Prolog

17.7K 346 2
                                    

Alunan music mula kedengaran di dalam gegendang telinganya, suasana di dalam majlis itu sangat meriah dengan para tetamu yang hadir.

Daryna yang baru masuk kedalam majlis itu sudah pun merasa gugup. Mengeletar badannya disebabkan hawa aircorn yang terlalu sejuk.

Langkah di atur menuju ke sebuah meja besar yang di kelilingi oleh kawan-kawannya. "Eh, Tengku Daryna Sofia dah sampai lah."tegur Amira yang berdiri di sampingnya.

Daryna hanya menayangkan senyuman nipisnya. "Tenang lah babe, kau ni gugup sangat lah."kata Amira sambil menyapu bahu Daryna. "Mana Farah?"soal Daryna. Matanya mencari-cari kelibat kawannya.

"Belum sampai lah tu."ujar Amira. Daryna menganggukkan kepalanya tanda faham. "Hai you alls rindu i ke?!"soal Farah yang tiba-tiba muncul dari belakang Daryna.

"Panjang umur kau."kata Daryna. "Haah, aku baru sampai sebab tadi jem lah."beritahu Farah. "By the way mana Aryan?"soal Daryna. "Tu dia."Amira mengarahkan jari telunjuknya ke arah Aryan dan juga Alisha.

Laju kepala Daryna berpusing ke belakang untuk melihat Aryan. Terbuka luas mata gadis itu melihat Aryan bersama Alisha.

"Siapa perempuan tu?"soal Daryna, mata masih setia melihat ke arah Aryan dan Alisha yang sedang bemesraan. "Tu girlfriend dia."jawap Amira.

Kepalanya kembali di pusingkan ke arah Amira. Melopong sedikit mulutnya bila mendengar jawapan daripada Amira. Tak percaya. "Bila masa dorang coupel?"soal Daryna.

"Lah...Kau tak tahu rupanya, Aryan tu dah lama coupel dengan Alisha. Sejak dorang masuk tingkatan lima lagi."jelas Farah. Mendengar sahaja jelasan dari Farah hatinya langsung terluka.

"Kenapa kau tanya pasal Aryan? Kau suka dia ke?"soal Amira. Bibir Amira mula menayangkan senyuman mengejek.
Merah padam muka Daryna di buatnya. "T...Tak! Mana ada, aku tak suka dia lah."bohong Daryna.

"Hmm yelah tu, kau ni tak boleh di percayakan langsung. Mulut kata tidak tapi hati kata iya."tidak percaya Amira dengan kata-kata Daryna itu.

Daryna kembali memusingkan kepalannya melihat ke arah Aryan. Pandangan mereka bertaut. Pantas Daryna mengalihkan pandangannya agar tidak kantoi.

Kepalanya kembali di pusingkan menghadap ke hadapan. Lebih baik melihat orang lain daripada hatinya terus tersakiti melihat kemesraan mereka berdua.

'Kau kena move on Daryna, Aryan dah ada girlfriend kau tak boleh suka dengan boyfriend orang.'

"As long as I'm not satisfied, as long as I don't let you go."

Karya YARARISSA

Happy Reading.

Istri Yang Di Benci Where stories live. Discover now