Daryna&Aryan 25

5K 178 15
                                    

017xxxx
-Good morning dear. Nak pergi kerja ke, cantik je awal-awal pagi ni.

Sedang ralit Daryna membetulkan awning tudungnya, Daryna terus mendapatkan mesej daripada nombor yang tidak di kenali lagi.

Daryna mencapai telefon bimbitnya yang berada di hujung meja solek. Skrin kunci di bukanya. Terpapar pesanan mesej daripada nombor itu.

Daryna terus menekan mesej itu.

Daryna Sofia
-Awak mesti nombor yang semalam kan?!

017xxxx
-Kenapa kau tahu?

Daryna Sofia
-Kenapa awak selalu je ganggu saya?! Tahu tak saya rimas! Awak ni sebenarnya nak apa?!

017xxxx
-Nak kau.

Daryna Sofia
-Haha lawak! Tak serik-serik lagi ke mesej saya?! Jangan sampai saya block no awak lagi sekali!

017xxxx
-Block lah sayang...Tapi kau kena ingat, aku sentiasa perhatikan gerak gerik kau, aku sentiasa akan ganggu kau kalau kau nak block aku.

"Daryna! Laju lah tak lama lagi nak pukul sembilan ni!"jerit Amira di luar pintu. Daryna yang ralit melihat mesej itu terus kembali ke dalam dunianya bila mendengar suara Amira.

Skrin telefonnya laju di matikan. "Ye kejap!"balas Daryna. Beg tangannya di capai, di letakkan telefon bimbit itu kendalam beg tangannya.

"Kau ni lambat betul lah besiap!"marah Amira. "Aloh sorry lah."kata Daryna bibirnya mula di cebikkan seakan-akan merajuk.

...

"Harith."panggil Aryan. Harith langsung masuk ke dalam ruangan bilik Aryan yang penuh dengan gambar-gamabar istrinya, kena lagi bilik itu sangat gelap, hanya di terangi cahaya skrin komputer sahaja.

"Kenapa?"soal Harith. "Suruh geng kita mula perhatikan gerak-gerik Daryna. Pesan dengan dorang jangan sampai gerak-gerik istri aku hilang dari pandangan."ujar Aryan.

Harith mengangguk perlahan. Kakinya di atur keluar dari ruangab gelap itu.

...

"Hai Daryna."sapa Taufiq bila melihat Daryna yang sudah masuk ke dalam restoran. "Hai."balas Daryna mesra. Langkah di atur pergi ke arah Taufiq.

Beg tangannya di simpan ke dalam locker. "Nah, pergi menyapu depan tu."arah Taufiq. Daryna akur. Batang penyapu itu di ambilnya.

Lalu mereka semua pun memulai aktiviti mereka sebagai pekerja restoran.

...

Harith yang sedang sibuk melihat Daryna dari jauh, langkahnya terus di atur ingin masuk ke dalam restoran itu untuk bersantai.

Punggungnya di labuhkan ke arah meja yang kosong. "Pelayan."panggil Harith. Taufiq yabg mendengar itu langsung mengatur langkah kearah Harith.

"Ye encik, encik nak pesan apa?"soal Taufiq dengan nada suara yang di buat mesra. "Aku tak nak kau, aku nak perempuan tu."jari telunjuknya terus di tunjukkan ke arah Daryna yang sedang sibuk mengelap meja di hadapan Harith.

"Girl."panggil Harith. Daryna yang merasakan dirinya di panggil terus menolehkan pandangannya kepada Harith.

"Saya?"soal Daryna. "Yes, kau. Aku nak kau."kata Harith. Taufiq yang melihat gaya poyo lelaki itu, terus diubah riak wajahnya menjadi menyampah.

"Kenapa encik?"soal Daryna. "Aku nak pesan."jawap Harith. Taufiq terus pergi dari situ, malas dia hendak mengganggu.

Taufiq hanya perhatikan saja Daryna daripada kaunter.

Istri Yang Di Benci Where stories live. Discover now