Daryna&Aryan 36

4.6K 142 12
                                    

Panggg

Bergema suara tamparan di dalam ruagan yang sepi itu.

"Korang tiga ni kan! Memang tak boleh harap langsung lah!"marah Alisha. Di tampar satu persatu pipi tiga jejaka itu.

"Eh sabar lisha."pesan Yana perlahan. "Kau diam!"arah Alisha dengan suara yang kuat. "EH KAU YANG DIAM!"latah Yana.

Yana terus menutup mulutnya sebaik saja melepaskan latahnya. Alisha mengeleng perlahan. Matanya kembali di tolehkan kearah tiga jejaka itu.

"Eh, aku harap kan korang tiga ni tau! Tapi...Tiga-tiga babi ni tak boleh harap langsung!"sambung Alisha. Turun naik-turun naik dadanya disebabkan melepaskan geram.

"Kalau korang gagal lagi sekali memang aku bunuh korang tiga ni!"ugut Alisha. "Dah lah aku upah korang tiga ni beribu! Tapi langsung tak boleh harap!"ujar Alisha.

Rambutnya di raup kasar. "Aku nak korang bawak si Daryna tu pergi sini je! Tu pun susah ke Haris?!"soal Alisha dengan nada suara yang tinggi.

"Kau cakap senang lah gila! Kau tahu tak kitorang ni dah kena dengan kuali maut dia tu!"Haris memberanikan dirinya untuk bersuara.

"Lah! Tu je pun! Korang tau tak yang korang ni laki! Lawan lah balik! Yang korang lemah sangat asal! Ke korang ni betina sebenarnya ni!"bentak Alisha.

"Aku tak kira. Aku nak korang bawak juga betina sundal tu dekat sini! Kalau korang tak dapat betina sundal tu...Jangan tunjukkan muka korang tiga ni depan aku faham?!"soal Alisha tegas.

Mereka bertiga menganggukkan kepala bertanda faham. "Jantan tapi takut dengan betina. Bagus kau jadi betina juga."gumam Alisha perlahan.

Langkah di atur keluar dari ruangan gelap dan sepi itu.

...

Tok

Tok

Kedengaran suara ketukkan pintu dari arah ruang tamu.

Daryna mula mengatur langkahnya untuk membuka pintu. Sebelum dia hendak membuka pintu, Daryna mengintip sosok itu daripada jendela.

Aryan.

Pantas tangannya memulas tombol pintu itu.

"Ha! Baru nak balik! Ingat kan dah taknak balik!"marah Daryna di kuatkan nada suaranya itu. "Ala sorry sayang. Kawan aku buat hal lah tadi."kata Aryan.

"Ouhh...tadi kawan awak yang buat hal kan! Ha ni sekarang awak pulak yang buat hal dengan saya."telinga Aryan terus di tarik dan di pulas.

"Argh!!!"jerit Aryan kesakitan. "Ha tu lah! Balik lambat lagi kan! Ha malam ni tidur dekat lantai bilik kita, jangan harap awak akan tidur dengan saya."bebel Daryna.

"Ala...Nak tidur dengan kau lah."rayu Aryan. "Argh! Takde sekarang ni awak tidur dekat lantai."bantah Daryna.

...

Tiba saja mereka di bilik.

Daryna terus memberingkan tubuhnya di kasur yang empuk itu.

Perlahan-lahan Aryan juga turut sama melabuhkan punggungnya di samping istrinya.

"Eh, yang awak kat sini kenapa?"soal Daryna. "Aku tak nak lah tidur bawah. Aku nak tidur dengan kau."kata Aryan.

Tanpa berfikir panjang Aryan terus baringkan dirinya di samping Daryna. Baru saja tangan sasanya ingin memeluk tubuh istrinya.

Daryna langsung menendang perut Aryan. Terjatuh badan suaminya ke lantai katil itu. "Ha tu lah taknak dengar cakap, kan dah kena. Lain kali jangan lawan cakap saya."bebel Daryna.

Aryan mula memegang perutnya yang sakit. "Tak sangka juga kau ni pandai tendang orang erk."kata Aryan. Daryna tersenyum senget. "Bukan setakat tendang. Saya pukul dengan kuali pun dorang dah menggelupur."sombong Daryna.

"Tak kisah, aku nak baring juga dekat kau."lagi sekali Aryan ingin melabuhkan dirinya di katil. Tetapi pantas lagi kaki Daryna mendorong tubuh badan Aryan itu.

"Argh!"jerit Aryan. "Kan saya dah cakap, tak boleh baring ngan saya!"marah Daryna. "Nah ambik bantal selimut ni! Tidur bawah! Jangan harap nak bemanja dengan saya malam ni."bebel Daryna.

Matanya kembali di lelapkan.

"Eh, kejap!"kata Daryna. "Aryan...Mana patung beruang saya yang saya beli kat mall tu?"soal Daryna.

Aryan mula meneguk liurnya. Lidahnya langsung terkedu. "Aryan! Saya tanya ni, mana patung tu?"soal Daryna lagi.

"Aku dah buang."jujur Aryan sambil tersenyum kekok. Riak wajah Daryna terus berubah. Di pandang tajam anak mata laki itu.

"Kenapa awak buang?!"soal Daryna. Laju tubuhnya di tegakkan. "Aku cemburu."balas Aryan.

Berombak-ambik dada Daryna mendengar jawapan suaminya. Bantal guling yang berada di dekatnnya terus di campakkan ke arah Aryan.

"Ih! Dengan patung pun awak nak cemburu ke!"marah Daryna. "Memang lah aku cemburu, sebab kau tu asyik peluk dia je! Aku kau tak peluk langsung."luah Aryan.

"Ih! Dasar baby besar manja! Dah besar pun still manja!"marah Daryna. "Suka hati aku lah."balas Aryan selamba. Matanya terus di lelapkan malas dia ingin mendengar bebelan Daryna lagi.

"Ih! Dasar baby besar manja!"kutuk Daryna.

...

"Ris. Bangun."arah Qoyyum. Di gerak-gerakkan tubuh badan jejaka itu.

"Kenapa?"soal Haris. "Alisha nak jumpa kau lah gila."ujar Qoyyum. "Dah pukul berapa ni?"soal Haris.

"Dah pukul 9:20 minit dah bro."balas Qoyyum. Perlahan-lahan mata jejaka itu mula terbuka.

...

"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Aku nak tidur lah."kata Haris. "Amboi kau! Kau kena ingat kau tu orang suruhan aku! Suka-suka hati kau je kau nak tidur kan!"bebel Alisha.

"Kau nak apa?"soal Haris. "Aku nak kau bawak Daryna tu pergi sini jantan sial! Kau tahu tak aku nak si Daryna tu mati! Mati!"tekan Alisha.

"Kau boleh sabar tak! Kau ingat senang ke tangkap si sundal tu!"marah Haris. Alisha mula menghentakkan telapak tangannya di meja ruang tamu itu.

"Hey! Kau tahu tak aku dah bayar kau beribu-ribu termasuk anak buah kau tu! Kau kalau buat kerja boleh tak cepat, aku suruh kau tangkap sundal tu je kan! Yang susah sangat kenapa!"marah Alisha.

"Aku tak kira! Aku nak kau tangkap juga perempuan sundal tu! Kalau kau tak dalat tangkap dia memang nahas kau aku kerja kan!"ugut Alisha.

Langkah terus di atur keluar dari rumah Haris. Di tutup pintu itu dengan kasar.

Terhinjut kecil bahu Yana mendengar suara pintu yang di tutup kasar oleh Alisha.

"Kau kenapa babe?"soal Yana. "Babi tu tak boleh harap lah gila! Aku suruh tangkap perempuan sundal tu je. Itu pun susah!"marah Alisha.

Terus di libaskan rambutnya yang panjang. Di kipas-kipas mukanya menggunakan tangan. "Makin panas aku bila jumpa babi tu! Haih! Dasar jantan tak boleh harap! Suruh tangkap betina pun susah!"maran Alisha.

"Dah jom balik!"ajak Alisha.

Yana menggelengkan kepalanya. "Nasib kau kawan aku tau, kalau kau bukan kawan aku memang dah lama aku tendang kepala kau tu!"gumam Yana.

"Apa kau tunggu! Cepat lah! Panas ni!"jerit Alisha.

"As long as im not satisfied. As long as i dont  let you go."

Thank you❤️‍🔥

Istri Yang Di Benci Where stories live. Discover now