Daryna&Aryan 20

5.9K 179 49
                                    

"Daryna!"panggil Aryan dengan nada yang sedikit kuat. Meja dapur menjadi tumpuannya. Aryan mula melangkah pergi ke meja makan itu.

Ada sampul dan sekeping surat yang Daryna tunggalkan di meja itu. Aryan mula mencapai sekeping surat itu.

Hai encik suami...

Selamat pagi awak, saya ada sediakan serapan untuk awak tau, serapan tu ada dekat bawah tudung saji. Saya mintak maaf tau sebab tinggalkan awak...Saya
Buat semua ni untuk kebahagiaan awak, sekarang ni saya dah takde tau, jadi kalau saya dah takde mesti awak akan bahagia kan?
Awak boleh lah khawin dengan Alisha...Itu kan yang awak nak? Surat cerai saya ada letakkan di sampul surat coklat...Saya dah tanda tangan tinggal awak je lagi yang tanda tangan surat tu. Lepas ni awak boleh
Lah bahagia dengan Alisha. Saya harap Alisha boleh bahagiakan awak jauh daripada saya. Maafkan saya ye encik suami, halalkan makan minum saya tau.

Selamat tinggal awak...
-Dari Istri Awak Daryna...

Terbuka luas anak mata jejaka itu bila mengetahui Daryna pergi meninggalkannya.

Sampul surat yang bewarna coklat di ambilnya. Di keluar kan isi kertas itu dengan perlahan. Ya Daryna telah pun menanda tangan surat itu, tinggal dirinya sahaja yang belum menanda tangani surat itu.

Aryan mengetap rahangnya. Tepi kertas itu terus di genggamnya dengan erat. Aryan mula meronyok-ronyokkan kertas itu. Sakit hatinya.
Kertas itu terus di buang ke dalam tong sampah.

Langkah Aryan di kuasai dengan perasaan sedih dan kecewa. Perlahan-lahan punggungnya di labuhkan di sofa itu. Tali leher yang tadinya terikat kemas di longgarkan sedikit sampai terlihat dada bidangnya.

Air matanya sudah pun deras mengalir di pipinya. "Sampai hati kau tinggalkan aku Daryna...A...Aku menyesal, aku menyesal layan kau dengan jahat. Aku menyesal Daryna."gumam Aryan.

Telapak tangannya mula di naikkan agar menutupi matanya yang banyak mengalirkan air mata. Hatinya terasa sakit bila di tinggalkan istrinya.

"Daryna...Pulang lah, aku rindukau, aku rindu senyuman kau...Aku rindu nak tengok muka kau."rintih Aryan.

"Aku mintak maaf Daryna, aku mintak maaf, aku tahu aku salah...Aku tahu aku jahat, aku tahu aku kejam...Tapi tolong lah balik semula."

Setelah beberapa minit kian berlalu, perlahan-lahan air matanya di seka. Perasaan sedih dan kecewanya terus menghilang sekelip mata.

Bibir yang tadinya tiada senyuman, tiba-tiba menerbitkan senyuman senget. Rambutnya di raup kasar. Di hembuskan nafasnya dengan perlahan. Lengan baju yang tadinya panjang di gulung sampai paras siku.

"Lari lah Daryna, lari. Tapi kalau aku dapat jumpa kau...Jangan harap kau boleh lepas dari aku."desis Aryan.

"You belong to me Daryna, so you can't run away from me. I will make sure that I will find you until the wormhole!"

"Kau milik aku Ryna, sampai mati aku takkan lepaskan kau."

Langakahnya di atur pergi ke stor istrinya. Daun pintu stor itu di pulas secara kasar, haruman istrinya telah pun mewangikan sekitar bilik stor itu. Bau vanilla. Aryan menghidu aroma wangian istrinya.

"Damn i miss you baby!"guman Aryan perlahan. Barang-barang istrinya memang sudah pun tiada di dalam stor itu.

"Kau ingat kau dapat lari dari aku, tak semudah itu sayang...Aku akan cari kau sampai lubang cacing dan kalau aku dapat kau, kau jangan harap kau akan lepas dari aku lagi sekali."

...

"Assallammualaikum."salam Daryna sambil mengetuk pintu rumah Amira.

Istri Yang Di Benci Where stories live. Discover now