Daryna&Aryan 38

3.2K 168 21
                                    

Gelap sahaja ruangan di markas jejaka itu. Gambar-gambar seorang lelaki yang dia benci di lekatkan satu persatu.

Darah haiwan di sapukan di gambar lelaki yang dia benci itu.

"I will look for you until I get it damn it!"pantas tangannya di hayunkan di gambar itu walaupun tangannya merasa sakit.

Benci dia melihat gambar jejaka itu. "Ada apa kau nak jumpa kutorang? Bini kau merajuk lagi erh?"soal Irwan.

"Bukan tu. Aku nak korang semua cari mamat sial ni!"gambar itu langsung di serahkan kepada Irwan. Irwan mula melihat ke arah gambar itu.

"Kenapa dengan mamat ni?"soal Irwan. "Dia dah tidur dengan istri aku. Aku tak suka jantan lain yang sentuh istri aku. Aku nak korang cari jantan sial ni sampai dapat."ujar Irwan tegas.

"Uish! Kau cemburu erk?"soal Irwan dengan nada mengusik. "Kau jangan banyak cakap sebelum peluru ni masuk dekat kepala kau."kata Aryan.

"Ok,ok maaf."rayu Irwan. "Kalau kitorang dapat jumpa dia kau nak buat apa dekat mamat ni?"kali ini Harith pula yang bersuara.

"Kau bawak dia pergi markas aku."pesan Aryan. "Ouh...Okey."balas mereka semua. "Dah pergi cari jantan sial tu."arah Aryan. Mereka semua langsung melangkah keluar dari markas itu.

...

"Mana suami aku ni?"tertanya-tanya Daryna di mana keberadaan suaminya.

Tok

Tok

Laju kaki Daryna membuka pintu rumah itu. Tersenyum lebar dia melihat Aryan sudah pun pulang.

"Awak dari mana?"soal Daryna perlahan. "Tak payah sibuk."di biarkan saja soalan Daryna itu. Aryan yang tadinya ingin naik keatas terhenti langkahnya bila Daryna memaut tangannya.

"Jom lah teman saya makan malam...Saya tunggu awak balik, saya nak makan sama dengan awak."pujuk Daryna.

Aryan mendengus kasar. "Pergi lah makan sendiri, aku nak tidur lah."Aryan lasngsung melepaskan pautan itu.

Kaki kembali di langkah naik ke biliknya. Daryna mula mengeluh. Matanya mula berkaca-kaca. Hancur hatinya bila Aryan tidak pun melayannya macam dulu.

Dulu Aryan suka mengusiknya tetapi sekarang Aryan berubah menjadi dingin terhadapnya disebabkan fitnah.

"Ya Allah...Bantu lah hamba mu ini."gumam Daryna perlahan. Kaki di atur pergi ke meja makan bersendirian.

Sedang sibuk dia menjamu selera, air matanya satu persatu menitis di pipi. Entah kenapa dia merasa sebak.

"Saya nak awak Aryan."gumam Daryna. Air matanya pantas di seka.

Tanpa Daryna perasan, Aryan dari tadi perhatikan istrinya dari tangga. Sebak juga dia bila melihat istrinya makan berseorangan.

"Aku mintak maaf sayang. Aku terpaksa buat kau macam ni sampai lah aku dapat bukti yang sahih, yang kau ni betul-betul tidur dengan jantan tu atau pun tidak."desis Aryan.

Di perhatikan sahaja Daryna daripada tangga.

...

"Awak dah tidur ke?"soal Daryna yang berada di hadapan Aryan. Senyap. Daryan melepaskan keluhan beratnya.

"Boleh tak saya tidur dengan awak?"soal Daryna lembut. "Tak boleh. Kau tidur dekat lantai. Aku tak nak dekat dengan kau."balas Aryan.

Daryna mengangguk perlahan. Terasa sakit hatinya bila Aryan berkata sepeti itu. "Saya nak bantal dengan selimut boleh?"soal Daryan lembut.

Istri Yang Di Benci Where stories live. Discover now