap-"

"No! No way I'm gonna marry someone else! No!"

"Mama ni memilih lah."

"Memilih apa? I'm dating Xin!"

"Memilih lah tu."

"YA TUHAN!"

1999's. (Omegaverse)Where stories live. Discover now