Bab 4

247 14 0
                                    

"Macammana I mati?" Tanya Atisha sambil memilih aiskrim untuk dibeli. Emilia awal-awal sudah pilih aiskrim Jumbo. Aiskrim itu hanya dikeluarkan pada tahun 1997-2004 sahaja.

"Tak tahu."

"Aih?"

"Mommy banyak berahsia fasal mama. Tapi kalau mama nak, saya boleh tanya mommy dan paksa dia cakap."

"Boleh I ikut?"

"Boleh je!"

Atisha senyum. Dia ambil satu aiskrim dan beratur. Saat mahu bayar, tiba-tiba datang lagi satu aiskrim. Mungkin aiskrim Mikayla. Atisha bayarkan saja.

"Eh?" Entah daripada mana muncul, lepas bayar saja mereka nampak Hen ambil aiskrim dia yang Atisha bayar tadi. "Why are you here?"

"Beli aiskrim. Thanks bayarkan."

"Hey!" Atisha tarik bahu Hen. Wajah Hen dia pandang lama. Dengan Hen ni dia dapat Mikayla? "...pergi dulu. I nak cakap dengan Hen kejap."

"Okey."

"Mommy jangan buli mama tau?" Pesan Mikayla. Hen berkerut melihat Mikayla. Entah anak siapa dia pun tak tahu. Atisha buka plastik aiskrim dia lalu dimasukkan kedalam mulut.

"You suka I ke?" Tanya Atisha.

"Cantik, baik, tak pernah nampak you marah. Siapa je tak suka?"

"So you suka I?"

Hen angguk kepala. Dia usap kepala Atisha dan berlalu. "Cuma you milik Xin. Who am I to say that? Goodbye."

Jadi Hen memang suka Atisha. Makin kuat perasaan Atisha nak percayakan Hen. Atisha berjalan terus ke taman. Nampak Xin sertai mereka berdua untuk berborak.

"Xin."

"Hey." Xin menarik Atisha kearahnya lalu mulutnya dicium rakus dan menolak Atisha ke taman permainan. Sakit hati Mikayla tengok. Atisha tahu Mikayla marah jadi dia tolak Xin sebelum apa-apa berlaku.

"I takde aiskrim pula untuk you. Want a chocolate?" Tanya Atisha. Xin angguk lalu dia menerima coklat Cadbury daripada Atisha. Zaman ni coklat Cadbury merupakan coklat orang kaya. Xin buka dan gigit.

"Hodohnya dia." Bisik Mikayla kepada Emilia. Emilia tepuk pipi Mikayla.

"Dia lawa lah. You cuma tak suka dia."

"Betullah tu. Dia menghalang cinta mama dan mommy."

"Come on. Atisha dan Hen takde apa-apa sekarang. Just follow the flow."

Mereka berdua melihat kearah Atisha dan Xin yang berbual hanya berdua. Mereka berdua dilamun cinta. Yang tidak bercinta ni hanya tengok dari jauh. Sedang bercakap tiba-tiba mereka pindah tempat dan berdiri di belakang taman permainan. Mereka tidak mahu Mikayla nampak namun berdasarkan kaki mereka, Mikayla tahu mereka sedang bercium mulut lagi.

Eeei!

Mikayla bangun. Dia panjat taman permainan. "Mama! Mama bagi pengaruh tak baik dekat anak mama tau!"

Atisha mengelap mulutnya. Xin pandang keatas. "Biarlah dia nak cium aku."

"Eh kau ni!" Mikayla turun ke bawah. Dia mahu tumbuk muka Xin namun Atisha menepis tangannya.

"Xin, stop it. Okay. Okay, I'm sorry. Tapi tak bolehlah macamni. Whatever happens in the future between me and Hen is doing nothing to Xin and me right now. Just follow the flow. Tak perlu kacau timeline kitaorang, okey?"

Mikayla mencebik. Dia mahu serang lagi namun Atisha peluk dia dan tolak dia ke belakang. "Dah, dah. Xin, I rasa better you balik dulu."

"Okey. Bye." Sengaja Xin mengusik Mikayla. Dia cium mulut Atisha siap ramas punggungnya lagi yang akhirnya membuatkan Mikayla ambik batu-bata berdekatan dan baling kearahnya. Mujur tak kena. Xin hanya ketawa dan berlalu.

"Dia tu jahatlah! Dia cabul mama!"

"Actually I like it."

"Eeei!"

Mikayla senyum. Dia menolak Mikayla ke lorong gelap. Emilia mengekor dari belakang dan Atisha bukakan pintu buat Mikayla untuk masuk. "I ada kerja dengan Xin kejap. You duduk sini diam-diam. Esok datang lagi."

"Tak boleh! Mama tak boleh jumpa Xin!"

"Emilia."

Emilia menolak Mikayla kedalam bilik dan terus Atisha tutup pintu bersama Emilia didalam. Mikayla sangat marah namun Emilia cuba menolaknya dari buka pintu.

"Sabar- Mikayla, dia pun ada life juga. Mikayla- ah!" Tubuh Mikayla tertolak sehingga belakang badannya terkena tombol pintu. Terus Mikayla tarik Emilia kearahnya dan gosok belakang Emilia.

"Are you okay? Ma- maaf. Saya marah sangat mama dengan Xin sampai saya...huh. Saya terdesak untuk tengok mama dengan mommy."

"Saya faham." Emilia menyandarkan kepalanya di dada Mikayla. Belakang badannya masih sakit. "Saya dari parents yang bercerai dan saya pun pernah terdesak nak diorang bersama semula."

"Hm. Saya minta maaf." Mikayla peluk Emilia erat. Emilia mengeluh. Dia melihat sekeliling. Ini maknanya dia dekat masa depan ke? "Ouh, jom saya perkenalkan awak dekat mommy. Jom!"

Mikayla pegang tangan Emilia erat lalu keluar dari bilik stor itu. Namun langkahnya terhenti apabila melihat interior rumah yang berbeza dan mewah. Kagum Emilia melihat rumah besar Mikayla.

"Awak kata ni rumah taraf pertengahan? Takkanlah."

"Tak...ni bukan rumah saya." Mikayla geleng kepala. Dia tarik Emilia turun ke bawah. Tangga kaca yang sangat mewah itu buat Emilia sudah mula risau. Bila dia tiba di ruang tamu, dia nampak wanita lain diatas sofa.

"Mommy...?"

"Mommy go to work, sayang. Why? You nak mommy ke?" Tanya si dia. Mikayla berkerut. Dia berjalan ke ruang tamu dan kalini mereka berdua tersentak. Mikayla lagi terkejut apabila melihat gerangan yang berada di sofa.

Atisha!

Atisha dah besar, dah terlalu dewasa. "Hm? Mikayla, you bawa girlfriend ke? Why tak cakap?" Tanya Atisha dengan senyuman manis. Emilia tunduk kepala hormat kepada yang lebih tua.

Mikayla tergamam. Atisha? Atisha hidup? Tapi kenapa?

"Mikayla? Kamu okey tak?"

"I'm home!" Pintu rumah dibuka. Mereka kalini fokus pada pintu. Namun kalini muka Mikayla semakin berubah. Bukan Hen yang muncul tetapi Xin! Xin yang masuk kedalam dengan senyum lebar sambil bawa makanan di tangan.

"No! Tak mungkin! Mama, kenapa mama kahwin dengan dia ni?!" Marah Mikayla.

"Kay, don't talk like that. She's your mother!" Marah Atisha. Mikayla berdecit. Air matanya mula mengalir ke pipi dan Mikayla tarik Emilia ke tingkat atas. Mereka masuk ke dalam bilik.

Emilia mengeluh. Nampaknya masa depan dah berubah.

Emilia peluk Mikayla erat dan usap kepalanya. Mesti susah untuk Mikayla terima.

1999's. (Omegaverse)Where stories live. Discover now