Bab 6

234 11 0
                                    

"Huh." Atisha tutup pintu bilik. Dia bercekak pinggang dan melepaskan keluhan berat. Wajah Mikayla dipandang tajam. "Perlu ke buat dia sampai macamtu?"

"Masa depan berubah." Kata Emilia.

"Huh?"

"Mommy dah takde. Saya balik ke dunia saya dan mama hidup! Xin jadi mak alpha saya! Mommy dah takde!" Kata Mikayla dengan mata yang berkaca.

"So I'll marry Xin?"

"Nampaknya macamtulah."

"Tak! Tak boleh! Saya nak mommy! Dia besarkan saya dari kecil sampai besar! Saya nak mommy! Mama, mama cuma kena cium mommy. Please, mama. Saya nak mommy..."

"I can't do that. I ada girlfriend lah. Can't you understand? Terima jelah Xin jadi mak you."

"Taknak! Then bila saya boleh jumpa mommy? Mama takde masa saya dibesarkan. Mommy sorang je besarkan saya dari kecil sampai dan bila dah jadi macamni, saya dah besar tiba-tiba mama nak ambil hak penjagaan pula?"

"It's not my fault!"

"...kalau benda berlanjutan, ada kemungkinan Mikayla juga boleh hilang." Kata Emilia.

"Maksud you?"

"Masa depan boleh berubah. Mikayla boleh tidak dilahirkan dan akan hilang kalau silap langkah."

Atisha diam. Dia merapati Mikayla dan usap kepalanya. "I minta maaf. We'll think about this through."

"Tapi...parents dah bertukar. Kenapa Mikayla masih Mikayla?" Tanya Emilia.

"Maksudnya?"

"Rupa Mikayla sepatutnya berubah ikut genetik parents."

"Ah. Entah-entah you ni..." Atisha tolak rambut panjang Mikayla ke belakang. "You anak Xin ke?"

"Tak mungkin. Saya taknak ada mak macam dia."

"Mungkin you anak Xin tapi Hen jaga you dari kecil sampai besar."

"Kenapa dia nak buat macamtu? Tak logik!"

"...because Hen loves me and we're both dead in your era."

Mikayla terdiam. Semua yang Atisha dan Emilia fikir semua masuk akal. Atisha ketawa melihat muka keliru Mikayla. Ditepuk pipinya lembut. "Comelnya you ni terkejut. Slow-slow. Kalau taknak balik rumah takpe. Boleh duduk sini sampai you rasa Hen dah jadi ibu you semula."

"Hm. Mama kan budak kecil lagi. Janganlah main dengan Xin tu." Mikayla sentuh tangan Atisha.

"Budak kecil? Hello, I can get married already."

"Dekat zaman saya umur 17 adalah jenayah besar untuk kahwin."

"Really?"

"Ya. Jadi kalau nak buat tu...ringan-ringan dahlah. Ni mama bawa dia masuk bilik! Siap peluk! Bila saya nak peluk mama, mama tak bagi! Mama jahat! Saya ni anak mama!"

Emilia ketawa. Nampaknya Atisha sedikit tidak adil di situ. Atisha buka kedua-dua tangannya. "Nak peluk ke? Sinilah."

Terus Mikayla peluk Atisha kuat. "Jangan pergi dari saya. Saya taknak hilang mama lagi."

"Tak. Tak pergi mana pun."

Emilia berkerut. Dia mengesot mendekati Mikayla kemudian hulurkan kedua-dua tangannya kepada Atisha. "Mak mentua, nak juga."

"Bila last you kena gantung kat siling secara terbalik?" Tanya Atisha. Terus Emilia ketawa terbahak-bahak. Dia suka betul kenakan Atisha.

*******
"Atisha tu baik orangnya. Dia terima sesiapa saja. Tahu tak dia memang jenis suka percaya benda pelik-pelik? Sebab tu dia terus percaya bila you kata you dari masa depan." Kata Emilia sambil berjalan dengan Mikayla ke kedai berhampiran. Mereka mahu pergi makan. Atisha tidak mahu ikut sebab mahu buat kerja sekolah.

"Sebab tulah saya baik! Sebab mama pun baik!" Kata Mikayla dengan bangga. Emilia ketawa kecil. Dia berjalan dekat dengan Mikayla.

"You really love your mama."

"Mommy pun. Cuma...mommy dah takde."

"Taknak cuba tanya Atisha yang 2024 tu mana pergi mommy?"

"Ah." Baru Mikayla nak terfikir. "Awak teman saya jumpa mama kat sana boleh?"

"Boleh je lagipun mama awak suka saya. Hehe."

"Yeah." Mikayla angguk kepala. Dia boleh tengok macammana Atisha yang 42 Tahun itu rasa suka dekat Emilia. "Saya pun suka awak jadi awak dialu-alukan ke rumah saya setiap masa."

"Apa?"

"Hm? Apa?"

"Awak cakap apa tadi?" Emilia berdiri dihadapan Mikayla. Senyumannya lebar hingga ke telinga.

"Saya...suka awak?"

"Saya pun." Emilia menarik jaket yang dipakai Mikayla dan dimainkan talinya. Dia sudah mula gunakan taktiknya untuk menggoda Mikayla. Mikayla sentuh tangan Emilia dan tolak ke bawah.

"Tapi kita berbeza zaman."

"Tak semestinya tak boleh bercinta. Selagi pintu tu ada..." Emilia menunjuk kearah pintu di hujung lorong gelap. Mikayla tak perasan pula mereka dah sampai sini. "...kita boleh jatuh cinta."

"Tak rosakkan timeline ke?"

"Itu...tak tahulah." Emilia genggam tangan Mikayla erat. "You don't want to fight for this?"

"I would. Kalau mama boleh fight untuk Xin, I would fight for you Emilia. Even it will break the timeline, I would do it for you."

"That's so nice of you. Atisha dah besarkan you elok."

"Mommy yang besarkan I."

"Tapi sekarang parents you Atisha dan Xin. Come here." Emilia tarik kolar jaket Mikayla lalu dicium lehernya. Melekat gincu Tahun 1997 dia di leher Mikayla. Malah Emilia sempat kemam dan gigit sedikit lehernya sehingga tinggalkan kesan lebam.

Lovebite.

"Jom." Emilia pegang tangan Mikayla erat dan berjalan ke kedai serentak. Mikayla hanya mengikut.

1999's. (Omegaverse)Where stories live. Discover now